Kini hampir separuh budak-budak sekolah dah kecoh dengan kebolehan baru Loki. Loki dah boleh nampak benda ghaib! Ini bukan calang-calang kebolehan, Uncle Seekers pun 'surrender'. Suasana asrama lelaki dah tak macam dulu. Kalau dulu budak-budak pukul 3-4 pagi masih segar bijik mata, kini kalau boleh pukul 10 malam dah tidur. Kalau dulu budak-budak makan megi sambil menari, kini makan megi pun nak menyorok dalam almari. Tak style langsung suasana macam ini.
Loki pula asyik-asyik murung. Murung dengan Loki dah jadi member kamcing. Dia dah tak berperangai macam dulu. Lebih sopan dan santun. Imam Storam menasihatkan Loki supaya menjadi budak yang baik...Loki turutkan saja. Aktiviti sigop( cigarate operation) dah lama Loki campak jauh-jauh. Tapi bab sembahyang saja Loki belum cukup ngam. Memang dasar pemalas. Bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sangat dengan kebolahan beliau ini. Jika makhluk ghaib yang dilihat itu menyerupai Lisa Surihani mahupun Chritisno Ronaldo, mahu saja Loki berdamping rapat. Tapi seko-seko memang Haram J punya wajah. Itu belum kira dia punya tangan ada berapa, taring panjang mana, boncit jauh mana...memang batal kalau tenung lama-lama.
Dekat dalam dewan makan, waktu makan malam.......
Siba:" beb...aku dengar kau dah ada mata special?"
Loki:"......"
Siba:" aku macam tak berapa jelas la..cuba kau explain dekat aku"
Loki:"....."
Siba:"gampang!cakap macam dengan ikan goreng. Cuba kau demonstrate, dekat dalam dewan ni kau ada nampak?"
Loki masih membisu. Tapi pelan-pelan dia angkat kepala.....lantas Loki tunding betul-betul sebelah Siba.
Loki:"sebelah lu ada satu jenis yang tangan panjang gila ba. Belakang lu pun ada satu jenis nampak kaki saja...Dekat hujung tingkap sana ada dua, aku ingat kembar"
Biru muka siba. Habis jatuh mee hon goreng dari mulut dia. Menggeletar satu badan. Malam itu juga Siba declare dia jatuh demam untuk satu minggu.
Loki berlalu sunyi menuju surau. Lepas ini ada prep yang memang cukup malas dia nak pergi. Tapi kalau duduk dalam asrama sorang-sorang hilang akal juga. Lagi-lagi ditemani dengan benda-benda ghaib. Lepas sembahyang Isyak...Loki, Bigong dan Darby jalan seiring menuju kelas. Masing-masing membisu sepanjang perjalanan. Dari jauh Darby perasan budak-budak perempuan dalam kelas lain macam peel dia. Menangis tak tentu pasal sambil berkumpul ramai-ramai. Nampak sangat ketakutan dekat muka sorang-sorang. Sejurus itu juga Darby dapat tangkap satu bau yang dia kenal. Bau ini lagi kuat dari sebelum ini..bau kapur barus!!
Darby: "ahhhh sudahhh!!!!"
Sekolah Asrama itu Seram: Bab1
Sekolah Asrama itu Seram: Bab2
Sekolah Asrama itu Seram: Bab3
Sekolah Asrama itu Seram: Bab4
Sekolah Asrama itu Seram: Bab5
Sekolah Asrama itu Seram: Bab2
Sekolah Asrama itu Seram: Bab3
Sekolah Asrama itu Seram: Bab4
Sekolah Asrama itu Seram: Bab5
10 comments:
tak suka duduk asrama..tapi nak suruh anak duduk asrama...haha..aci x???
Salam,tuan tanah nie cerita betul2 or cubaan? :).. best pulak baca,saya minat pada alam ghaib :).. boleh jangka benda 2 nak datang :) .
gf u suruh i komen kat entry u. i pun turutkan je lah..
i duduk asrama sekolah 5 tahun..penah nmpak sekali je..hahah
hanis zalikha a.k.a luca:oi!!!kau ni nak kene sepak ke?isyh!
Bhai...
Ganaz betul skolah nih... kat mana aaa... maih gua antar jurus gua kasi cover skit.... hahaha
ayie:ni kira kesah sekolah aku la..tapi aku saja adjust bagi pnyedap sikit
luca:gampang
haha telor time asrama lu gune perkataan BOGON to aktiviti merokok haha...jom bogon
muahahhaaha
pendek pulak episod kali ni
memang terer la ko sedapkan cte benar nie..haha
Post a Comment