Aku dan ayah mempunyai satu citarasa yang paling kamcing. Kalau buat berbincang tentang citarasa ini, memang banyak modal borak yang tak kesudah. Aku timbul minat pada citarasa ini pun sebab ayah aku, sebab itu wujud pepatah mana tak tumpah lauk kalau tak ke nasi. Ok citarasa yag sama itu adalah menonton rancangan WWF atau sekarang WWE sampai tak kelip mata.
Yes! rancangan ini cukup aku minat tanpa jemu. Ah budak sekarang apa tahu hiburan masa lapang. Bila tanya pasal WWE nanti takut dituduh loser sebab kawan-kawan lain lebih minat Hujan dan konon diri adalah art itu passion dia. Pasal pakai seluar semata itu tolak belakang dulu, yang ambil kira dulu adalah keseronokan hempas pulas badan orang.
Bila sebut pasal hempas pulas badan orang, jika kau prihatin iklan rancangan hiburan WWE ini, ada menyebut
Bila dalam tahun 2006, dia tukar macam ini pula,
Kenapa dia tukar hanya perkataan 'at home' pada dua-dua iklan ini? Sebab dia aku rasa kau semua pun tahu. Tapi aku rasa benda ini patut dia tukar sejak-sejak penubuhan rancangan ini lagi.
Sebab apa? Aku nak cerita kejap. Masa aku tingkatan satu dekat sekolah agama dato'klana petra maamor, sembahyang zohor adalah wajib selepas habis sekolah. Maknanya, semua pelajar lelaki dari tingkatan satu sampai enam atas ada dalam surau itu untuk berjemaah. Kalau budak tingkatan satu terlewat sembahyang, itu akan menjadi satu masalah pada budak itu. Ini kerana, selepas waktu berjemaah, surau itu mula didominasi oleh warga brader-brader dari tingkatan empat keatas.
Apa masalah dia? Apa kena mengena dengan brader-brader berikut dengan budak tingkatan satu? aku nak cerita pun susah. Macam ini lah. Bila kau lewat sembahyang atas sebab-sebab yang tak perlu dicerita, kau akan sembahyang secara solo betul? Kau juga akan sembahyang dengan kehadiran brader-brader tersebut berkeliaran di belakang kau. Untuk menambah perisa, setiap brader-brader ini juga mempunyai citarasa sama macam aku cakap tadi. Kesudahnya?
Perkara seperti gambar diatas akan terus menimpa kau sejurus kau sedang rukuk. Bayangkan sedang separa kusyuk kau sembahyang, tiba-tiba ada bunyi SMACKDOWN!! dan kau duduk sekejap menghilangkan pening sebelum sambung sembahyang.
Cukup menggamit memori.
46 comments:
kejam brader2 tuh keh4
hahaha kadang2 layan gak gusti nie
arwah opah aku minat gusti
sronok geng ngan die dulu
=)
gila betoi senior hang smackdown waktu org semayang..
ehh hang skolah agama ka dulu??
sorang lagi produk gagal..=p
kejam siut.
aku x penah lagi la macam tu.
sekeh je pernah. haha
boleh mati pucuk dibuatnya.
sib bek tengah sembahyang (iman masih tebal)
Haha, budak sekolah Ampangan gua ingat pukul 12 dah balik. Ikut jalan lain lah, lepak2 kat bawah jejantas, kedai lanun tak pun kat kedai perabot sebelah sekolah ko.
Yeah, gua memang kaki wrestling kat skolah and faveret gua ialah X-Pac, tak perlu gua describe kenapa gua suka dia, korang sendiri tau tahap vulgarity dia atas gelanggang.
Paling best main game smackdown, tekan L2 terus keluar perkataan SMACKDOWN besar-besar kat skrin.
Serius kejam!
erk..
kah kah padan muka
HAHAHA saya dgn papa saya pun suka tgk gusti . aummm !
adik aku peminat gusti tegar...
sanggup kumpol duit belanja sekolah nak beli dvd buat koleksi,
kami memang contra adik beradik haishh
gusti ni tak patut sebenarnya letak malam2 buta. bengong je tv3 tuh.. hehe
aku paling tak suka tengok gusti..
semalam aku tgk pakcik tu pakaispender ada tulis nama?
gua bujet mesti kaki kedai kopi tgk gusti nie.
aku dulu mase kecik tengok gusti, bila ramai yang kate menipu, blood masking lah terus aku behenti tengok.
Keganasan tu satu hiburan kan?
hang ke yang tengah rukuk tuh..
kesian doe..
brader² yg gilo..huhuhu~
aku suka tgk ice age...eh! >_<
wahh!!!!
aku dulu pon kena gak dgn senior...
tp lagi best siap buat stage kat bilik senior n para junior jadi mangsa..
finisher Stone Cold 'Stunner' paling ngeri...
ade kes patah bahu ooo...
dlu penah suke WWF...mase era kegemilangan the rock n stoncold steve austin..(btol ke eja?layannn)
Kat skolah aku byk meja kerusi hancur kna smack down
haha..sengal siot,
org tu nk sembayang.. ;p
ptot la msuk utm,
hahaha.adik lelaki aku suka tgk gusti.
weyh..aku saspek bab semayang,kena smackdown,sambung smayang.style2.hehe
tu brader ke setan?
pergh..xbaek dow..minat gak wwf dulu...
stone cold ngn the rock..
tp time ngh rukuk bt lgu tu..cess..mmg xpatot..hoho..
kang mati dak tu xpsl2 je...
tah nape aku xbekenan pon tgk wwf..
ganas sgt kot..
ganas itu macho..hahaahh
haha... don't try kat mana2.. even luar rumah.. pelik lah kesukaan kamu ni.. haha
aku layan dow gusti..yg dulu lg best..
O.O..terkedu dgn cerira tuh
adakah skola ko yg masuk tivi gara2 kes buli sampai mati??
hahahah...memang dulu lagi best sebab sekarang nampak sangat la fake nyer...hehehe..^^'
dulu mmg layan gusti tapi skunk ni dh kurang,bz kot?...:))
masa dok kolej dgn budak umah suka gak tgok cerita wwf ni heee..
suka the rock..under taker kurang minat tapi oklah ngheee.
erk.,,cerita betul ke ni...?Omg,susah nak percaya sebab kat sekolah aku senior sangat menyayangi junior dan ditatang bagai minyak yang penuh..ish3...
hehe
tak agakagak kacau orang solat.tunggu habis tak boleh ke.dushh.
memang mamai la budak sekolah agama cenggitu
hohh..gusti itu ganas. huhu
perangai serupa yahudi. heh.
tapi wrestling ni gua layan dari kecik woo. bulih geng la.
sekarang tag line dia dah berubah. dia jadi 'please don't try this at home or school.." baru minggu lepas aku tengok. skang punya wwe dah x best kan? x sama macam yang dulu..
uh memang best bile layan wwf dulu. siap bleh gaduh wwf raw vs wwf smackdown. lol. fav masa zaman steve austin first menang king of the ring.. pastu time kane mule2 keluar.
skarang ni dah kurang best la. apsal ek?
hai..
jalan pagi kat sini..
cerita gaduh2 mmg tak jemu org tgok huhu..
orang sembahyang pun boleh digustikan? hebat. (takut).
Dulu masa kecik2, memang suka tingu gusti tapi entah kenapa....
Sejak besar panjang nie macam menyampah pula, sebab dapat tahu yang semua action tu dah dirancang malah berbayar...huhuhu
scaryyyyyyyyy
Pergh, kena SMACK time tengah solat. Tak agak-agak. Beb, apa lagi. Kasi balas la.
''D-Von! Get the Table!!!''
gilo ke hape???
siyesly aku tak suke tgok bender niy . .dose mate.
Post a Comment