Thursday, October 27, 2011

Feminism atau Barbaric

Ketika hujan tak putu-putus turun, aku rasa bosan gila. Bosan orang kata jangan dilayan kerana akan jadi Bengap. Oleh itu, aku pasang cerita Columbiana (2011). Durasi 2 jam 15 minit filem itu berlangsung tidak sikitpun menimbulkan bosan. Ini memang power. Letupan demi letupan. Ditambah watak utama cerita itu adalah sekuntum bunga/gadis/awek yang boleh tahan pegi nya. Dibintangi Zoe Saldana yang perghh.  Disini perlu diingatkan bahawa seorang gadis ingin membalas dendam terhadap satu pertubuhan kongsi gelap di Columbia. Setahu kita, kongsi gelap dadah di Columbia sama ganasnya macam di Maxico. Tapi, dengan selamba awek ni menyapu bersih semua kuncu-kuncu dan juga bos besar seorang diri. Menunjukkan ada Power of Feminism.


The Power of feminism waktu ini dah banyak boleh dilihat. Aku malas nak bagi contoh sebab kau sendiri pun nampak ye dak? Dalam IPTA/IPTS, dalam dunia seni dan dalam dunia internet...semua kau boleh nampak. Golongan brader-brader ada dekat mana? ada....jadi Keyboard Warrior. Mencemuh/mencaci/menjatuhkan sebagai anon hanya guna hujung jari. Sebab apa jadi macam ini? Sebab memang sifat brader macam itu. Singa di gurun Afrika kalau rasa terancam mula menjadi bahalol tak bertempat. Aplikasinya sama. Bila brader-brader ini rasa terancam spesisnya, maka dia perlu bertindak. Perlu menjadi Warrior....Keyboard Warrior. Sudahlah susut, yang baki-baki pula lebih gemar menunjukkan sifat itu di atas jalan raya lalu diam dibawah lori, ataupun muka fulllamak! tapi hanya cintakan Kamal dari Kamsiah atau lebih gemar hidup menjadi obor-obor dari singa.

Jadi mana perginya sifat Manly brader-brader ini? Tenggelam. Aku tak rasa ia tenggelam kerana salah brader-brader ini sahaja. Ia berkait rapat dengan persekitaran. Aku bagi contoh akulah. Aku memang dilahirkan dengan sifat Barbarian. Aku juga berkawan dengan golongan barbarian, makan daging mentah dan minum darah merah. Tapi bila aku diluar kawasan 'barbarian' ini, aku mula tempang. Suasana tidak menghalal kan sifat itu. Ok kau dah pening, susah betul....macam ini lah, bila aku berborak dengan kawan yang aku sebutkan tadi, aku berborak secara brutal. Bila aku dengan orang lain, mereka akan cepat salah sangka.

contoh: (contoh lagi....ish)
Suasana Barbarian
Aku: Hoi Syukri Abdullah...ape bende kau buat nih!. Nak hambek kau penumbuk di perut!
Syukri Abdullah : urghhh senak sekejap! wahahahah yelaah-yelah aku buat lain...Nah karate di tengkok!
Aku: terkehel..kahkahkah.

Suasana Alam sekitar
Aku: Hoi Abdul!! ape bende kau buat ni! Nak hambek kau penumbuk di perut!
Abdul: sobsobsob......

Suasana Alam sekitar
Aku: Ish! apebende lah u ni....mana boleh buat macam itu
You: asyek maraahhh je....marahhh je.....maraaaaahhhhhhh jee
Aku: ha? mana marah? sapa marah? bila i marah?

Amacam nampak? Tak nampak juga pergi menangis lah kau. Aku dapati, bukanlah kerana tidak pandai menyesuaikan diri, tapi masyarakat sendiri yang men-agong-kan feminism.



Rata-rata gadis pun mahukan abang-abang mereka menjambukan diri macam idola mereka.
Masing -masing berlumba-lumba nak jadi metroseksual/metropolitan/harian metro. Sentiasa mempelajari gaya hidup ke arah feminism. Jadi secara tak langsung, feminism itu dihalalkan untuk bersaing. Golongan barbaric akan dianggap jahat/bahaya/busuk/tak pavillion/setan serta badigol.

 arghhhhhh!!!!!


Cuba kita lihat 10 tahun lepas. Penampilan Warrior amat diketengahkan bagi memastikan diri sentiasa di hadapan atau Survive dalam kehidupan. Kalau tak puas hati sikit atau salah paham sikit..hah! bertumbuk dulu, berdarah gusi barulah duduk dan berbincang..kahkahkah. Tapi sekarang banyak bertumbuk depan skrin laptop dan lebih rela menggigit jari akibat geram.  Lahirlah Keyboard Warrior

Sehubungan itu, aku mula mengetengahkan pembelajaran tidak formal bercirikan brutallism pada anak-anak buah aku. Aku tonjolkan sifat pejuang pada mereka. Di waktu petang, mereka akan aku bagi main pedang atau kapak. Kalau lapar, aku suruh mereka memburu di hutan. Dan kalau degil, akan ku lutut satu-satu sampai insaf. Warrior juga perlulah mempunyai akhlak yang mulia supaya menjadi tauladan dan harapan ibu dan ayah.

Hidup Barbarian...sekian

Psss: Aku tak paham kenapa jambu dijadikan simbol untuk berwajah mulus serta hensem lah senang kata. Tahukah yang jambu itu berkedut-kedut. Lainlah guna tomato...hahaha..."perghhh tomato betul muka kau selepas menjalankan terapi wajah!" amacam?

17 comments:

a loqman said...

singgah malam

Melle Abadi said...

kita tengok respon peminat kpop acane nanti

muhdasyrf said...

Tomato macam Tomok. haha

syabab said...

haha...itu lawak... muka ko cam tomato r tp kalo lepas rawatan especially steam kulit tomato akn berkedut..so xsesuai tuk ckp org yg lepas terapi steam...heheh.. jdlah diri sendiri tp jgn smpai bersifat dayus... keyboard warrior aku rase laki ade pompuan pon ade gk...hihihi..

Anonymous said...

tau x pe~
whahah

ENCIK TIKUS said...

cilake lah ayat kau ni.. ambik masa nak paham.. naseb paham.. *bagi cekelat*

Unknown said...

er....dalam erti kata lain, barbarian telah sikit lagi nak pupus ke...tu la...konon2 skang xmo ganas2 dah..tapi sebenarnya dulu2 yang x ganas tu x pulak berlaku kekejaman zionis macam sekarang kan...tapi akak musykil...ada ke orang cari makanan dalam utan lagi skang...umah ko dekat ngan utan ye dik...ke utan metropolitan..hehe

miss jaja said...

"perghhh tomato betul muka kau selepas menjalankan terapi wajah!" amacam? "

hahahahhahahaah....

tka anas said...

haha ni klaka sumpah klaka

↻ fa_ said...

lelaki saje je taknak menonjol kot.

tak baik riak katanya.

perempuan pulak suka menunjuk nunjuk.

bila dah bodoh, mula lah semua benda yang dia buat tu nampak bodoh

cikpia said...

jambu yang dimaksudkan bukan jambu batu yang berkedut2 tapi jambu air yang licin luarannya.......

Silent Reader said...

Mana korea fans tak muncul2 lagi ni ? :D

iKhRam said...

hahhahaha
tomato la ko!! cam pelik jer bunyi..

tp mmg trend skrg kan.. nak jambu2 gitew..!! agh,,,, shit!!! (tak cukup barbarian lagi tue)

ops! sori... (suasana alam sekitar)

ieda Qema said...

tomato lah best!

alya said...

biaser lah orang minat yg jambu. tp untuk dijdikan psangan tu mstilah yang barbarian gitu. tapi k-pop tak lembut okeh

alia zainol said...

oh ternampak vip hehe :P

Aqilah Farhanah said...

part tomato tu masuk akal!