Thursday, December 30, 2010

Kau nak jadi adik bongsu?

Dalam carta famili, aku adalah anak bongsu dari empat adik beradik. Aku ada abang sulung tapi dah meninggal dunia lama dah. Ok aku tak mahu cerita bab itu, yang aku nak cerita adalah, selain arwah abang aku, aku ada dua kakak. Maknanya, aku lagi banyak dibesarkan dengan dikelilingi perempuan. Perihal perempuan, barang perempuan dan juga sifat mengada-ngada perempuan dah cukup masak selama 23 tahun aku hidup.

Sebagai adik bongsu yang hebat, aku juga selalu menjadi orang yang paling diberi kepercayaan untuk membeli barang-barang keperluan. Untuk berlagak gentleman aku memang laju turut perintah, paling koman dapat air tin seketul sebagai upah pun orait dah tu. Tapi barang yang paling buat aku naik kening sekali adalah barang ini...


masa aku sekolah rendah boleh lagi aku hadap beli benda alah ini, tapi bila dah besar gergasi sekarang, naik biru juga muka bila nak membelek-belek benda ini dekat kedai. Lagi buat aku rasa nak mencarut bila ada wanita-wanita berhampiran pandang sipi-sipi dekat aku....nak kene korek mata ke! Tapi sebagai adik bongsu yang baik dan manja mesti buat juga.

Bila waktu teman kakak-kakak dan Bonda yang ingin membeli belah di pasar raya, terus daripada karekter adik bongsu yang manja bertukar jadi adik bongsu yang gagah dan garang..kan macam bodigad. Mestilah kena jaga kakak-kakak yang ingin membeli-belah. Kalau terjumpa mana-mana lelaki yang siul-siul macam tikus, bolehlah bagi makan lutut percuma laju-laju dekat perut.

Tapi kalau aku tengah leka jaga persekitaran, pegang barang lagi yang bersepah kiri dan kanan tanganku, pegang Bonda lagi yang tidak larat nak jalan banyak-banyak, tiba-tiba aku dah berada dekat tempat ini..



Ini boleh buat batal!
OK nanti akak no.2 akan kata, "aboi..tolong pegang barang beserta handbeg kejap, nak pi terai-terai mana yang berkenan lah!" aku nak buat apa? angguk kepala lepas itu buat-buat pandang bawah. Sebab apa pandang bawah. Sebab kalau boleh, wanita-wanita yang ada dekat situ pandang aku macam aku baru intai mereka....Yes, aku paham...aku dikawasan yang salah. Sebab itu bila Bonda, akak no.1 atau akak no. 2 yang sedang terai-terai, keluar dari bilik terai dan terus mahu beli, akan buat kening berkerut bukan main sebab jadi satu hal nak tunggu aku datang dekat kaunter.

Kau paham tak perasaan lelaki gagah yang kehulu dan kehilir dalam pasaraya memegang beg tangan?
Kau paham tak?

Tapi aku nak tanya..kenapa perempuan segan dengan lelaki bila berada dekat kawasan tersebut, sedangkan kalau aku nak membeli seluar-seluar kecik, promoter tempat lelaki tu pun perempuan..jadah nya nih?
Soal lagi sekali..kenapa perempuan segan?
Sebab A ke sebab E....dang!


40 comments:

cik-terompah said...

malu... hahah

ika~~ said...

sebab ape eh?
emm maybe perempuan lebih PEMALU berbanding lelaki kot!

Hazzy Ishak said...

memang tak suka la kalau laki ikut. segan. HAHAHA

Nurul Ayu said...

tak kisah la A ke E ke dua2 malu..rasa nak bg penyepak bila ada pakcik2 dok lepak kat tempat bra tggu bini depa try..dok la jauh2 sikit..ni anak dara nak beli tahu malu jugak..

Anonymous said...

SEGAN kotttttt!

Unknown said...

confirm segan + malu sbb itu sifat semulajadi wanita...syabas utk lelaki gagah kerana menjadi bodyguard pada mak Bonda & kakak2..hebat position tu :)

-telOrDibAsuh- said...

haha telor x malu pon hahhaa

adwafarahin said...

mmg gagah la ko..
abg aku haram nk jejak!
hahah

Shukjessa said...

hahaha bro, gambar kedua-dua yg ko postkan tu aku pernah pergi.

yang paling atas tu aku pernah tolong belikan, kes awek suroh. rase nak menjerit gak la hati lelaki bila membelek2 benda tu....sayap? tanpa sayap? huarghhhh~! cube specific skettt...

yang kes baju dalam lak, bukan aku nak pergi tapi awek yg mintak dtg teman, so tak boleh apa lah kan.

hehe ko tak kena lagi kes perempuan mintak tlg belikan pil Yasmin, hahaha. Tau apa pil Yasmin?

Aku hari tu akak aku minta tlg belikan dekat Farmasi, dari sore jantan tibe2 jadi suara layu je, slow je tanye salesgirl tu, hahaha segan siottt~!!

p.s: aku anak bongsu gak, so kita senasib la bro =)

ch!natsu said...

seyes aku pun suka buli adik aku beli mendalah tue~~ haha

dayah said...

malu semulajadi :)

alien said...

aku salu wat tatau je, mampus r drg na pandang camne pun
kekeke
cool !!
baru hebat

Cikbelog said...

sebab rasa macam tak selesa bila nak pilih2..rasa malu..rasa..rasa..ntahh susah nak terangkan.haha

QusyairEzwan said...

nasib baik akak-akak aku faham naluri lelaki. hahah :D

fiqkbe said...

apakah A dan E itu?

Hanis Azla said...

akak pun mmg akan pandang sipi2 sambil sorok senyum bila tgk lelaki pegang h/bag ni.. sori tu say, tp mmg nmpk x macho langsung.. nasiblah yer kena jd tukang pegang.. he..he..

suffer8zine said...

a? e?

Terkini : Perjalanan Malaysia Sebagai Juara Piala AFF Suzuki 2010 | Senarai Juara Piala AFF Suzuki Terdahulu

.::WaNiE::. said...

hahahaha

tetap malu walau dgn laboo

padahal hari2 kot tengok wife dia

mcm xbiasa kekekekek

Rebelle said...

ROFLMAO!

gagahnye aboi!

:+:+: Ashikyn :+:+: said...

haha...segan tapi lame2 dah tak kesah dah. semua pompuan kene pakai. huhu

marina anakcikbob said...

aku selamba belek, tengok, try. lantak la sapa suh tengok aku try? hahaha..

Ayuraza said...

haha..
tapi saya sangat salute sebab ader lelaki yang leh kebal muka dok tercongok tunggu awek/isteri tepi 'itu'..tapi kalo yang siap tolong belikan tu..memang terbaeekk la..

saya sokong shukjessa..suami cakap 'tolong spscific sikit yang sayap ke x..haha..bantai la..jnji tak terbang ....:P

aNiS tHe BumbleBee said...

alah...be macho laa kan..lelaki gagah mmg selalu kena uji cenggitu..mueheheh!

Aida Azryn said...

haha.. siyes malu kot.. XD

Bella Ayub said...

HAHA.. tak boleh blaaa

fasheeha said...

Hahaha. Memang salute laki yang bila dh kene pandang semacam pun leh buat tak tau lagi. Siap tolong pilih kaler utk awek. Adehhh...

fezaL Mohd said...

ahhaha cmni pon ada . gagah weh gagah !

A ke E . haha

Sesumpah said...

adik mithali kot


wootwoot!

:D

Ainee Cumi said...

Tak tau nak cakap macam mana. Tapi seganlah neng.. Segan gila ok!

Berto said...

bilik terai-terai..keh keh

Unknown said...

sian ko HB...nk wat cm ne...trima la as adk bongsukan..menurut perintah nme nye tu..hehehe...

ザ-sylver- S said...

aboi?? hahaha, memang anak bongsu kene nama aboi ke ..lalala

cEro said...

bro, perenggan terakhir ko sgt BETOL!!!
aku naik segan nk beli sluar kecik sbb yg jaga situ slalu pompuan..
siap suro tgk saiz contoh sgala bagai..

deng!

kechixx said...

be macho!:)

eesyaheera said...

haha. comel la aboi teman kakak2 shopping. kalau ada orang laki kat kawasan tu memang aku malu. tapi takpe la, mak dia pun pakai jugak :D

aien said...

haha.. kecian.. jd mangsa buli kaum wanita la yer.. hehe

Ninaa. said...

Lepas ni aku nak try suruh abang aku belikan lah. ehehe

Dg Ndr Mstkln said...

segan dowh!

eyqaaman said...

pompuan ni pemalu orangyaaa!

Gen Fujita said...

Muda2 dulu segan la skit, bila dah lama2 dah tak heran dah sangat. :D