Wednesday, September 22, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Consequenses

"Suuuwettt sangat nihh...suweet la korang! Memang couple of the year lah!" kata-kata yang sering kali Berd dan Linda tadah.

"Amboihhh...dah macam pinang dibelah 2 dah. Muka pun iras-ras..memang panjang jodoh korang nih" Satu lagi jenis pujian yang mereka selalu himpun.

Berd mempunyai hidung tegak mancung mencanak, otot pipi yang tajam, dagu terbelah seta rambut serabai-serabai gaya artist, cukup buat makwe-makwe ketar lutut sambil peluk tiang bila menatap wajahnya.

Linda pula dengan muka mulus-licin-gebu tak memasal, mata bulat-bulat donut dan juga rambut lurus panjang iklan sunsilk, memang menjadi siulan pakwe-pakwe sampai naik ketumbit pada bibir.

Sama-sama padan.

Perangai lazim bila bercinta..harapanlah kalau nak berjauh. Linda bukan boleh kalau Berd hilang sikit. Jauh 3 minit sebab masuk toilet pun dah Linda hantar Sms tulis rindu..ini kan nak jauh dalam 3 hari..memang batal. Jadinya, sama-sama mereka dimana sahaja.

Ramai yang bersetuju dengan hubungan mereka. Kawan-kawan cukup berikan moral-support. Pasangan yang ideal lah kiranya. Wajah pun masing-masing saling tak tumpah, perangai pun lebih kurang sama..kiranya memang ummph! lah serba serbi. Kadang-kadang, ada juga orang tersilap sangka, ingatkan mereka saudara…iyalah, dah seiras kan.

"I love u macam banyaknya air laut" kata Berd pada Linda pada satu malam, lepas mereka suka-suka di pusat karaoke.

"alohh comell..i pun love u macam banyaknya pokok-pokok" balas Linda serta merta buat lentok-lentok manja.

"Hari pun dah lewat..mari kita check-in di hotel sekian-sekian?" Berd cuba-cuba mengail ikan.

"hikhikhik....emm...ikutlah, i percaya u apa-apa pun!" sekilas sambil satu kucupan di pipi.

Kimia + love ------->product + waste

2 bulan dalam perut cukup buat Berd peluh dingin. Berd galas tanggung jawab. Berd mahu segera berkahwin sebelum product sempurna akal dan sifat. Dibawa Linda berjumpa keluarga.


Belum sempat Berd buka mulut, bapa buat muka pucat. Pucat yang warna biru laut. Mulut bapa terlopong sebesar bola golf. Berd cemas..kot-kot bapa dapat hidu niat sebenar.

“Berd…maaf kan bapa, sebenarnya...bapa dah lama nak bagitau kau,..” berd naik hairan.

Selesai borak lebih kurang dengan bapa, Berd pula terlopong. Kali ini Berd punya lopong besar sikit dari bapa..kira-kira sebesar bola tenis pun iya juga. Ayat terakhir yang bapa ucap, ligat berpusing dalam otak Berd.

“ Linda tu dulu adik kau…bapa tak mampu nak sara..”

Linda rebah….Berd lopong…… Bapa panik

“Damm..” Berd mencarut.

46 comments:

MOMMY CGG said...

wah! dari atas cgg baca sungguh sweet bila tang "I love u macam banyaknya air laut" lagi sweet..

-
-
-
ending ye...terkejut!

errr...sadis

oshinz said...

wallawey.. gile ah.

Cik Bucken said...

mak aiiii.. tersentapp jantung aku membacee..ohoho

meowwmania said...

owh kejam...

Unknown said...

ambik kau!!!!

Gen Fujita said...

oedipus complex, ngeh ngeh ngeh... well sort of...

Anonymous said...

perghhh..ending...

cEro said...

super-duper dramatik!!
terbaEk!!!

HaN WarreN said...

ending wat aku nak terjun bangunan...

CERITA LEBAT said...

ending smart!,,suka blog nih

Hazirah Hamid said...

"i pun love u macam byknya pokok-pokok" aku suka unsur alam diselitkan dalam dunia pecintaan HAHA

Anonymous said...

Macam ceta Korea lak..

PUAN PIA said...

ohhh nooo... dramatics giler.... meleleh la air liur linda

Nurul Ayu said...

haha...gila betoi..anak dalam perut tu macam mana la..

alhariesz said...

harap2 Berd bukan nama sebenar...

ngahahahahahahahahhaha

*though fiction, tp fiction sebenarnya adalah cermin kehidupan...takde yg mustahil...

Siti Noor Aminah said...

haha. berd!!!

Unknown said...

kesiannya...moga takde yang berlaku lagi mcm tu..bahaya betul la :(

Miss AZ said...

nah... amek kau..

Mariella Liyana said...

Eeeuuuwwww...INCEST!!!

Macam citer Say it isn't so, only this time its real..

Makeup 101

Afifah Azmi said...

hahaha! kelakar nye~ nice ending lah. I like!

Nazz@Purple said...

ish..ish..dah tu pe kesudahan nya..

loti mukhtar said...

coi...ni kes naya yang tiada penghujungnya.
ai love u mcm banyaknya air laut---->so suwett

Asmi Asmidar said...

tular...
buat men redah jer....
tak tgok kirikanan..
haa...amek ko adek sendry..
ptotla muke samer

cikpia said...

arghhhhhhh!!! aku suka!!!!!!

mana butang like???? nak hentak2 lapanbelasratusjuta kali....

AngahSayang2314 said...

hahah sapa yg harus di persalahkan cepatttttttt hehehe

Latifah said...

errrr...
kisah benarkah?
apa kesudahannye ye???
huhuhu...

kucokelat said...

best gak cita neyyhhhhhh

cimöt said...

halamak..manyak kecian itu pompuan..pertalian adek beradik mmg sgt kuat..tp diorang ni plak dah tersalah..bapak dye la yg xgtaw..
so, i love u diorang slama nih coz instinct adek badek..mmmmmm

.: Si BungaKopi : . said...

ala..xbest la ending dia

Anonymous said...

hek eleh boleh plak camtuh. cerekarama sungguh :D

Fuz said...

aduh, konflik2x.

a little less conversation said...

bagus berd..sempat lagi mencarut..

Mind Me said...

nampak sgt dorang adek beradek mesra alam ade pokok, laut bagai..hahaha ending xleh blah kot.
neway, best!! =p

Mind Me said...

nampak sgt dorang adek beradek mesra alam ade pokok, laut bagai..hahaha ending xleh blah kot.
neway, best!! =p

Pencacai Alim said...

ooo.touching sungguh...

Hizami Li said...

erk.
dahysat cite.
haha.

Hazzy Ishak said...

alamak!

lynn said...

patotlah muka sepesen =)

Jef Hadi said...

apa pun, bukan salah ibu mengandung. haha.

yantee said...

"DAMN"berd tu..memang style....

.::WaNiE::. said...

hahaha sadis citer ni

azimask said...

:D... ada pengajaran disitu.. kan kan.. :D

// klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //

pawaka19 said...

kebanyakkan cite melayu macam ni..semua sedih..pastu da malang..malang datang bertimpa2

New Entry "Produk Handphone Yang Menjengkelkan"

bukan penggoda said...

nape name watak tu berd? wakakaka.

Ard said...

bagus punye ending! styleee

TheBentPencil said...

patut ler sama cantik sama padan.
sama genetic rupanye....
wakakaak

p.s. hentak, ko jgn ngade2 wat peti suara cam ni ek. ak lempang laju2...lelaki2 zaman skrg ni bukan ble harap nih! (gaye ala2 makcik)