(kedai mamak)
4:30 P.M
Zam : Kau tak makan ?
Min : Aku tak ada selera bai, kau tak dengar berita ? Kedai menjual bebola daging paling enak dalam Malaysia disyaki tidak lagi halal. Dulu halal lepas tu kena samak sebab tak halal..halal la kejap. Ni sekarang kena samak balik..jadahnya?
Zam : Aku tak terkejut pun. Benda macam ini kan dah banyak kali jadi dekat sini. Dulu kecoh kedai menjual ayam goreng paling menjilat lutut, dituduh menggunakan ayam yang tidak lagi disembelih secara islam..mungkin pakai patah leher sahaja. Selepas itu kes kedai berger badut rambut merah pun kena tuduh tak halal. Tapi badut tu cepat bertindak, terus keluar kenyataan dalam akhbar yang dia memang halal yang paling halal. Sebelum itu pun bersepah lagi kes-kes yang macam ini. Bukan takat makanan, ubat gigi, syampu dan kalau boleh telifon bimbit pun nak dibangkitkan isu halal/haram..gila.
Min : Aku tak paham..bukan negara kita ni agama rasmi Islam ?
Zam : Kau rasa..apa yang rasmi nya ? Selain dapat cuti panjang masa raya ? Selain dapat bina masjid banyak-banyak dan mahal-mahal. Selain kau boleh belajar agama/sembahyang secara bebas..selain itu, aku rasa tak ada apa yang rasmi. Kita tetap tak bebas. Contoh, makanan. Kau cuba pergi dekat satu pusat membeli belah yang paling besar dekat Malaysia ni, kau kira berapa kerat yang ada tanda cop Jakim Halal yang betul. Boleh kira dengan jari lah.
Min : Jadi…
Zam : Jadinya, kita tetap susah dalam isu makanan. Sedangkan isu makanan inilah yang paling akar untuk kita faham apa itu Islam. Kalau kau sendiri main balun makan apa pun nak, tak kisah asal-usul benda itu, macam mana kau nak yakin yang darah daging kau bersedia untuk suci bertemu DIA ? Macam mana kau nak terima hidayah tapi tiap-tiap hari tadah tangan minta hidayah terbang hinggap dekat jari..macam mana. Macam dulu nenek aku ada cakap…YOU ARE WHAT YOU EAT !. Dari makanan lah kau boleh bentuk perangai kau. Kalau makanan asyik ada babi ja..memang kau babi lah...amacam ?
Min : Perghh..keras tu. Kan kita ada JAKIM ? JABATAN AGAMA KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
Zam : Tak MAJU mana pun. Kuasa JAKIM tetap terhad..ciput. Kalau nak dibandingkan dengan kuasa golongan-golonagan tertentu. Cuba kau fikir, syarikat-syarikat pemakanan yang ganas-ganas ni mesti ada saham dari golongan yang aku cakap tu, tak pun orang penting dalam syarikat itu sendiri. Mana Jabatan kecil macam JAKIM tu nak lawan.
Min : Kira kau cakap…halal/haram dekat sini pun dipolitik kan ?
Zam : Hahaha…aku tak cakap macam itu, benda ni lebih pada untuk kepentingan individu. Lagipun JAKIM hanya akan bertindak jika ada laporan dilakukan..sebab banyak lagi isu JAKIM nak kena settle. Macam aku cakap, JAKIM tu bidang kuasa dia terhad.
Min : Kenapa tak diselaraskan…bila satu syarikat tu.. syarikat makanan khususnya, nak mendaftar..diwajibkan menjalankan pemeriksaan oleh JAKIM. Jadi, kalau didapati tak halal atau tiada sumber-sumber sahih halal, terus tulis dekat kedai tu..NON-HALAL. Tak adalah kita jadi keliru.
Zam : Tu la pasal..itu yang aku tak paham. Benda ni kalau bawa begaduh, memang tak sudah. Macam kes kedai bebola daging enak dari Sweedish tulah. Ada kata benda lain yang tak halal bukan bebola tu. Tapi bagi aku…jadah apa kalau benda halal pegi campur dengan yang tak halal..serupa la macam kau bela ayam dalam kandang babi..kau selera ke nak makan ayam tu ? Pembekal bukan kira..main hentam ja sumbat satu peti ais.
Min : Abes sekarang nak makan apa je ni..dah semua pun payah.
Zam : Ha…kau pergi lah memburu. Masuk hutan tembak binatang. Baru Gore!
36 comments:
geli pulak nak mkn meatball...euwww..
hahaha oh some la bro ko punye entry. patut bagi menteri bace biar toghaso kek cerebulum yang seciput tuuu.
namo yo negaro islam, tapi banyak sangat mix benda2 yang haram, Islam ke hapo namenye
aaahhh...sekarang makanan nyer isu dari dulu sampai sekarang tak pernah nak settle...poning kOpala aku dowhh...@_@'
http://groundnutsikacangtanah.blogspot.com/2011/05/ikea-meatball-haram.html
hahaha ;p halal ckp halal kan
Ha.tahu xpa.
aku rasa la Jakim ni di control oleh pihak2 tertentu.
sebenarnya,kalau ikutkan mmg banyak kot produk2 yang perlu dibuktikan kesahihan dia.cm dlm entry ni gakla..prob is kuasa2 syarikat2 tertentu ni mmg menguasai ah.kita sebagai pengguna mmg kena bijak.
kena carik makanan yang suci.bukan bersih sahaja.
kalau bersih,siapa ja boleh prepare food dalam keadaan bersih.tapi suci tu yg payah.
apa pon,makanan akan jadi darah daging.
cuma nak tanya diri sendiri,kwn2 dan org lain..
berapa banyak babi da dalam diri??
perghh~tertampar diri sendiri.
aha. apa pown susah carik y btol2 halal skrg. was2.
dah2 jom usha craft kitorg pulak. halal melainkan aku design binatang y x awesome tuh ;))
haha bela sendiri ayam lagi sng.. :)
agaknya kalu kedai baksi dok sebelah dgn kedah Ah Seng Bak kut teh , HALAL tak Bakso tue??? hahaha
betul..betul..betul...
terbaiklah...
so,mkn je yg yakin halal, tak pon g bli brg 'halal' kt market n msk sndiri..huhu
isu makan2 ni memang payah
ada cop yg dipalsukan
ada makanan halal yg dimasuk peti ais sama yg tak halal
skang ni makan mmg kene jaga2
best dialog kat atas ni..
hmmm..
payah nak cakap pasal isu ni...penguatkuasaan pu ntak berapa nak berkuasa sangat
hidup bakso!
btol gk ap yg kamoo tulis ni...stuju2...
baru jumpa blogger yang tak salahkan JAKIM. Korang ni best la. U're not that shallow :)
"Kalau makanan asyik ada babi ja..memang kau babi lah."
haha. kasar sangat ni!
itulah pasal. kita sgb rakyat jugak yang terseksa. babi bai, babi. jelas haram. doii~
mak oi ! klaka la bakso dgn mr meatball 2. LOL
skarang ni mcm da tak selamat nk mkn dekat luar . -.-
sesiape yg pernah post entry best nye mkn meatball mesti da mcm was2 .
dah srupa macam dok luar negara..hailaaaaa~ hingat ni mende main2 ke..jadi darah daging tau..
Yeahhh banyak makanan meragukan tapi rakyat Malaysia tetap bertambah gemok.. Owsem
isu halal haram buleh diwat maen2 plak skang kan..
geram betol huhuh :((
sdeyh menjadi Malaysian. diorang tak amek berat isu2 camni..
jakim cam xwat keje. kite plak kena jakim sndri grggrggrg!!
sangat suke entry ni, memang betul kita negara islam tapi tapiiii benda-benda macam ni x diambil berat.
kalau pegi luar negara, kita akan berhati-hati sekali waktu makan tapi kat sini kita main bedal je, sekali errkkkk ada campuran haramm.
benda macam ni kalau x der pemantauan memang susah
even dah ckp halal pun ciklinn tak mau dah mkan... huhuhu
cik puan azan: haha tp sbelum tu nmpk lazat kan?kehkeh
shukjess: yolah..itu yang kito xberghapo nak stuju tu yo..baik lie poe makan lomang pilah
groundnut: poning poe la makan panadol..kok makan meatball laie la poning
ezan: kannnnn
ed na:yup2...the things is..benda ni kalau tak ada campur tgn org besa..rasa xde masalah..mean JAKIM diberi kuasa penuh utk segala berkaitan agama tanpa sebrang kelulusan
peep: betul2 bele ayam sudah
lizzie: kalau kedai baksi sebelah kedai babi mgkin akan jadi kedai basikal fixie?
o'gosh: yup..yup...yup
alexa: mula2 lah ternak ikan keli sndri,
alien: kdg2 cop halal tu dari SG,China,Thailand...mcm mana nak sahih kan
arya: sbgai penunjuk kata
cuteintan: lepas ni lbih baik kita pakai kuasa bulan akan menghukummu sailormoon
nobita: ok...bakso dah hidop!! arghh!
pari2: sbagai kongsian
socio: heheh tunding jari stu pihak xdpt selesaikan masalah
eesyaheea: hahah kasar kan..aku mmg kasar/kelat/mengerutu dan kesat
kembatolo: sekse2..sekse lagi makan babi dari kene maki panggl babi
daya: sbb tu kene mula ternak ikn keli sndri..buat kecik2 dalam sinki dlu ke,kolah mandi ke..xpe
hanys: sbb tu kene alert
whoda: gemuk macam.....
senorita: isu duit lg nmpk sedap
moon: kat oversea sbb dah sah2 bnde halal ni payah..kt sini senang sbb tu diambil kesemptn
ciklinn: makan angin
ikea sedap. hurmm. nak tnye. i baru je nak jinak2 nak blogging..camna nak tambah members..?
kalau ikut resepi asal meatball tu memang la tak halal sebab dia combine beef+pork.
tapi tak sangka pulak kat sini punya pun tak halal jugak.ingatkan just beef aje.
aku pun dah jadik konpius.jap halal jap haram.hoih...
daisy : hahaha pening kan..sbb tu lagi baik makan bakso
lalat : members tu bukan boleh tmbah dgn sndri..anda kena rajin promote blog anda lah..kalau org suka, org akan follow..
lagi 1, diorang bertindak mengikut aduan. kalau de aduan, pantas la buat. kalau x, xde la kot.
yg aku pikir la ms diorang nak buat apporval produk tu, apa yg diorang tengok? kenapa da berbillion months benda tu wujud baru nak kata xhalal? kenapa masa nak keluarkan certificate tu xkata xhalal terus? so, aku pikir maybe diorang tengok proses pembuatan je, tapi dari mana sources barang2 utk produk tu, diorang xtengok. agaknye la kot..
macam ikea ni sebab dia sendiri realize supplier dia punya barang d ragui. so, itu inisiatif dia nak tututp cepat2 n samak cepat2 yg patut d contohi. jgn nak tunggu org bwk balik meatball masuk dalam lab n buat eksperimen, masuk paper baru nak selidik supplier mcm sesetengah pihak. kan? kan?
itulah.. soal halal haram ni sgt penting.. dari makanan, sampailah ke sumbar bagaimana kita dptkan makanan tu..
soal amik ringan mcm ni mmbuatkan byk maslah berlaku..
apapun, tq dgn pendedahan mcm nie.. seolah-olah ingatan la kan kepada diri sendiri dan pihak2 yang sepatutnya bertanggungjawab
itulah.. soal halal haram ni sgt penting.. dari makanan, sampailah ke sumbar bagaimana kita dptkan makanan tu..
soal amik ringan mcm ni mmbuatkan byk maslah berlaku..
apapun, tq dgn pendedahan mcm nie.. seolah-olah ingatan la kan kepada diri sendiri dan pihak2 yang sepatutnya bertanggungjawab
semakin berhati2 utk pilih makann, risau gk isu ni, haih kasik fenin wa
tarak minat meatballs .
but about that issue . since dulu lagi kan . spe nk bertindak ?
maria: yup mmg kene tunggu aduan baru diorg boleh dtg check or syarikt tu sndri panggil buat inspection..sbb kuasa buat spotchck diorg xde..xde waran
ikhram: yup..benda yang basic ptt diberatkan kan?
nur: tanya bila nk mengundi besok2..hehehe
suka entry ni. mmg susah nk pakai lah JAKIM skrg ni. Apa yg penting, kita sndiri nilaikan sblm beli. kalau tgk kedai yg mmg sah2 xde tanda halal, x perlu lah masuk. cth mcm Kedai kek. byk yg xde logo halal. ehh byk la nk cite. esok pn x kn habis. yg pntg, Alhamdulillah dan InshaAllah bersyukur krn Allah campakkan dlm hati saya perasaan was-was. sbb tu saya agak payah nk mkn kt luar klu ragu2 halalnya.
Post a Comment