Thursday, June 3, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 3 - Loki

Loki bangun pagi macam biasa. Dia mandi dekat tingkat bawah sebab tigkat bawah selalu tak ramai orang... macam biasa. Hari ini hari isnin, jadi macam biasa dia kena laju-laju siap supaya tak kena berdiri dekat depan perhimpunan wajib. Disarungnya kasut hitam kilat pallas yang dah naik karat kaler. Macam biasa juga Loki sempat teguk air tea dewan makan sebelum berunsur ke dewan sekolah.


Tapi yang kurang biasa adalah bila dia perasan ada 2 budak tidak dikenali jalan sama-sama tak jauh dari dia. Fikir Loki mungkin budak tingkatan 4 baru masuk...


Lagi kurang biasa bila 2 budak tidak dikenali pandang satu macam dekat loki. Senyum pun idak. Ikutkan pangkat abang besar mahu saja dia tapakkan muka budak baru itu. Loki juga perasan muka 2 budak itu pucat benar.


"Kau ni kurang darah ape" bisik loki. Loki cuba tengok jam dekat tangan. Risau pula kot-kot terlambat. Bila Loki paling muka kedepan, budak pucat itu dah lesap. Tertoleh Loki kiri dan kanan sebanyak 2 kali mencari budak-budak pucat tadi. Memang lesap.




"Laju beno kau lari..boleh ajak fight satu kali dekat balapan petang ni". Loki rasa tercabar selaku pemegang rekod larian pantas dalam sekolah. Setakat budak tingkatan 4 apa lah sangat. Ini kan warden kejar pun dia boleh makan.


Dewan perhimpunan mula penuh dengan budak. Jenis perhimpunan sekolah ini best sikit. Sebab perhimpunan dia boleh duduk atas kerusi. Nampak sangat dia takut budak pitam atau kejong kaki akibat lame berdiri. Jadi bila boleh duduk, budak kebiasaannya akan cuba bawa mimpi malam tadi dekat perhimpunan. Biasa perhimpunan makan masa dalam sejam. Gila ba apa sampai 5 - 6 lagu kena karoake. Itu belum campur maki hamun guru disiplin merangkap ketua warden.


Selaku brader dalam sekolah, Loki kurang hirau sangat benda-benda macam itu. Sebabnya dia dah setting 'port' cantik untuk sambung mimpi. Tepi dewan dekat dengan pintu keluar adalah kawasan brader-brader. Budak tingkatan 4 dicampak dekat depan dan tengah supaya dapat sauna free.


Loki sampai ngam-ngam lagu Negaraku jadi playlist yang pertama. Dia cari Bigong.....selalu Bigong dah ada sambil pejam mata. Tinjau kiri dan kanan.......Bigong macam tak ada. Kurang waras kalau tak nampak Bigong. Badan macam gitu nak nyorok pun pikir 2-3 kali.


"Pssssst....psssssst....Pijat!!...mane Bigong??"Loki buat-buat bisik....padahal sampai ke belakang suara dia dengar.....bangang.


Pijat macam buat muka ngeri. Angkat muka pun tak mahu. Naik pelik Loki.


"Woiii...Bigong mane??" Kali ini budak perempuan yang berdiri sebelah kanan dewan pun boleh dengar...tak hormat negara betul.


Pijat pelan-pelan tunding jari dekat satu arah. Muka dia nampak takut sangat. Loki pun pelan-pelan ikut jari Pijat dekat satu arah....Loki betul-betul nak terduduk. Lenguh habis kepala lutut dia. Sikit lagi nak kena kancing gigi. Ditumbuk perutnya laju-laju kot-kot dia masih bermimpi...senak juga.


Betul-betul depan dewan....Bigong dengan semangat karoake lagu negaru cukup patriotik. Siap pegang bendera lagi. Patut la sound speaker hari ini macam ade improvement. Sangka Loki mungkin En. Farid dah reti guna speaker cap TAMA. Rupanya suara Bigong dah boleh calen speaker sekolah...naik turun perut dia, kembang kucup pipi dia....Cikgu-cikgu cuma mampu pandang satu macam dekat Bigong. Nak ditegur kurang berani.


Loki dan Pijat pandang kebawah sunyi.



*****


Budak-budak berlari balik ke kelas. Loki berjalan sambil tunduk. Bukan sebab dia malu dengan Bigong pagi tadi..dia cukup rimas bila makin bertambah orang pandang dia satu macam. Orang itu satu pun Loki tak pernah nampak. Senyum pun tidak, tegur pun tidak..yang tahu pandang dengan muka kurang darah. Satu hal lagi, macam dia sorang pula yang perasan budak-budak kurang darah ni ada. Yang lain buat tak tahu saja.


"Ape lagi benda mengarut aku nak jumpa pagi ni...ada juga aku balik fly tido ni karang" ngeluh Loki. Memang niat fly tu dah ada..cuma tambah sebab nak bagi sedap hati.


Laluan ke kelas Loki satu jalan dekat setor lama dimana tempat kejadian berlaku. Laluan tersebut memang suram gaya cerita Seram dekat tv 3...kalau ada bunyi latar mesti jadi lagi seram. Aura gelap pekat betul dekat laluan tu. Nampak jalur-jalur hitam turun macam dalam cerita seram jugak. Tertunduk-tunduk Loki menahan aura hitam. Berpeluh tengkok dia. Makin dekat dengan setor lama makin hebat...dah macam gaya rukuk Loki tunduk...punya hebat. Jalan pun dah terhoyang-hayang.





"peh...macam gini punya gaya memang batal. Apasal berat sangat aku nak bernafas ni? Semalam baru 1 kotak palmal habis..biasa steady lagi. Bau pun macam haram ni...sapa pula yang buat onar" Loki dah naik rimas dengan keadaan sekitar. Dilawan juga aura berat tadi. Kini Loki jalan satu langkah demi satu langkah sambil tangan macam menolak sesuatu dekat depan. Budak perempuan kelas Loki garu pipi tengok Loki. Semua yang tengok Loki garu pipi..ada juga garu kepala.


Tiba-tiba Loki berhenti betul-betul sebelah setor lama. Dia macam tak mampu nak melangkah lagi. Terkunci habis kaki dia. Kepala lutut yang gigil tadi pun belum recover lagi. Dia jadi macam kancing gigi. Dia seolah-olah nampak satu benda yang 'horrible'. Tunduk kaku Loki tak bergerak. Peluh mula terbit...Loki dah menggigil satu badan.


Tidak semena-mena Loki terumbang-ambing. Lantas rebah terus kebelakang....Berlari rakan-rakan kelas lain tolong Loki. Kecoh benar pagi itu. Sudahla kecoh Bigong karoake lagu Negaraku depan dewan, ini kecoh Loki pula pengsan.



"Gila ba.....apasal kaki dia besar sangat! bulu lebat....kuku panjang....gila ba!" ungkap Loki dalam hati sejurus sebelum dia rebah.





Kalau korang nak 'follow' Bab 1 & Bab 2 jemput-jemput kelik SINI & SINI





22 comments:

Anonymous said...

kene baca bab 1 n dua dulu ni. seram woo...

Unknown said...

best!best!

kata kila said...

aduhlhh.seram2 ni.malam ni tido dengan mak lah ekekek

TeRRoRRiZZ said...

""Gila ba.....apasal kaki dia besar sangat! bulu lebat....kuku panjang....gila ba!" ungkap Loki dalam hati sejurus sebelum dia rebah.
"

tamatan entry yang menimbulkan tanda tanya.

bezz........

SD said...

adoih...pening aku baca.....ikut dari part 1 lagi ni.....jenis aku baca 2 3 kali baru aku boleh imagine.sebab tu aku x baca novel klu baca pun 2 minggu baru abes sbb satu page ulang tiga kali....adoih.....

hentakbelipat said...

terrorriz:hahaha..saje bagi suspen x sudah2

SD:pening ke bace...aku dah cube bagi care paling ringan ni..hahaha..

kk:seram tido bukak lampu

iqbal:thanks bro...

jammbush:kalau senang aku post bab 4 plak...

Afiq Bukhari said...

fuhh..kalu da ade smbungan gtaw weyh..sedap membace nih hehe :)

jjjjj said...

walaup0ng sepatutnye cite hant0o, tapi nape bace asyik nk gelak jek. LOL

Relevan said...

Kena baca semula dari siri 1 nih..

.::WaNiE::. said...

wa pulak lelebih debar ahaha

fikri FAUZI said...

aku pun duduk asrama gak dulu. 5 tahun duduk asrama. cerita seram memang berlamabak.macam2 pernah aku alami.tapi lama2 dah macam biasa dah.

hentakbelipat said...

psyc:ok thanks bro..nanti ade sambungan die insyaallah

xha:itu sebab deria keenam kamu mmg berfungsi

releven:harus mcm tu

wanie: layan lagu mas idayu..dup dup dup

fikri: lu adalah orang2 yang kene kencing dengan senior2 lu

tiefazatie said...

hahha..dasat la ko stakok..menarik2..haha

RerameUngu said...

perrggh..Ada sambungan lagi ke ni?hee

cEro said...

perghh!!!
tak sabar nk tunggu citer next..

Kniedaz said...

wah..kena baca bab 1 & 2 dulu baru leh baca yg ni..seram ke?

-telOrDibAsuh- said...

kul 1pg telor bace haha..berteman kan lampu hahaahaha

Unknown said...

sambung ar cepat

Belalang hijau Perisik said...

sempoi la bro...bila nak sambung lak nih?

NICK IRFAN said...

huh! bigong nynyi lagu siap pegang bendera? kena rasuk ke apa? huh! loki plak pensan ape kes ni?? suspen2...

Anonymous said...

Yuyu:

mantap giler ko mengarang stakok.. tekenang lak aku peristiwa nih.. bile bace macam flash back la pulak.. haha.. papepon, ko mmg pandai gile mengarang, becerita, mencaci, mencarut n mengarut x ubah zaman skolah dlu.. haha

Cik Penulis said...

HAHA. aku nak baca next.