Friday, August 27, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Kembar

Fairuz dan Faiz dilahirkan sebagai 'monozygotic twins'. 'Monozygotic twins' adalah ayat mengada-ngada bagi kembar siam. Kembar yang bukan nya asal dari Siam, tapi memiliki sebijik-sebijik fizikal yang sama antara pelaku kembar itu. Mata sama warna, hidung sama besar serta pipi sama tembam.
Hanya tuhan sahajalah yang tahu punya huru hara Pn Suzy ingin melahirkan Fairuz dan Faiz . Di saat itu, kepala Fairuz yang keluar dulu melihat lampu syiling, maka secara automatis, dialah abang.
Uniknya mereka, setiap deria turut dikongsi bersama. Memang 'true' punya kembar. Kalau Fairuz demam, mesti Faiz pun demam. Kalau Faiz lapar, mesti Fairuz pun lapar. Takut, sejuk, panas, bosan, marah dan segala perasaan semua nya dikongsi bersama.
Bila sudah besar, mereka lebih fokus pada kegiatan mencari pasangan hidup. Yang ini agak kusut sikit…bukan apa, kalau dah masing-masing pun suka pada benda yang sama, sampai kesudah pun tak pegi kemana.
Maka terjumpalah mereka berdua satu makhluk super jelita. Rosmery namanya. 'Package' yang lengkap. Dari rambut sampai ke dada, turun ke pinggul dan terus ke ibu jari…..perghhhh! itu saja yang mampu terucap…pergghhh! Masing-masing mahukan Rosmery sebagai bini. Macam-macam cara dilakukan mereka agar Rosemery tertarik sehingga bergaduh. Tak pernah-pernah sebelum ini bergaduh, Rosmery punya pasal, kembar siam tolak belakang dulu.
“sebagai brader yang lebih cool, aku rasa aku mengalah sajalah pada kau. Kau sauk lah Rosmary tu....aku rela” kata Fairuz di satu petang. Melompat lah Faiz lalu dilamarnya Rosmery laju-laju.
Sebulan sebelum kahwin, sedang Fairuz minum-minum di rumahnya , tiba-tiba Fairuz batuk darah, matanya keluar darah, mulut berbuih…3 minit selepas itu, Fairuz mati.
“Lega…barulah nanti malam pertama, aku seorang yang merasa nikmatnya. Mana boleh orang lain turut feel sama.” Faiz bercakap-cakap kosong sambil membelek-belek botol racun tikus cap Bunga Raya di rumahnya.

51 comments:

MOFASAD said...

hahahahaha!

kejam punya kembar!

hans said...

fuh
gila kejam sanggup bunuh adik sendiri
adess

P/S : Dah 3 Kali Dah Macam Nih! Kalau Kali Ke-4 Macam Mana?

meowwmania said...

iskk giler kejam!

0sh!Nz d' sen0r!ta said...

haa.. boleh pulak macam tu?

fairuz said...

hahaa.rosmery rosmery!

ejum said...

haha.kejam punya abang.. :)
ni kesah benar ke?..hehe

I n n z said...

almak,macam tak dpt tgkp plak kaitan dgn botol racun ;p

AyuE SurihanyOt said...

keji gila kembar!!!


nasib aku takde kembar..haha

jo said...

cakap dari kepala sampai kaki je tak boleh? mesti nak kena sebut dada..?

yong_liza said...

kureng btoi kmbar dia :P

Azmi said...

haha...bukan ke semua benda diorang kongsi smaa??
klaau fairuz mati faiz pun mati jugak la ye???
haha...

Maey said...

cisss!
hehe...
btw, im going bck to my village.
My grandma just pass away.
so dlm 1week ni aku takkan merayau2 d alam maya.

Kap said...

macam mana nak tahu air kita minum tu beracun ke tak???

Syiqin said...

kejam gila.....=.="

AngahSayang2314 said...

salam ramadhan 17

wah..wah... kalau dari segi luaran pun diorang kongsi bersama tak kan la seluar dalam pun sama hehehehe

.::WaNiE::. said...

hahaha gile betul hoi hahahah

nanaruzana said...

isk....

The Poyo Me said...

mati pon x feel sama2 ker?

noor afzan said...

bengong punya kembar.
hampeh!

Gen Fujita said...

kembar siam atau kembar seiras? he he he. btw nice story

iqbalsyarie said...

erk...jahatnya...tapi itulah realitinya...sesama adik beradik pun nak berdengki!!!

Cerita terbaru di blog:"saya nak kawin dan ada anak,dan lawan Israel!!"

Lan Bingka said...

lor..punya la tak mengenang budi. abang dia dah mengalah tu dah kira baik tu..

ummi iman said...

ada juga abg yang tak sayang adik dia..adehs..kejam betul

Hamzah Ian said...

citer bongok!!!

ni citer betol ke hape???

kah kah kah...

hahhaa. lawak gile sial.. ko buat ke hape?? cissss

Azura Ani Salaim said...

Hahahahaha! giler ni, hahahahaha!

sweet stalker said...

naseb baek la xde kembar.

echah mashuri said...

huhuh......gns gila!!!smpai pmpuan pom mnt yg same!

a little less conversation said...

terbaik la faiz..aku suka tul keputusan die wt..yela, si adik penat sampai berpeloh2 ber ehem2 ngn bini..tp si abg yg merasa nikmatnya..haha

.s.o.f.i.a. said...

aku nak kata kejam, memang la kejam.... tapi betoi gak. since diaorang share deria, nanti ke best an malam pertama si adik turut dirasai oleh si abang...... adoyai!!! konflik toi!!!

Amirrah Zawani said...

ish2..
pasal perempuan je sanggup mbunuh adik sndiri..

ard said...

hahhaa.. leh sampai camtu ke efek kembar?? cuak aku...

elly said...

Ceteknya fikiran...bagi racun tikus...hish kejam tul...

sofia said...

Hahahaha. Kurang ajar punya kembar.
Jahat gila.

OrenLimau said...

lorrhh..
sengal nya adek diaaa.
isk3.tragis.

cEro said...

wey!!!
akuu meremang doo bace...
dah arr bace tgh pagi buta pukul 230pg..
gilo psiko...

kiwi said...

ishkk2..kjam gler...

nysa said...

jahat giler..ehh tapi dia tak mati jugak ke??ye laaaa...kata bile abg kembar dia rasa dia pon rasa gak..mintak mintak lar dia mati..hahaha

pawaka19 said...

cerita benarkah ini?

"13 Trivia dan Fakta Menarik Mengenai Youtube"

Whoda said...

peh, sadis kot!
hahaa...agak sengal disitu

AngahSayang2314 said...

salam....
alamak tak da news story kwang..kwang...

Mommy Pinky said...

kejam! kejam! huhu~

paan sabri said...

haha.. puas ati!

Dark Half said...

hahah..ini la yg dikatakan cerpen klakar seram.awal2 story siap ngan science term lagi...monozygort?pehhh..alih2 cter kembar psycho.thumbs up,bro!

♥♥♥aRiSa FunAbAsHi♥♥♥ said...

huhuu....wah...ganaz... =)

kata kila said...

wahhhh kejam seyh!

cik helena said...

aisyoh!

mengenaldiri said...

jaat gler..huhuhu

Rina (◕‿◕)✿ said...

fuh dasat tu

Bungakopi said...

tp kalau kembar siam memang leh rasa gak eh? kan demam sama2 rasa? pening aku. haha

Ga-In said...

dasatt gile crite.haha

Ga-In said...

segauu tu yg slack.haha