Friday, July 1, 2011

Kasut sekolah saya

Ok sekarang aku teringat....

Macam biasa, kalau nama dah masuk sekolah baru, kau kena lalu peringkat dipanggil orientasi. Selain tujuan nya untuk menyesuaikan diri di sekolah baru, satu hapa pun aku tak tahu apa tujuan lain dia. Menyusahkan betul waktu itu. Tiap-tiap petang pun nak kena menggelupur tengah padang. Bukankah lagi enak merehatkan badan atas katil. Siapa yang ajar entah benda ni. Kena lempang dengan aku baru tau.

Macam ni, waktu aku nak masuk sekolah SAMURA, dia ada bagi senarai-senarai benda yang aku kena ada. Itu termasuklah barang keperluan harian dan juga kasut sukan.Ya, kasut sukan untuk aku disuruh menggelupur tiap-tiap petang. Gila apa! masa itu aku tengah in main basikal kot. Celah mana budak main basikal pakai kasut sukan? Nak beli baru adalah benda paling aku benci sebab aku tak suka membazir. Membazir itukan amalan setan? Oleh itu, kasut sekolah lama warna putih aku guna sebagai ganti.

Tiba hari pertama minggu orientasi, dengan kelibat awek-awek bagi memeriahkan suasana, aku pun kena berjogging. Abang senior suruh kami jogging perlahan sebagai satu pasukan, jangan ada yang tertinggal dan kena bekerjasama. Jogging pun bermula. Langkah tersusun rapi. Tapi ada satu budak belakang aku tanya, "weh...apasal kasut kau lain macam?" Aku malas nak layan sebab masa inilah dia nak ajak beborak, tecungap lah aku nanti. Dah la depan selekoh tu awek tengah panas kan badan. Kena nampak terer sikit.

Langkah demi langkah, aku mula rasa lain macam. Sebab aku nampak ada span-span berterbangan dari kaki aku. Mungkin hasil hentakan yang kuat menyebabkan rumput-rumput itu menjadi span? Elok saja sampai betul-betul depan awek tadi, aku perasan yang awek-awek tersebut tersengeh-sengeh tengok aku. Perghhh, nampak sangat aku gagah waktu tu. Tapi jadi lain macam bila sorang dua dah mula gelak kuat-kuat. Sambil gelak sambil tunjuk kaki aku apahal entah?



Tiba-tiba, budak yang sama tanya aku tadi jerit, "Woi kasut sapa oi!!!"


Aku intai tengok apa yang dah jadi dekat kaki aku. Kelihatan kasut sekolah lama aku tidak lagi menyerupai sepasang kasut. Lebih tepat, ianya kelihatan macam cilake. Dah bersepai kesana dan kesini dan akhirnya terpelanting entah kemana. Dengan kaki ayam, dari jogging berkumpulan, aku ubah menjadi pelari pecut.


Besoknya, aku jogging pakai selipar

21 comments:

Waney said...

hahaha. nice la. tetibe teringat laluan taubat kat tepi kubur. samurawks!

GKA said...

hahaha...sian

Siti Zulaiha said...

im sorry for u and the shoe
but this is really funny....

ishiko said...

kemungkinan kejadian mcm ni la yg buat xnk pakai kst lama.. keh3

Atiqah Abd Shukor said...

Haha kelakar ;p

Nurul Aima Hj Kaim said...

bersungguh-sungguhnya jogging T_T

wiwie sazali said...

hehehe.. cool n lawak =)

Cik Ca'ah said...

Hahaha. amik kau,nak jimat sangat.

Stazel // Fieq said...

haha! camne ah kasut tuh boleh bersepai. ganas sungguh. oh aku juge ex samura!

pelat said...

HAHA. lucu.

Ahmad Fauzi Aryaan (A.F.A) said...

hahaha...cover laa konn kan..last maluuuuuuuu..hehehe

CIBID'S said...

Itulah sebabnya ketika lari jangan control apa-apa ,ngehehehehe

EZAN IDMA said...

tu laa org soh beli baru taknak. haha

nysa said...

haha..konfem muka tebal an..depan awek lak tu..jatuh saham ! hahahaha

SuzieaN_Tarabas said...

haha...story ni memang macm kt zaman solah rendh plak...tp emank best la tahap nak tunjuk lagak time berdepan ngn awek2 tue..hahhaha

Cik NurulZaty said...

haha.tamatlah riwayat sepasang kasut

leh buat kargn autobiografi ni..

hentakbelipat said...

benda ni kena jadi tauladan tau..lain kali kalau nk kena beli kasut bru jgn kedekut sgt..beli

cEro said...

wahaha..kenangan skola beb...
aku pon lebih kurg gak masa skola dulu...
tp ko punye cerita 1100x lagi lawak..hahah

a little less conversation said...

eleh, taktik nak suh awek tgk sambil sengeh2 leteww..nyampah tau main taktik kotor cani..

s.u.h.a said...

haha. sgt comel cerita hg :))

::ienafazlyna:: said...

muahaha..kesian..jatuh saham depan awek2 kan???