Tuesday, June 8, 2010

Perangai Pelik:Bab 6


dari kecil,mama dan ayah selalu pesan,jumpa orang senyum,jangan sekali pun buat muka masam..jumpa orang tua,tegur,jangan buat-buat malas nak layan,malas nak borak..bertegur sapalah sesama insan..jangan sesekali pun sombong dengan orang,nanti orang tak suka..

tapi,kadang-kadang I dah semangat nak senyum kat orang tu,sekali orang tu buat muka bodoh je..senyum pun kelat aje..kadang-kadang kat UTM,tengah jalan,jumpa orang yang kita kenal,dah ready nak senyum,bila dah dekat nak bertembung dengan orang tu,dia boleh larikan mata dia ke arah lain..hey!apa salahnya awak senyum je..murah rezeki tau bila senyum

kadang-kadang jugak,bila masuk kedai yang mahal-mahal dekat shopping mall,salesgirl tu akan buat muka masam,lepas tu bila kita sentuh baju,dia terus lipat balik..lepas tu buat muka macam..Hey!kau tak mampu nak beli baju ni..keluar dari kedai bukan milik aku ni!haih..kalau jumpa salesgirl macam tu,rasa nak rendam dia dalam clorox,biar hati dia suci bersih sikit..bukan kedai kau pun nak berlagak sombong

jadi,bagi kami anak-anak untuk menjadi peramah dan tidak sombong,mestilah mama dan ayah yang praktikkan dulu..baru anak akan ikut kan..ayah memang over peramah..

pekerja sushi king:irasshai!(welcome dalam bahasa jepun)
mama:(senyum dan angguk)
pekerja sushi king:irrasahai!
petisuara:(senyum dan angguk)
pekerja sushi king:irrashai!
Mis:(senyum dan angguk)
pekerja sushi king:irrashai!
ayah:irrashai..irrasahai..lain kali cakap la assalamualaikum dik
pekerja sushi king:...........................

semalam pulak,I dengan Mis teman ayah pergi Celcom,nak terminate dua berukband Celcom yang sungguh lembap itu..SUNGGUH LEMBAP ye!lebih sejam kot nak terminate aje..kalau kat JB,tak sampai 15 minit dah settle..perkara lembap dan lambat sebegini,memang boleh buat perkara BATAL!


sabar menunggu giliran yang tak tiba-tiba

jadi,bila dah settle,I dengan Mis memang dah tak sabar nak pegi lunch..tengah jalan,tiba-tiba ayah stop dekat satu mamat marine ni...


mamat marine semalam tu melayu dan lebih handsome dari ini

kitorang dah cuak,apalah ayah nak buat kat mamat marine tu..tiba-tiba dia bercakap dengan orang tu..kitorang lagilah..adoi!mesti dia nak tegur apa kan..kitorang dah dekat luar pintu,jadi tak boleh nak dengar apa yang ditegur oleh ayah..sesudah selesai....

petisuara:apa ayah cakap dengan orang tu?
ayah:i was so curious..how he can wear such a white uniform like that..
petisuara dan Mis:AYAH!gila sengal!perlu ke nak tanya benda macam tu
ayah:of course lah!he's baju is so white
petisuara:then,dia cakap apa?
ayah:he got 5 uniform,so tukar hari-hari..and dia basuh guna Vanish..

ok lepas ni semua pegi beli vanish ya..jangan guna clorox......




23 comments:

nUR_rOsALiNdA said...

Aiyakkkkkk~
baru ingat nak tukar pakai celcom..pon problem jugak ke

zikeryhassan said...

memang sangat tak suka kepada manusia yang asyik bermasam durja.

sarah shafie said...

hehe..mcm tk brkesan je pkai vanish..ke aku tk reti gune..huhu

.s.o.f.i.a. said...

he he..... tetiba me admire ur dad la.... kem salam kat dia ek!!!

husnazainal said...

hehehe...guna lah vanish yea..

nurul nadia said...

comel tul la bapak ko ni...

SD said...

boleh ker makan kat sushi king, dengar kata sushi king memang x apply sijil halal sbb beberapa sushi dia memang menggunakan arak beras(klu x silap). klu x guna x sedap rasanya...huhuhuhu....x pernah lagi terdetik nak g survey kat sana ada sijil halal ke tak.....

NichKhun said...

hakhakhak...
petisuara.. comel je ayah u g tegor pakwe tu eh..
hahahaha

helena's said...

bapak borek anak rintik mungkin.hahaha

eydameen said...

tapi ,, macam mana kalo org tu dah start rapat and mula senyum senyum dgn kita . then , lepas kita start rasa minat kat dya , dya mula jauhkan diri dari kita . soryyyy , terkeluar topik . hee !

Kie-yu said...

hehe~
kaka la ur dad
mesti happening bile keluar dgn dia kn

.::WaNiE::. said...

hahah tak suke salesgirl gituu

harus ke soping nk pakai baju mahal2 kasut mahal2 baru nak pandang

serius wani kalau nk soping pakai selipar ngn shirt sbb dah tau nak jalan lama hahaha

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

vanish tak bagus.. lembap macam siput. clorox la bagus. hehe..

petisuara said...

rosalinda:celcom agak lembap la kt umah sy n utm..hancos

sarah:vanish sy gune yg serbuk nye..ok r

sofia:haha..okeh!

nadia:comel?hahaha..xlgsg

sushi king 2 ktrg pon da lme xmkn sbb tkot jgk da org ckp xhalal..2 yang buat sndri 2 sushi

gooseberries said...

hahah..penah gak terpk nak tanya cm ne org yg pakai uniform putih nie jaga naju2 diorang...hee so papehal guna vanish la kan..

Enchaoz said...

kelakar gile ayah ko hehehehe

bunga said...

ayah u sama macam ayah i. suka pegi buat lawak dgn org tak kenal. adoih. haha

nand nasyari said...

erk...siyesly..???? ur dad tyne tu..? OMG..!!!! hahaahah.. kewl gile..!!! ;D

noor afzan said...

cool gile ayah hang..

petisuara said...

ayah i mmg sengal..sukati die je nak tnye ape2 kt org..asl ade bd nk tnye terus shoot

oh nada said...

setuju! celcom mmg lombab gilo. adeh T.T

vanish mmg berkosan pon. haha

Lan Bingka said...

celcom memang menjaga konsep lembapnya itu..hehe

lunar wolf said...

..mantapp r ncik ayah hg..salute2!! ..ahahahah