Friday, November 26, 2010

Perangai Pelik Bab 23: Self Esteem

Self esteem atau kata mudah yakin diri adalah bukan main-main punya sifat. Juga bukan sifat yang boleh dibuat main-main. Jika kita di sekolah, selalu cikgu menekankan tentang sifat ini, dengan menyuruh murid-murid membuat perbentangan di hadapan kelas. Isi perbentangan pula semestinya adalah silibus-silibus yang ada di dalam buku teks. Maknanya, sambil guru tersebut melatih muridnya tentang self esteem, guru itu juga berjaya melatih diri menjadi pemalas untuk mengajar. Adakah murid dapat sepenuhnya ilmu tersebut, itu belakang cerita, yang penting silibus perlu dihabiskan sebelum due date.

Self esteem juga penting untuk menentukan apakah kerjaya yang akan dipilih kita kelak. Jika kita yakin memiliki sifat ini dengan tinggi, maka amat sesuai menyandang jawatan seperti peng'upload' gamba duit bersepah-sepah di fesbok atau pun pemain bola sepak negara.

Tapi, kalau yang belum apa-apa lagi dah sasar 12 juta, tiba-tiba tukar 20 juta dan paling terer sasar pulak 40 juta... itu bukan self esteem..itu haram J.

Untuk itu, Petisuara sentiasa mempergiatkan latihan self esteem beliau. Bukan senang untuk memiliki sifat ini. Kaedah-kaedah yang digunakan juga cukup rancak.

Pada awal waktu
P: Wan! cube tengok kasut ni...cantik tak? sesuai tak dengan seluar ni?
H: Eh..cantik dah tu..sesuai sangat
P: Yeke....
H: Iye..

Pada minit yang ke lima
P: Wan..cube you tengok kasut ni..cantik ke tak?
H: Cantik...
P: Alah tak pandang pun dah kate cantik...
H: Iye cantik..kan tadi dah tengok..
P: Ala, tengok lagi sekali..cantik tak?
H: Cantik...
P: Ok.

Pada minit yang ke sepuluh
P: Cuba you tengok betul-betul, cantik ke tidak sebenarnye kasut ni? sesuai ke dengan seluar ni?
H: Pergh....
P: Ala..please, cantik tak?
H: Cantik....cantik...
P: Alah!

Pada minit-minit kecederaan
P: Wan..last-last...cantik ke tak?
H: Cantik la...cantik!
P: Ala betul-betul la...
H: Ni dah betul yang paling betul la nih....CANTIKKKK!!
P: Fine!

Perkara macam ini kalau tak dibendung, kesudah pun belum tentu habis.

Jadi adik-adik, memiliki sifat self esteem juga mendatangkan keburukan



Kenapa aku suka bercerita pasal perangai perempuan? Sebab aku suka perempuan. Kalau nanti aku suka pada kambing, mungkin aku buat pasal perangai kambing pula.

51 comments:

Hazzy Ishak said...

terlebih seft esteem pun susah jugak, apa yang dicakap tu seolah2 dusta je sebab nak sedapkan hati sendiri

cik tipikal said...

layan petisuara mcama nak taknak je kan? tak baik tauu

shima said...

LOL!dr rozmey yg terlebih self esteem.:)

fiq said...

hehe.. sebenar nyer ko ckp cantik tu ikhlas drp hati ke x?

meowwmania said...

HAHAHAHAAH....

terbaekkkk!!

Hazirah Hamid said...

'sebab aku suka perempuan'
aku suka ayat tu, hehe :)

CGG said...

cgg setuju ngan kamu

Ct SoLeHa said...

seif esteem mmg penting..tp jgn overconfident :)

dya adriza said...

best entry ni! tapi bila tgk bawah.. oh tidak!! ah tolong!!! tolong..... tolong delete gambar dc gila tu pliz.. pitam nih..

Rapunzel Cikilolo said...

kenape dR roszmey jadi pilihanmu?? hehe

kechixx said...

dr rozmey mmg ada style...


hahahahahahahahhaa:)

y@n@ M!B said...

hihihi..aku nyer self esteem len sket..bila bercerita psl fakta mmg sgt yakin ala ala menteri berucap..wpn salah tp still yakin..membuatkn tunangku rasa nk bg pelempang maot je..hoho~ =P

grOundnUt said...

hahahaa...itu di namakan 'filem anganku musnah'...sebab terlebey self esteem sudey...
(sambil layan lagu Self-Esteem dari OffSpring-1994 Smash Album)

aiman said...

gambar hiasan tu mmg pelik org nye.. nk menonjol dgn cr cmtu je..

si gadis lala said...

mmg ade style lah.. T__T"
hahahaha..
mcm nak gelak guling2 je sbb ada gmbr cendawan..^^

Lelaki Ini said...

hahaha
macam2!

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

hihihi... memang "masak" ar kalau cm tu

Shukjessa said...

yakin dan sebat je, kdg2 formula syok sendiri tu ok tp kadang2 tak ok

Pensel Kontot said...

ngeeee memang kena dgn pic tuh...

cik-terompah said...

self esteem ni wajib sebenarnya.. tapi kene pada tempatnya la.. guna akai.. mcm dr ke nama tah... 40 juta?? ak gelak guling2 je..

BeYLa! said...

woahh!
Gempak lah bunyi HENTAK BELIPAT!
Caya lah! Em ble hentak dea bwt lipat eh!
How LAHABAU!
HAHA.
kite suke lah.
Entry pon best.i like!
Hehe bese la pmpuan telebeh2 self esteem.hee.

syafiqah ezam shah said...

haha..kelakar la aku tgk korang berdua ni.

Bungakopi said...

bdasarkan bab2 perangai pelik ni, aku jadi pelik.

tp lelaki mmglah malas melayan pompuan bila bab membeli belah dan mengumpat ni.

tia said...

kahkah!
40 juta pon terlibat eh ?
hikhik!

Cik Gallus Gallus said...

tak suke dia

Daboo® said...

Hahaha. Funny gila. :D
Women selalunya have low self-esteem. They wanted to look perfect in every ways. Thats why PetiSuara keep on asking cantik ke tak kasut tuh. Kalau tanak kena tanya banyak kali, focus dekat soalan dia and jawab sungguh-sungguh. :)

cik EPAL said...

datang sini pon nak tengok dr rozmey aja dalam entri ni. lalala :D

AngahSayang2314 said...

lama tul angah tak singgah sini....

Ninaa Joyy said...

Ini bukan kurang self esteem. Ni menuju ke arah pembelian bijak :D

oya said...

manusia pon suke dgr psl manusia..kalau kambing baca blog mungkin la..ekekkee..

bagus la..pemahaman lebih lg psl self esteem

cemomoi said...

sian la kat bro tu...

Sca Ndx said...

terlebih self-esteem sampai rambut cam haram J.HAHA

Faezah Hannah Al Baj said...

haha~ u guys klaka la..

btw saya suka blog awak la!

http://faezahannahalbaj.blogspot.com/2010/11/segmen-saya-suka-blog-awak-la.html

sui nawi said...

Mmg kena you letak
gmbr Dr.Rozmey dkt sinii..

mmg kita pompuan,slalu suka
cerita psl kita kn? ;)

cEro said...

terlalu tinggi self esteem pun susah gak...
hahaha..

ape yg penting, bersederhana..
baru untung..

paan sabri said...

self esteem kalo lebih, org gune perkataan "kerek".. lebih tepat rasanye.. hahaha

Ard said...

rozmey>? hahaha

nand nasyari said...

igtkan gmbar petisuara ngn kasut td..rupenye si rozmey..haha!

AyuE SurihanyOt said...

keh3..serius lawak..

m!da BucHuxX said...

haha.yeh mida suke kot .kaka. . okeyh2 .mendatangkan keburukan.mesti ader self confidence.:)

Fatin Suri said...

haha!kelakar dialog tu :)

eesyaheera said...

HB, kau jangan la kata kau suka perempuan.kau suka PS dah la. hehe

CikGadis said...

kalo aku, dh lama lempang org itu. *bukan kamu lar* org laen ehhe

Pencacai Alim said...

kesian kt doktor..hakhakhak

Cempaka R.Minta said...

hii
cempaka datang
add cempaka juga yaa

OrenLimau said...

hahaha.aku suka.sinis sekali.hahahaha

rubi said...

lagi best part two thumbs up oleh orang yang ter-over self esteem nih. hahaha..

efa fairuz said...

ekeke comelll.. dah tetibe PS merajuk.. hehe

Drama Mama said...

hahahahahaha! yala...selalu laki kan suka cakap cantik sebab malas layan soalan2 dari gf/spouse sebab tu la ditanya nya sejuta kali! hahaha

http://twinkywinkystars.blogspot.com

lotikus disarimankan said...

boleh menyebabkan hormon hulk hogan meletus tuh

Anonymous said...

Salam..Maaf lah tapi knp adik ni senang2 buat assumption cikgu malas mengajar?perlu ke nak rasa best sgt smpi nak kutuk cikgu?mcm mana klu akak kata penjual2 online ni mmg penipu..kat gambar lain tp bila dapat brg lain pulak x best lgsg indah khabar drp rupa?suka x?wpun adik bkn tergolong penjual mcm tu tp mesti ada terasa sikit sakit hati kan?bisnes yg adik buat skrg maju x?adik rasa klu adik x diajar oleh cikgu boleh ke berjaya smpi mcm ni siap amik master lagi?apa2 pun....thx a lot sbb buat akak rasa dah fed up nk folo up blog ni.ingatlah keberkatan tu penting..byeeeee... :-)