Pagi ini nampak macam biasa balik. Balun nescafe satu cawan, tuala tak tanggal lagi kot-kot kejap lagi kene bedesup masuk toilet nak buang segala rendang bagai. Jadinya, beraya dekat rumah boleh kata yeay! jugak lah. Seronok dia lain macam. Ini dah balik JB, belum nampak masa depan beraya dia macam mana lagi..harap-harap selain bagi duit raya dekat tokey TGV, ada lah acara makan-makan..kan lebih sillaturrahim?
Asyek aku meraban jadah hapa dengan cerita mengarut, sempena raya, aku nak juga tayang gambar raya.
Dah boleh kata tiap raya mesti ada gambar pose macam ini. Pagi raya kan?..mestilah nampak macam family gembira. Tapi macam haram J juga tang gambar ini, mata aku tu, aku syak saja camera nak sabotaj tema raya iaitu, raya perlu dengan muka gembira. Apahal! mata tu patut tangkap gambar sebelah tanah perkuburan, atau sebelah kemalangan ngeri bas express dekat lebuh raya.
Yang ini tiap kali raya pun ada. Acara wajib sambil hati kata, harap-harap ada sampul duit raya dekat tangan. Nasib baik raya itu setahun skali...kalau 2-3 tahun sekali? bengkok bai. Bagus jugalah minta-minta maaf. Cuba acara ini memang xda tapi ditukar dengan tiap pagi raya mesti kena main baling selipar...kan busuk tu. Bila lagi kau nak minta maaf, harap tulis dekat status Fb, tak hadari lah.
Acara berikutnya adalah, beraya dengan arwah abang. Kadang-kadang dengar macam-macam fatwa pasal pergi kubur di pagi raya..tapi, bialah pagi raya itu satu kelepasan bagi aku, ayah, mak, acek, akak, nak jengok arwah.
Pesyen sekarang ini, aku tengok kalau pergi kubur dah rupa macam pergi Midvalley. Dia punya jem satu hal. Yang paling rare adalah, selain mereka sedekah doa pada ahli-ahli kubur, gadis-gadis juga mengambil kesempatan sedekah apa yang patut pada jantan-jantan. Patut ramai pakai spek hitam pada hari yang mendung nak hujan.
Alah...mana-mana raya pun mesti ada reunion punya. Bukan senang nak jumpa balik. Bekas Sekolah Agama Dato' Klana Petra Maamor..pehh nama sekolah sikit punya panjang. Satu tabik dekat tuan ruma, En. Hafidz sebab berani ajak aku makan rumah dia.
Yang paling bagi ketar lutut adalah beraya di rumah Petisuara..pehhh! dia punya nebes jangan cakap. Ada juga 2-3 hari aku belatih tatasusila sopan santun. Taktik-taktik penting kena ambil tahu. Supaya sejuk mata memandang...rumah Petisuara kot oi!
Baru masuk rumah, dah kena pelawa makan. Baru nak buat-buat mesra tetamu dengan mengajukan soalan random seperti, "pakcik sihat?", "pakcik nampak kacak harini!" atau "wah!! bukan main seronok datang rumah pakcik!!" Jamuan paling canggih setakat ni, raya makan chicken chop..gila ba! Kalau kau raya-raya kena pergi Secret Resipi nak dapat chicken chop...memang padan muka lah. Petisuara cakap ayam digoreng oleh ayah dia...patut sedap!! ohhhh!
Macam kau dapat tengok lah, selain chicken chop,t urut dijamu dengan makanan-makanan canggih yang lain..Memang patut dibuat acara tahunan lah macam ini. Nasib baik kena jaga tingkah laku. Ikut perangai, ada juga aku sumbat 2-3 biji pai tu dalam beg. Satu tabik paling tegak diberikan pada keluarga En. Khairuddin dengan jamuan yang urban ini.
Oh..Petisuara juga menyediakan latihan bancuhan kopi sendiri. Dengan menyediakan susu dan gula sendiri..maka bancuh lah sendiri. Memang dasar suka benda segera. Kopi aku bancuh cukup kelat masyaallah. Patut segala tetamu rumah aku, kalau aku yang buat air depa minum 2-3 teguk aja.
30 comments:
nasib baik tetamu rumah ko pandai jaga hati..
walaupun depa minum dengan muka kelat
wahh beraya rmh bakal pak mertua noo...
selamat hari raya, maap zahir batin :)
mmg ketaq lutut la beraya ke rumah bakal mertua... tp, sekrg pak2 mertua baik dah.. xde yg berambat gn batang penyapu klu pakwe anak dtg.. hehehe
"Kopi aku bancuh cukup kelat masyaallah. Patut segala tetamu rumah aku, kalau aku yang buat air depa minum 2-3 teguk aja."
ayat killer ni.. menangis guling guling baca.. haha
kipidap bro :p
hahahahha! mata ko pontianak tgk pon lari bro, ekekekek! :)
kalaulah ayah petisuara baca blog ni...
apa agak2nya yg terjadi ha????
aku rasa hidangan kt rumah petisuara ni la yg pling rare...tak penah lg aku jumpa org hidang pie dgn chicken chop dihari raya...
ah faking!
buat open house jenis tak mengajak.
bawaklah kuih raya tu masuk kubur kalo mati nanti..
dialog raye umah pak mentue
"amboi, apekah cuace hari ini mendung sahaja pakcik?"
kehkeh,,terbukti utk memikat semua hati pak2 mentue
selamat hari raya...hehehe..
mmg raya sakan lu bro..hakhakhak
meriah raya ko, tak macam raya aku, sorg2...
btw,
selamat hari raya!! (blom terlambat kan??)
pai apa tu sedapnya nampak!pastu tu banana split apa?hehe teruja teruja!
agak rare la makan western pergi beraya.
tapi, pie tu buat saya terliur la.
dammnn..lapor tetiba.
terus gua telan air liur 15, nam belas kali tgk makanan kat open house ni.
grrr...lapaq pulak!!
nak rase ayam yg bapak dia goreng..mesti sedap ohh!
(^_*)
aku raya ke-3 baru ke kubur. tenang sikit. kalau gi masa raya pertama, sambil nak elak batu nisan sambil nak pandang awek..payah gak tu
lumayannya makanan
weh, hebat umah petisore tuh yea, mmg jenjarang... :) [mata tu apesal dek] :P
betul la...mmg rare makan western time raya...nak buat jgklah...
wah.
siriyes aku teruja tengok banana tu.
haish.
:D
wah...selamat ary raye..
hehe...best2 mud raye gempak...
ops...da terlmbat nak ucap~selamat hari raya dan maaf zahir batin :D
Entry Baru:
-Andai aku tahu.....
-Kisah Dua Perut
air kelat xperk asl muka manis..kui9
chittt!!! majuk!!!! tk ajak pun......... huh!!!
credit skit untuk i yang banyak membantu memasak. :D
eh, best lak layan mata lu. haha. ada panda kat rumah. dah ada aura kechinaan. hehe. global la lu beb! haha.
gambar no 2 tu,terharu tgk ! (:
beraya sakan.. selamat hari raya... =)
best giler raya ko ni HB! perghh! meriah btol! makan pun sedap2 plak! jeles aku... hehe
bagos2. menantu soleh neh. hehe
Post a Comment