Tuesday, June 22, 2010

Perangai Pelik Bab 8: Edisi Tonton Bola

Bila jam dah tunjuk pukul 7 malam, ramai dah 'get ready' dengan seluar bola sama baju bola nak bertenggek depan skrin besar kedai mamak. Lepas pukul 7.30 malam sampai pukul 10.00 malam, lagi gila ba sambung terus sampai 2.30 pagi. Situasi ini kalau brader yang dah ada bini boleh buat goyang instituisi kekeluargaan dia. Kalau ada awek sekalipun boleh bawak putus hubungan.

Lagi mudah kau layan bola dekat tv bukan? paling busuk pun berebut remote saja. Membe aku lebih suka memilih untuk menonton world cup dengan tv rare dia. Mana ada dia nak layan tengok kedai-kedai mamak....leceh serta buang masa. Duduk bilik siap bole terlentang sambil minum nescafe...kan lebih seronok? Jarang dia nak join aku duduk depan skrin besar...asal aku ajak saja dia laju jawab, "Tv sudeee....."

Sikit pun aku tak tergerak rasa hati nak turut serta duduk depan tv dia, tengok bola. Bukan aku kerek atau apa. Bila aku tengok tv dia..aku jadi konfius lain macam. Pengetahuan am aku tentang bola sudah la nipis, lagi pula tengok bola dengan tv dia...hilang akal.






Jenis tv macam ini.....pemain bola, referee dan manager pasukan pun aku boleh confius mana satu. Silap-silap pasukan England dengan pasukan Nigeria pun aku boleh tersilap. Dah semua pun satu kaler...celah mana aku nak tengok. Feel hilang terus!

Lagi jahanam bila tengah syok layan Klose nak rembat bola...tiba-tiba tv dia buat kerja gila macam ini. Boleh buat bertumbuk kalau salah 'timing'.





Bila aku mengadu dekat dia...dia jawab mudah, "rilek sudeeee...." Aku malas nak cakap lebih.

Ada satu kali aku melawat bilik mamat ni, saja nak ajak-ajak ayam pergi tonton Brazil lawan Korea dekat skrin besa. Walaupun jawapan aku dah boleh agak tapi gatal juga aku nak mengajak. Kali ini dia nak ikut pula. Aku jadi suspen. Tapi bila aku jeling dekat tv rare mamat ni aku dah boleh agak sebab apa.







Aku: "gila ba! hilang sabar betul kau dengan tv ni..."
Mamat tv: "kesabaran ada batasan"
Aku: "kau guna apa buat lubang cantik macam ini...tukul?"
Mamat tv: "tumit sudeee....."

Soalan lain aku terus simpan dalam-dalam. Tv mamat ni dia letak atas meja. Kira tinggi juga lah.

21 comments:

. said...

hebat.

sherah said...

hahahahahahahaha!!!!

Cipina said...

hahah..gila rare punya tv. boleh register masuk muzium dah ni

Unknown said...

hahahaha!! dasat giler :)

Mommyyus said...

hahahaa...serius hebat!

oh farah said...

sape gerangan ni? sila kenalkan pada saya!

contengconteng said...

aku pun pernah hentak tv sampai pecah camtu. haha. padan muka. takde otak punya tv.

cEro said...

pergh!!!
tv tahap boleh masuk muzium..
hahaha

Aujinz said...

wow...

dah boleh buat okoriom nie..
muahahhaha

a's said...

ganas giler mamat tuh! gerun..grrrr

suhaida shukor said...

hahahahahhhhhhhhhhaahhahahahahaha.. kelakar gila babi la orang laki ni

.::WaNiE::. said...

ahahaha gile betul hahahaha

bella-la said...

pelik lah orang tu. hehe
hebat tv dia ;)

Syue said...

unik gila tv tuu ;) nak beli boleh. hikhikk

The Crow said...

Pkai tumit? dahsyat btol. hahaha.. ape pun warna tv tu mmg klasik. :P

KERAK NASI said...

tumit??
gile laaarrhh...hahaha..

noorafzan.blogspot.com said...

dia buat aksi pe sampai pecah tv tu kena tumit dia..?

Nur S. said...

HAHAHA. lepas ni mesti ada teman nk g kedai mamak.

meowwmania said...

tumit?? uii ganehnya~

tOm said...

macam2 perangai! muahahha..

dya adriza said...

Subhanallah!!! Sangat ganas!!