Sunday, October 3, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Petrol


Sedang Saufi leka duduk di muka pintu rumhanya sambil memotong kuku kaki, nampak kelibat Mansor dari jauh kengkang-kengkang menuju ke rumahnya. Saufi endahkan saja Mansor. Kuku ibu jarinya perlu dipotong dahulu. Lumpur dari padang bola belakang rumah Saufi dah seminggu berumah di dalam kuku...pengotor masyaallah sangat.

"Hoi wahai Abdul Saufi Sameran!!, jadahnya kau duduk betenggek depan rumah!!" tempik Mansor sambil dok belek-belek diri sendiri depan tingkap rumah Saufi

Berdarah hujung ibu jari Saufi terkepit pengepit, terkejut punya pasal. Jadahnya Mansor..bukannya Saufi duduk jauh sangat pun, itu pun mahu ditempik sekuat hati.

"Kau ni..tak fun sungguh duduk rumah hari minggu. Harinilah kalau nak cari gadis-gadis gebu. Jom ikut aku pergi pekan...manalah tahu jumpa satu-dua." Ajak mansor sambil tak habis-habis perbetul rambut penuh gel keras lain macam.

Saufi senyum nipis. Bingkas dia bangun tutup pintu rumah. Bukanlah Saufi gemar benar nak mengikut Mansor. Tapi itu sahajalah kawan yang dia ada di kampungya. Ikutkan hati malas benar dia nak tinggalkan rumah. Lagi pula, harini ada Melodi dekat tivi.

"Kau ni..baju tah hapa-hapa. Tengok macam aku, ini lah baru gaya terkini dekat KL sana. Baru gadis melekat." lagak Mansor. Saufi senyum nipis sambil sarung kasut palas kain hitam.

"Kau ni...bila nak maju. Tengok macam aku, setakat ini adalah dalam 4-5 awek aku dah ajak tengok wayang. Gaya kena ada...gaya!" tegas Mansor lagi. Saufi angguk sahaja sambil hidupkan motor Modenas.

"Kau ni...bila nak tukar kenderaan. Tengok macam aku, baru minggu lepas aku dah tempah MyVee warna hitam. Barulah kena dengan gaya." ngomel Mansor lagi. Saufi diam sambil kancing topi keledar. Mansor pun sama kancing topi keledar.

Sepanjang perjalanan, tak habis-habis Mansor berlagak itu ini. Pasal pasang astro dekat rumahlah, jenis rokok yang dia hisaplah, frend list dekat akaun Fb dia lah. Ikutkan Saufi, mahu saja dilibas pinggang Mansor dengan topi keledar. Tapi Saufi paling kuat pun senyum nipis lagi.

Sedang Saufi maintain dengan kelajuan 60 Km/h, tiba-tiba tenampak awek sedang garu kepala sambil sorong motosikal.

"Hah!! ini lah peluang Saufi!..peluang!. Cepat pergi tolong awek tu. Nampak gaya macam minyak habis" ajak Mansor sambil kuat menepuk-nepuk belakang Saufi..sikit lagi Saufi nak hentam tiang letrik. Jenis Saufi memang turut perintah..maka turut perintah lah.

Tak sempat Saufi nak parking moto, Mansor dah dulu lompat dari motor. Terus diterkam awek tadi. Awek yang dalam kesusahan, memang laju angguk kepale kalau dah ada orang hulur bantuan.

“Err…macam mana kite nak tolong nih, stesen minyak ada jugak 2 km..kite tolong tunda lah, kalau tak pun kita pecut tolong beli minyak dulu” Saufi memberi buah akal.

“Kau ni…lambat! lambat!. Kesian awek ni..mana boleh bia dia sorang-sorang. Tuh ada paip getah, bia aku sedut minyak moto kau, tuang sikit dalam motor dia…ha! kan bernas!!” lagak Mansor memang laju. Akal nak cuba pancing akaun facebook awek tadi.

Saufi tengokkan saja perangai Mansor. Mansor sedut minyak motor Saufi. Laju sangat Mansor sedut, habis basah mulut dengan petrol. Tertumpah sikit petrol pada baju dan seluar. Terludah-ludah Mansor akibat tertelan petrol. Cepat-cepat Mansor halakan hujung paip kedalam tong motor awek.

“Ha!!kan menjadi nih..pergh…dasar orang kacak memang akal pun kacak!perghh!” dabik dada Mansor sambil cekak pingang. Awek senyum tersipu-sipu.

Mansor gelak lagi sebab bangga. Sambil gelak, dijentiknya Dunhill dari kotak 20 yang kemek. Tepat digigit punting rokok. Mansor gelak lagi sebab macam terer jentik rokok terus masuk mulut. Dicapai pemetik api pula. Dengan laju dipetiknya pemetik api. Mansor lupa mulutnya masih bersepah baki-baki petrol.

BUFFFFFFF!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saufi melangkah perlahan menuju motornya. Saufi berlalu pergi sambil bersiul siul. Hari macam nak mendung. Cahaya belakang Saufi yang tadi menyala merah-merah, makin lama makin suram…makin padam.


29 comments:

Nurul Ayu said...

haha..berlagak tak kena tempat padan muka..

Unknown said...

huh!balasan??

noorafzan.blogspot.com said...

erk, pe jadi ?
mansor karam kah?
awek tu pula camane.?
hahaha~
mansor mansor..

sitinaminah02 said...

moga lepas ni mansor tak tnjuk macho lagi

PUAN PIA said...

isk isk.. tetibe cm kesian plk kt mansor... huhuhuhu.. dah jd cm kes sosi plk..

Zaer!! said...

Mansor! Harap jangan ulang lagi.hehe.Bawa padah diri sendiri tu.huhu.;-)

cikpia said...

ha ha............. gelak guling2.............. guling lagi............... gelak lagi............... he he...........

cik helena said...

mati sudaa..

nysa said...

padan muka..tu larrr..gelabah sangat

Carl Samsudin said...

kau memang stylo becerita! bravo!

cEro said...

hahaha, hangus beb...
naya je..
mantap btol citer ni, mmg cutting edge!

Ard said...

hahaha. budus punye mansor

CIK TOM said...

balasan..padan muka mansor..hoho

dya adriza said...

wey, leh ke sedut petrol mcm tu?!!

Awek tu apa cer?!! Tolong la HB jwb la jwb la..

Botak said...

klasik gila nama watak dlm citer ni...

org gile je yg p sedut petrol...
hahahahaha... :))

Tieah Madian said...

Huhu..
Padan muke gak la aku nak ckp..

hentakbelipat said...

dear adriza....
sesungguh nya awek tu paling kuat pun mampu lopongka mulut sambil kesat air mate
petrol kalau kaji dari sudut fasak memang bleh sedut nak buat pemindahan dari tank ke tank..tapi kalau dari sudut pemilik petronas adalah pelempang sedas due

::thexieza:: said...

fuyoo..
HB jawab soalan adriza..
haha.

Hazirah Hamid said...

padan muka Mansor, memang padan dengan cite dia yg kebabom tu HAHA

JelinaJoli said...

hahahahhahahhaha! itu baru mulut berapi

Unknown said...

sian SAUFI...

jahat MANSUR itu...hehehhe

hentakbelipat said...

kehkehkeh..fadxieza,
kalau nak sesi jawab menjawab ni sampai kesuboh pn belum settle ye dak..lagi afdal hentam akaun ym satu kali..

.::WaNiE::. said...

farewell mansor

nampaknya awek itu milik saufi

hahahah

gile rentung

dya adriza said...

Woo.. tq2 HB tq2 sudi jawab soklan aneh itu.. turut bangga sebab jwpn lebih dasat aneh dari soklan..

petisuara said...

jgn layan sgt HB ni dya..die mmg sengal..nnti die jwb merapu2 je..tehee

CERITA LEBAT said...

macam mana jadi ngan awek tu??

hentakbelipat said...

dear cerita lebat...
kalau kau nak aku ade akaun fb die? nak?

Unknown said...

pehhhhhhh

AngahSayang2314 said...

lain kali jangan belagakkkkkk hehehehe