Wednesday, November 10, 2010

Siri cerita yang 'cutting-edge' : Rambut

Ini satu cerita buat Zulfakir. Ini hanyalah satu cerita.

Tiap-tiap pagi, sebelum melangkah keluar rumah untuk ke pejabat, Zulfakir akan menghabiskan masa sebanyak duapuluh minit dihadapan cermin. Selama itu juga Zulfakir banyak termenung. Dari saat mula dia termenung, sehingga diakhiri dengan dengusan, tiada lain hanya mengeluh tentang nasib dirinya. Jika dilihat dari segi paras rupa, bolehlah dikelaskan Zulfakir dalam kategori kacak-kacak. Bukan juga kacak yang OMG! Justin Bieber!. Cuma cukup untuk mendapat makwe sedas dua. Hanya yang membezakan Zulfakir dengan Justin Bieber adalah, Justin Bieber mempunyai rambut yang fulamak cantik berkilat. Zulfakir pula hanya sekadar berpuas hati dengan rambut yang segan-segan mahu tumbuh. Lompong di tengah kepala. Hal ini menyebabkan Zulfakir sering megetip bibir menahan sedih.

Zulfakir baru sahaja putus hubungan dengan makwe, Sofia akibat kekurangan dirinya. Oh, kekurangan rambut sebenarnya. Kata Sofia, "I malu dengan kawan-kawan, lagi-lagi parents I. Kepala U makin hari makin lapang. Nanti they o'lls kata I cari lelaki berpenyakit." Jenis alasan gampang macam ini buat Zulfakir makin mengetap bibir.

Bukan Zulfakir tidak mencari jalan penyelesaian. Sudah berbotol-botol tonik dibeli, bertin-tin krim ubat dicuba. Hasilnya? Paling kuat pun hanya buat gatal kepala sahaja.

Sampai di pejabat, Zulfakir termenung lagi di meja kerjanya sambil mengemas kini "\'facebook'. Tak semena-mena, mata Zulfakir bulat merenung satu iklan yang di 'tag' namanya. Iklan itu jelas memaparkan sebuah botol kecil bewarna hijau dan di bawah gambar botol itu besar tertera ayat,

'Gerenti tidak botak lagi. Ini yang cepat punya, hanya duapuluh minit bai'.

Tanpa lengah, terus Zulfakir mendail nombor iklan.
Selang dua hari, bungkusan yang paling ditunggu-tunggu Zulfakir sampai dengan sampul kotak Pos Express sedikit kemek. Teruja Zulfakir bukan main, lantas dikoyak kotak bungkusan laju-laju. Zulfakir membelek-belek botol kecil warna hijau itu. Di belakang botol tertera besar perkataan, 'SETITIS SAHAJA OK. KALAU TERLEBIH PADAN MUKA'. Zulfakir senyum puas. Setakat arahan bilis itu tidak menggusarkan hatinya.

Hari itu, awal benar Zulfakir bersiap. Mandi pun awal. Mahu pergi kerja awal. Sambil mandi, sambil dijeling botol kecil warna hijau separuh terbuka itu. Lepas mandi, dia mahu menitiskan setitis isi botol itu di atas kepala dan dalam masa duapuluh minit, Zulfakir bakal memiliki rambut Justin Bieber. Lantas Zulfakir bernyanyi sumbang lagu-lagu Justin Bieber. Sambil bernyanyi sambil berjoget lintang pukang. Gayung dilibas sana dan sini dan gayung itu tertepis botol kecil warna hijau separuh terbuka. Plup! masuk dalam kolah mandian Zulfakir. Zulfakir mandi lagi dengan riang.

OH...itu sahaja yang diucap Zulfakir bila melihat botol kecil itu didalam kolah. Dicapai botol itu. Botol itu kini sudah kosong. Zulfakir meneka-neka kemana isi botol. Dilihat air kolah yang tinggal separuh. OH...ucap Zulfakir lagi.

Setelah selesai duapuluh minit Zulfakir bersiap, dia menghabiskan masa sebanyak duapuluh minit lagi termenung dihadapan cermin. Dari saat mula dia termenung, sehingga diakhiri dengan dengusan, tiada lain hanya mengeluh tentang nasib dirinya. Zulfakir menyisir rapi rambut barunya itu. Yes, dia ada rambut baru yang cantik di atas kepala. Dia juga ada rambut di muka, leher, tangan dan satu badan. Satu badan.

Zulfakir mendengus.


33 comments:

fiq said...

adoi. kesian tul. tu cmne nk buang balik suma rambut2 tu?

Sca Ndx said...

zulfakir peminat JB berbulu lebat.haha

aTiKa aTeRkaH said...

hahaha...daya imaginasi ko memang tinggi..aku salute lah...berambut la kau satu badan!! JB pon kalah bai..

Izyan Nasuha said...

imaginasi terbaek punya!!! apongebob ngn patrick pom kalah nie.........

che'ila said...

alahai kesian...baru nak jadi hensem..kenapa bleh jadi sad ending plak..T__T

Hazirah Hamid said...

kesian Zulfakir, aku rasa drpd 20min dia termenung depan cermin boleh tukar jd 20 tahun baii haha

maharam said...

AS6

Salam,
Nasib baik tak penuh sampai muka...kalau tak tertukar dengan sepupu kat zooo ;)


Terkini di blog saya;

RISISITA III

syer. said...

hahaha..adoyai..sian si zulfakir tu..sabar jela..

beautiful_rose said...

bertukar menjadi org utan kah?
wah...menakutkan! =p

suffer8zine said...

wahhh main tukar2 nih

Terkini : Contoh Gurauan 'Manja'

Pencacai Alim said...

aku rasa mcm aku ni zulfakir..

Lan Bingka said...

boleh ganti chewbacca..

syamira said...

oh man...kesian gile dye.tak pasal2 tumbuh satu badan pulakkkk.

cemomoi said...

jadik serigala ke?

.s.o.f.i.a. said...

kesiannya!!!!!!!!!!!!! kalau aku nanges meratapi naseb zul tu, hagak2 pelik sangat tak.....??? adakah aku SOFIA ex makwa si zul....??? OMG!

GaDis CoMeL said...

bahaya wooo berbulu lebat 1 badan.grrr

Abir Abhar said...

cantik rambut encik zulfakir ye!
hehe

t.a.c.a said...

kalau betul gambar tu zulfakir.. ai rela je.. hensem zulfakir~!

cEro said...

zulfakir!!!
dpatkah anda bayangkan badan bawahnya yang berbulu lebat???
argghh!!!!!

nand nasyari said...

dah mcm wolverine je...cm cite xmen tu

Sesumpah said...

gila lahh. ni kau sblm shave en hahaa

Hanis Azla said...

sian dia..daripada boleh tekel awek sedas dua langsung takde chance dah lps tu.. hu..hu..

echah mashuri said...

bulu bulu erkkk

Ard said...

ahahha. gile power punye ubat!

The Sharkox said...

Haha encik zulfakir....kesian kau!!

AnAk iBu said...

HAHAHA. amekau. haha

y@n@ M!B said...

hahaha dah mcm gaya pak pandir pun ada..ngee~ =P

Un Phat Lee said...

fulamak.terus jadi mutant beb.haha XD

fndrocka said...

Pesen holloween gitu

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
pegi butik ambik patung punya rambut yek

Faiz Nazli said...

hahaaa.. terbaik la obat tu..

Yatre Hayati said...

hahahah...bongok la zulfakir ni...kan dah berbulu satu badan...hahah

Kniedaz said...

hoh..dah banyak..banyak sangat pulak..