Monday, January 24, 2011

Perangai Pelik Bab 27: P

Tahun 2003, umur aku baru 16 tahun. Waktu ini, KL memang tak In langsung dengan aku. Nama-nama tempat biasa untuk melepak di KL pun aku tak tahu. Lagi pula nak tanam cita-cita mencari makwe KL buat stok...jauh sangat angan-angan. Maknanya, KL dan aku tak ngam.

Bila aku dapat tawaran masuk Sekolah Sains Muar (Samura), aku dapat peluang nak hijrah jauh sikit dari rumah.Walaupun bukan dekat KL, itu tarak hal. Janji dapat cerita lebat dekat budak satu taman dah cukup bagus.

Dalam sekolah itu, aku tengok rupanya bersepah budak KL. Hal ini buat aku sering jeling nipis dengan budak-budak tersebut daripada turut serta berborak. Sebabnya, mereka lebih sibuk cerita pasal rayau-rayau dekat Times Square, tolong mak beli sabun dekat KLCC dan ponteng sekolah lepak dekat OU. Sedangkan aku paling ganas pun lepak dalam bas abang man sampai ke petang kalau nak ponteng sekolah....tak fun langsung.
Dalam banyak-banyak budak dalam sekolah tu, aku kenal dengan Din Metallica(bukan nama sebenar). Minat dia sama dengan aku, Metallica. Hampir habis segala lagu Metallica dia hafal. Punya true Metallica sampai kaset Ride The Lighning aku dia pinjam tak pulang-pulang sampai sekarang. Din juga hebat dalam bidang permotoran. Adjust tabung angin, potong rantai kasi ketat dan up gear motor sampai ada gear 9 adalah bilis bagi Din.

Untuk itu, Din juga senang bergaul dengan rakan-rakan KL yang lain disebabkan ada bakat permotoran tersebut sedangkan Din adalah hanya anak kelahiran Simpang Renggam.

Rahsia Din? Apakah yang menyebabkan Din begitu hebat?

Aku ada tanya dengan budak-budak lain, diorang cakap:

"Din kalau bawak moto dari JB ke KL, pakai gear 2 je oi...bedesup naik 180!"



Konklusinya? hidup itu penuh cabaran.....



Psst: Ayah aku belikan aku motor masa aku lepas SPM, bila dapat motor, barulah aku tau yang kalau nak ke KL dari JB naik motor dan hanya pakai gear 2, kau akan sampai JB 5 minggu berikutnya.

26 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

ahahaha...

apa cer sampai 5 minggu berikutnya??

keh3...

dya adriza said...

hahahahahahahaha..... lawak gile!

oh farah said...

cerita mesti lebat, barulah hidup nampak hebat.

O'gosh said...

makna kata..kena kencing la ni ye...hehehe

suffer8zine said...

betul tu, penuh dengan cabaran dan dugaan

Terkini : 10 Sebab Lelaki Membujang

Sca Ndx said...

gear 2 laju gak pe. haha

Lizzie Yasmin said...

gear 2, makan angin jer kot.. hahaha

M. said...

KECIKNYAAAAAAA DUNIA!
RAMAI NYA BUDAK SAMURA DALAM DUNIA BLOGGING!!

eksaited betul jumpa senior. haha

Hanis Azla said...

hidup mmg penuh cabaran.. lebih2 lagi bila ada kawan yg dapat lebih perhatian.. he..he..

grOundnUt said...

gear 2 umpama bawak moto di tepian pantai...woaaaaa!

hanafijaafar said...

aku ingat peti suara ni senior aku kat samura dulu, tapi din metallica bagai sudah hilang dari ingatan.

petisuara said...

sy bukan samura..HB yg samura..haha

waney is super skinny said...

wah sama la from samura!!! menarik3. :)

Shukjessa said...

wakakak, bro tu pon kalo sampai ko pakai gear 2, buatnya rosak tengah jalan?

bestlah ko sebab dari usia muda dapat merantau. macam aku, nak merantau pun lepas spm, yakni zaman diploma tu pun takat dapat uitm shah alam je. jejauh takde lah.

macam aku sendiri susah nak jauh dengan family. form 4 aku ingt nak minta sekolah teknik kuantan, tapi kenang2 time tu bapak aku baru je meninggal, sian lak mak aku.

hehe tapi sebut metallica, aku pun antara hantu gak dulu2, skang tak layan sgt (kes Jason keluar Metallica).

p.s: padahal aku minat kirk Hammett XP

Anonymous said...

lu langsii maa..
celah mane siot nk bwk moto gear 2 dr kl-jb..;p

Adlan Solis said...

hoi..takkan laa umo 16 tak tau bwk moto..lertopz sangat kan.ceit!

Ga-In said...

Hahaha.
lawak2 ^^

Ninaa Joyy said...

kesimpulan yang sukar.

Lan Bingka said...

kat mana2 ada je wakil orang cakap lebat ni..

eyjalukman said...

haha bnyk nya budak SAMURA kt sini berkumpul .gile la pkai gear 2 je spnjg jln . wakakaka;p hebat cerita ni .

cik-terompah said...

aku dulu dpt masuk asrama luar kl.. kene pulau kot ..reason dia ..aku budak kl.. haru je..

NHAF said...

damnit rindunya samura :')

latest rasanya budak kl and jb boleh get along. cam xde beze pon. best!

ketawariang said...

huhu kena tipu la ni? kes org tu mst ckp lebat...

http://saiffah.blogspot.com/2011/01/fasha-jejai-x-bersama-lagi.html

The Crow Empire said...

Memang abang din true metallica. Orang2 true ni tak kan pulang barang yg dorang minat. heheh..

aku tahun 2003 dah abis spm. ahaha..

nurfarihaliah said...

akk sekolah samura dulu?
same as me.
batch 21 ek?

petisuara said...

nope bukan i..HB yg samura