Tuesday, June 29, 2010

Review : 28 hari Jurnal Rock N Roll (Mohd Jayzuan)

Buku ini dah lama aku khatam tapi tak sempat-sempat nak review. Ini adalah kerana aku lebih teruja nak pi Batam...perghhh pegi bai! Jadi setelah pulang...mari membuat review pasal buku-buku. Buku ini bukan sebarang buku. Kalau kau minta dekat MPH buku ini, mungkin kau akan makan stepler sebarang dua ketul. Jadi nampak sangat buku ini special...special yang up lagi dari ABC special. Lepas baca rasa nak jilat satu-satu muka surat buku ini..

Buku yang special itu adalah buku 28 Hari Jurnal Rock N Roll terus-terusan dari Mohd Jayzuan. Dengar Mohd Jayzuan pun dah bergoyang badan nak pi carik buku ini bukan? aha memang sangat sejuk cerita yang nak disampaikan oleh brader Jayz ini. Sebenar kandungan buku ini lebih kepada journal terhadap seorang yang tulus dengan dunia dan diri dia.

Buku atau Journal ini adalah berkisar tentang perjalan seorang pendukung indie rock tegar merentasi semenanjung Malaysia. Dari Simpang Pulai terus ke Johor Bahru dan laju ke Alor Setar. Betul-betul 'attitude' rock n roll tegar dalam jiwa mamat ni. Gila apa keluar rumah nak pusing malaysia tak bawak banyak duit. Yang ada cuma buku diari, pen, gitar tong dan juga otak. Kau ada berani nak buat macam itu, tak bukan? Bila aku baca aku macam dapat rasa apa yang Jayz raza....ampu sangat lah! Ini sebab jenis ayat yang dia guna sangat jujur dan jelas. Kira kalau masa itu kau baca tentang dia murung..kau tak pasal-pasal murung jugak sambil hisap rokok banyak-banyak..Haram J!

Kan dah macam murung Petisuara tu...ahh kau, comel macam burung pun ada

Hidup brader Jayz ini mengikut journal dia, memang penuh dengan duka dan sakit. Jatuh dan bangun dah jadi perkara rutin. Sunyi dan sendiri adalah perkara biasa. Tapi walau macam mana luka pun hati dia...ubat yang paling mujarab adalah makan. Setiap perhentian mesti ada kedai yang dia singgah. Dah macam rancangan makan-makan pun ada. Dan aku paling tabik, brader Jayz banyak rakan yang loyal. Ada saja kawan-kawan walau di ceruk mana sekalipun dia berada...sentiasa ada bila Jayz perlukan. Tabik! Tabik!

Jadi cuba korang roger-roger sikit brader Jayz ini untuk rembat buku dia ni (http://mohdjayzuan.blogspot.com) Sangat tak bagus kalau belum ada buku ini..bukan senang nak jadi sejuk bukan?. Ataupun boleh cuba email pada mamat ini untuk tanya lanjut.....dvinecomedy@hotmail.com (sufian abas)


Psss...kalau korang beli nanti dapat tanda tangan artis...uish!

14 comments:

.::WaNiE::. said...

tak nak tandatangan artis

nak tanda tangan owner blog ni berdua boleyyyyy

muahahaha

White Bird said...

rajin dier membaca

MR. SYAH said...

pernah dgr nama jayzuan ni.. dia ni penyanyikan..

hentakbelipat said...

wanie:prghhhh..hahaha nak cop rasmi pun bole
syah:tau lagu gadis electrik?tau free love?

eesyaheera said...

kau paksa petisuara baca ke? muke masam je tu. haha.

anyway, gf ko cun mcm salu. gila ayat ala2 lesbian da.

cikidong said...

begitu ayu membaca buku hiks

cEro said...

macam best!!!
nak rembat laa...

Wan Gerrard said...

Menarik gak^^
nak try beli la

Unknown said...

mcm best jer jln cite ni...
mesti beli la kot... hehe

Unknown said...

mcm best jer jln cite ni...
mesti beli la kot... hehe

Fontonk said...

dah lama tak tgk jayzuan main live.
taknak beli, nak pinjam kau punya jelah. hahaha

pawaka19 said...

rare btol buku ko baca ni..terus terang aku tak mengenali jayz ni.papepun membaca budaya kita..keep it up!

New Entry Pawaka19 Dot Com

"Pengila fan bola sepak argentina yang seksa dari china"

adik no 3 said...

ayung bermisai. hahahaahahaha

Neyra Shazeyra said...

i tak beli lg sbb tatau nak beli cmne wakakakak. naseb ade info