Friday, November 4, 2011

Remput

Hari ini aku kena selesaikan hal bank. Kad atm dan cimb clicks kena aktifkan balik. kalau hari ini tak selesai, aku akan berada dalam kesesatan sampai bila-bila. Meniaga secara online tanpa onlibe banking adalah serupa kau main bola pakai kayu hoki.

Kerata semua kena guna. Hanya satu pilihan iaitu motor abang ipar aku. Tanpa banyak cakap, terus sarung helmet........waaahhh gampang betul bau helmet zaman sekarang nih. 

Semasa aku terkial-kial membawa motor, baru aku perasan yang hati aku dah tak kental macam waktu aku lepasan SPM dulu. Masa itu aku kerja sambilan di Mekdi...dengan membawa motor lah. Mana nak paham maksud perlahan masa tu bai. Punyalah bawa laju sampai kadang-kadang aku dah tak tau aku bawa motor ni sampai mana dah, Pernah sekali, manager aku bagi peluang jadi 'rider'. Rider ni maknanya tukang hantar pesanan.  Kahkahkah, besepai segala aiskrim, coca cola dan nugget bercampur baur dalam tong belakang motor tu. Menunjukkan betapa terer nya aku bawa motor.

Itu dulu, sekarang ni, aku rasa bangang gila bawa motor. Terkangkang-kangkang. Masuk gear berapa pun dah tak hafal dah. Apa? tabiat aku yang suka ternganga bila fokus? Itu jangan tanya lah, abes sampai meleleh-leleh air liur masa bawa tadi. Aku rasa paling laju tadi aku bawa tak sampai 70 km/h.

Satu aku tak suka bila bawa motor ni, bila sampai dekat lampu isyarat. Kena pula masa lampu warna merah. Para-para motor selalunya akan berkumpul ramai dekat depan garisan. Bongok juga kalau ada yang nak beratur dalam line kereta kan. Jadi, bila dah duduk di hadapan sekali, aku jadi segan. Segan betul lah. Semua macam tengah pandang aku. Masa itulah buat-buat duduk menegak nak cover lipat tang perut, masa itulah nak bersiul dan masa itulah rasa diri paling hensem. Seganlah senang cerita.

Oh ya, raya korban ni, ada tak mana-mana masjid buat korban zirafah? Kalau zirafah nak kena korban, bahagian leher yang mana nak kena kerat ya? mau lenguh tangan pak aji nak mencari nanti. Ok selamat hari raya aidiladha...dan janganlah menjadi korban jalan raya, tak ada siapa nak timbang daging kau nanti.


6 comments:

Unknown said...

akak pon xpandai naik motor..takut

Cikgu Jaja™ said...

remput laa sampai semput. hahahaha adoyaii..kelaka la HB

y i e n said...

hahaha! lawak gile entry ni :P

NadyaBubble said...

naseb tak jadi rider dah ye. klw tak, bankrap mcd. kihkihkih, selamat hari raya, maaf zahir batin.

dhanesha's said...

hihi, kelako nyer...tumpang lalu yer;-)

Dekna said...

selamat hari raya aidiladha for both of u, Petisuara and husband, Hentakbelipat..ahaha

:)