Kamal memang perlu segak. Ini kerana dia sedang menunggu seorang gadis. Gadis yang memiliki wajah bujur sirih, mata buntang spesis korea, kulit cerah-cerah sedap dan rambut lembut susur rapi iklan sunsilk. Gadis yang bernama Kartini itu adalah gadis yang paling cantik dalam hidup Kamal. Paling beharga. Oleh itu, sekejap lagi, mereka akan berjalan bersama-sama untuk meraikan ulang tahun bersama yang ke lima.
Lima tahun bersama, mereka berkongsi bermacam-macam kenangan, termasuklah kenangan memilih KLCC atau Tugu Negara. Maka, Kamal memilih untuk meraikannya di sebuah kawasan tinggi dekat dengan pinggir bandar. Disitulah kali pertama kamal mengucapkan 'cinta' pada Kartini. Disitulah Kartini rebah kebahu Kamal dengan disaksikan lampu-lampu jalan dan juga batu-batu keras.
Setibanya dilokasi, Kamal termenung jauh melihat bandar yang boleh dilihat jelas dari tempat tinggi itu. Dia perlu memperjelaskan pada Kartini sesuatu.
"Awak...saya nak bagitahu seperkara yang dah lama saya simpan sebagai rahsia. Harap awak sabar dan dapat terima saya seadanya." Kamal cuba mengawal nafas turun naik.
"Awak...saya memang dah memilih untuk menerima awak, jadi tak kesahlah apa pun saya tetap akan terima awak." Jawab Kartini sambil memberi ciuman terbang.
"Baiklah..Kartini, sebenarnya saya dilahirkan dari keluarga yang berstatus tinggi dan dihormati dan selama ini, saya hanya kekalkan imej Lo-Fi saya dimata awak" Ujar Kamal.
"Yakah Kamal? maknanya, awak bukanlah seorang yang berkos rendah? itu sudah bagus! saya tetap menerima awak!" Teriak Kartini.
"Kartini...sebenarnya, saya bukan berasal dari sini, saya berasal jauh dari sini dan saya berada disini hanyalah sementara" Ujar Kamal lagi.
"Yakah Kamal? maknanya, awak ini adalah pelancong? itu sudah bagus! bolehlah saya berhijrah ditempat awak nanti! saya tetap menerima awak!" Teriak Kartini lagi.
"Kartini...sebenarnya, saya bukanlah seperti yang awak nampak sekarang. Saya sebenarnya memiliki tiga mata dan sepasang antena. Saya juga memiliki ekor yang panjang. Warna asal saya adalah hijau. Oh, saya juga berasal dari Planet Yunam dan saya adalah anak perdana menteri planet Yunam. Sekejap lagi kapal angkasa saya akan tiba dan saya akan berangkat kesana. Mahukan karitni mengikut saya..."
Usai Kamal bercerita panjang, sebuah kapal angkasa berbentuk kuda muncul dari balik awan. Lampu kapal angkasa itu terang menyuluh mereka berdua. Serentak itu juga Kamal berubah menjadi bentuk asalnya.
Kartini hanya melopong. Sambil melopong dia memanjat pokok berhampiran dan bergayut-gayut umpama kera.
24 comments:
buat aku nervous... takut lak g date, org kesayangan dia ni alien.. dah la perangai memang macam alien
..sambil memberi ciuman terbang...
tang tu cgg shuke
kenapa die memanjat pokok mcm kera? hekkk
Terkini : Keputusan akhir undian Anugerah Blog Pilihan Malaysia bagi kategori Blog Personal Lelaki Pilihan
hoh?? ending x faham la. explain sikit apsal kartini jd cmtu. gila ke??
cis!
hahahaha! ikuttttt hah ikutttttt! jangan tak ikuttttttt!
http://twinkywinkystars.blogspot.com
hahahahha..sengal..baru ingt2 nk buat cerita jiwang!rupa2 sepupu sepapat shrek!
adoi.. fantasi tul la..
oi oi
ni ape citer tergantung niiiii
ooo camtu ye cite ni..rate bape bagi ni
kehkehkeh
haha..camner cium terbag tu hahaa...bile blh test hahaha
baik ngaku sape yang buat nie?
gua nak kaki je!
shrek..!!!!!!!!!!!!!! hahahahaha!!!!
bunguk weh post cmni..hampeh btol...haha!
haha la tu je ending dea?em pe pgjrn yg sptotnyeh pd kartini tu?
hohohoh...
ceh!
My Alien - Simply Plan...^^'
ecehhhhhh....potong line ah ending..grr,,,huhuhu
demn!!!!!!!!ahahahaha..tp ok not bad..kalo aku..aku ikut..nak naik kapal angkasa yg umpama kuda bentuknyer tu..ahahaha
hentak belipat memang suka buat aku kerut-kerut dahi baca entri dia haha
terus menjadi kera.huhu
entri ni mengingatkan aku bahawa,
'alien ada di antara kita...'
hahhahaha
Nak terguling tgk gmbr bwh tuuu
Post a Comment