Pagi tu lain sikit feel dia. Bigong bangun awal. Tak macam hari sabtu yang lain-lian. Ikut kebiasaan habitat Bigong, hari Sabtulah hari untuk dia berhibernasi..kalau bayi tidur 12 jam, Bigong tak nak kalah.Dia kalau boleh pagi senin baru tepacak tepi katil. Kadang-kadang sahabat lain dah naik gerun, siap ada yang dah pasang air sembahyang nak baca surah Yaseen..kot-kot memang Bigong tak bangun langsung. Jadi pagi itu lain sikit feel dia. Bigong bangun awal....
Pijat selaku jiran sebelah katil Bigong terkincit-kincit lari anak ke arah bilik Budiman 3, membawa khabar aneh tentang prilaku Bigong. Walaupun dia tahu wap nafas yang keluar dari mulutnya cukup pegi tengiknya, dia tak hirau sangat. Dia lagi hirau dengan kelakuan Bigong. Kawan-kawan lain harus diberitahu. "Woiii..bigong bangun awal!!". Lepas jerit di Budiman 3 Pijat jerit di Budiman 2, lepas Budiman 2 ke budiman 1. Gegak gempitalah sudah satu asrama budak lelaki Sekolah Asrama Penuh Tepian Paya Bakau pagi Sabtu itu dengan berita Bigong bangun awal.
Sikhen bukan tak dengar jerit pekik Pijat. Tapi Sikhen lebih sayangkan mimpi dia dapat awek iras-iras Maya Karin. Berkerut dahi Sikhen cuba concentrate balik jalan cerita mimpinya. "Chilakew betul..baru nak start scene kucup-kucup". Amarah Sikhen dalam hati. Tapi bangun juga Sikhen. Pelan-pelan dia kesot-kesot ke pintu. Sikhen buka mata sikit-sikit. Silau lampu koridor buat Sikhen buka mata sebelah. Tahi mata ada dalam 2 lapis Sikhen tenyeh laju. Dijelingnya jam dinding gamba mikey tiup belon.
"Gila apa nih..baru pukul 5 pagi..hilang akal betul Bigong Celah mana dewan makan nak bukak time macam gini..kot iya pun lapa." Bentak Sikhen merajuk.
"Ini dikira luar tabii..aku baru lepas Sigop, aku nampak Bigong capai kepiah..sapa aku pun tidak..baru ingat nak hulo sepam" Sampuk Siba tiba-tiba
Kembang kuncup hidung Sikhen menangkap aroma Marlboro kaler merah dari badan Siba. Bau rokok kalau campur dengan embun memang pegi dia punya taste. Sebab itu Siba lebih selesa memilih waktu pagi buta kalau nak pekena sepam dua. Line pun lebih clear. Waktu begini comperm Ustaz Teminator erat memeluk bantal panjang. Jarang-jarang dia buat rondaan dengan EX5 exzos boco pukul 5 pagi.
Sikhen angkat bahu tanda hairan. Siba angkat bahu 2 kali tanda lebih hairan. Sikhen pandang Siba tajam. Siba segan.
"Mulut kau bau longkang" Tegur Sikhen ikhlas. Siba cuba hembus nafas dekat tapak tangan. berkabus cermin mata Siba. Siba angguk setuju.
"Bigong!! kau nak kemane woii" laung 2,3 budak-budak yang dari tadi leka bersigop dekat depan tandas. Tidak ditolehnya Bigong. Satu-satu langkah bigong disusun kemas. Terhenjut-henjut dia. Sebelah kiri kaki bigong pakai selipar jepun dan sebelah lagi kasut sukan menyebabkan atur langkah Bigong kurang kemas.
Sikhen yang semakin besar biji mata laju meninjau dari tingakt 2 asrama. Nampak kelibat Bigong semakin hilang dari pandangan. Perasaan ingin tahu memang kuat. Ditariknya Siba yang baru nak setting katil untuk tidur. Berlari kedua-dua sahabat itu menuruni tangga. Siba mendahului. Sikhen pengkar sikit. Sampai dekat groundfloor Siba dan Sikhen nampak kelibat Bigong dah jauh. Tapi arah tuju Bigong nampak macam nak pergi surau..
"Aku rasa tak sedap hatilah Sikhen..benda macam ini belum pernah jadi lagi. Sejak bila pulak Bigong rgheti pegi surau awal..jadi orang 1st pulak" luah Siba. Nampak benar risau Siba dengan raut wajah begitu.
Selang 2-3 minit sayup-sayup kedengaran bunyi azan Suboh. Bunyik katak puru sedang mengawan terus hilang. Cengkerik pun tahu hormat waktu azan. Sayu betul pagi tu. Bigong azan penuh kusyuk. Ikut betul Bigong dengan harkat-harkat azan yang diajar Ustaz Amerr minggu lepas. Sejuk balik hati Siba dan Sikhen. Jauh dalam hati timbul niat insaf..
"Woi..gila apa nih?" sapa Crow selaku tukang azan tetap sekolah tersebut. "mane masuk waktu lagi!!ade lagi 30 minit nak masuk Suboh..sape yang rajin pegi azan tak pasal-pasal ni"
Siba dan Sikhen pandang sama lain lagi. Kali ini Crow pun pandang sama-sama jugak. Siba, Sikhendan Crow angkat bahu 2 kali...
Pelajar lelaki yang jenis turut perintah siap-siap nak ke surau. walaupun azan Suboh lari sikit time dia, dah memang waktu untuk ke surau pun. Budak-budak jenis kepala batu belum boleh nak bangun. Satu-satu pelajar muka baik menuju surau. Sikhen dan Siba turutkan saja niat ke surau. tapi jauh di hati Sikhen..hari ini lain sikit feel dia. Macam ada sesuatu yang bakal menimpa Sekolah Asrama Penuh Ditepian Paya Bakau selepas ini.

41 comments:
fuh. bdetak2 jantung wa baca.
haha..ni saje mule2 nak gatal..kalaua de kurang bgtau ler..bole repair mane yang tak best
hehe..penah x baca buku Tamar jalis!!!!
wahhh... hebat rumate aku bercerita rupanya. suspen!
hoho.
best=)
woit..story nk scarry je kn..ni yg psl d day ke?..huhuhuuuhuu..x sbr nk bc..
-payung
huhuhu~~ berdegup2...nak bace kasi abes.. :)
telor: soryy dude!!!aku tak pna bace..tapi best ke...mybe bole take note ngn buku tu..next time aku carik
payung: d day has yet to come..hahah...ni cite ngarut..xde sangkut paut ngn sape2 pun
kaled: hehehe..aku saje je nak testing buat cite..
everyone: kalau cam haremm bgtau ler..leh aku adjust tahu..jgn senyap2
wah!!best!best!hehehe..seram~
good job..truskan smbungannye..tmbah lgi unsur2 suspens..bg lgi lju jntung bdegup..tringt time dok asrma dlu.. (:
hahaha kau sejak bila pandai berkarya nih?nama habis unik doww bigong lah siguel lah macam2 :D
nice one..
aku suka cara ko bercerita..
tp kalo boleh, banyakkan perenggan sbb aku tak berapa minat citer panjang lebar satu perenggan..
hahaha...
seb baik citer best..
teruskan HB!!!
hehehhe...rse da cm srm da...nge3...
tringt lak zmn duk asrama dlu
ceittt...berpeluh2 dah.tu bru baca tajuk entri. haha
ooo...makk oii HB oii!!
seram sekejap!baru nak feel apa jadi seterusnya dah bersambung.hehe.
meh!datang amik award kat blog =p
ala....next n3??hihihihi..best cite nih.mata sy nk nk dekat ngn screen sbb dok bc cite ni..hihi
best best
ok..sambungan die nanti aku post..mybe besok atau luse ok...thanks sudi bace sume!!!!
tah lah apsal slalu cm tu yerk? bla hostel je seram... bila seram je hostel... ho3
pelik...
lawk lak biler baca..:p tu menurut den la.. hehehe
citer bestt, tapi adoii nama watak sume tegeliatt lidahla nak nyebutnye! hadoii *shut me up pls .
hee..buku tamar jalis tu mmg cite pasal hantu..ni citer benar dari pengalam si penulis(tamar jalis) ...klu nak cari buku die mmg susah...aku lu pon rembat buku 2 dari umah atok aku..hehe..mmg best..
klu ko nak try bace..ko g
http://tamarjalis.blogspot.com/
try bace..best tau...
dah bace g tahu aku hahaha
sambung? cis!
waaaa..ni yg tertarik ni...minat seram
salam.. bila smbungannya sis? :)
ehem..blog ellis dah ok..dh x de error lagi..ekeke..
seram ke? aku dari awal ketawa je ngan ayat si HB ni.. hahaha.. bukan hina eh, sbb ayat HB cam kelakar ah. aku terlupa ni cite seram
hebat hebat.
next.
;)
tak sabar sudah.
ala....bersambung lak...mmg tgh feel bc td...
btw pasal tamar jalis yg telor kasitau tuh...citer dia x abiskan???
lagi satu tamar jalis tuh bukan name betul kan???
smpi skrg org x tau sape penulis sebenar d sblk name tamar jalis???
ye la.bjaya watkan rsa nk tgggu sterusnya lah..hee
besh2!
kalau skolah ni btol wujud aku mcam bleh tau je skolah mna ni.haha
kalu lah,kalau
kat johor bukan??
to belalang...ha.a xbaes lagi..hehe tp lyan la cite 2
menarik cite nie.. ble sambungan nie..? hehhe..
oit en.HB!!cit exleh blah ah..hihi..abes sume nama dorg kuar nie..hahha..ko byr royalti x??hihi
cepat2 bila mau sambung. sudah tidak sabar da ni.
hahaha..bab2 sekolah asrama ni hantu dia lebih kurang je semua..macam ada persatuan hantu-hantu sekolah asrama pulak..
sambung2!
bru aku dapat baca! hehe ha! seram giler cte ko ni bro! part yg seram bigong tu la dan azan! naik bulu roma aku.. syabas HB cte ko mmg seram...
nick irfan : tahu tak pe.. mmg seram giler...
Gler best!
Post a Comment