Walaupun aku bukan berjawatan opis dan bertali leher yang keluar rumah pukul 7.30 pagi balik 5.00 petang, hidup aku lebih kurang macam golongan tersebut. Aku pun keluar rumah pagi, naik kereta manual, menempuh jalan berpuaka dan balik lewat petang saban hari. Cuma aku hanya berseluar jeans dan berbaju gambar tengkorak. Hidup dengan Cala Man sama sahaja sibuk dia. Aku pun kadang-kadang kena buat OT hingga ke lewat pagi buta. Bila bangun pagi kepala macam lepas kena pijak sebab sembab langsung tak hensem,
Sibuk. Kehulur kehilir dalam KL adalah perkara yang sangat meletihkan. Otak dan badan. Oh, mulut pun letih. Yelah, bila semua orang dalam KL sibuk, bawa kereta pun macam beruk. Terpaksa guna lebih tenaga untuk mencarut. Sudah la guna kereta manual menyebabkan aku nak tukar gear sambil menganga-nganga. Lenguh dagu jangan cerita.
Tapi aku seronok. Banyak benda aku boleh belajar, banyak orang aku boleh jumpa. Hampir setiap minggu kena buka booth. Walaupun ada orang kata, "pebende kau ni tak kerja opis lagi ni" aku senyum sahaja. Kerja aku ni pun halal juga.
Oleh kerana sibuk dan meletihkan, aku kena kuat. Rumah dekat Wangsa Maju ni, jenis yang tak mesra pengguna. Siapa dia punya arkitek aku tak tahu, tapi kalau aku tahu mungkin dah aku pelempang pipi dia. Buat banggunan jenis tak sedar erti keselesaaan. Kawasan parking kereta atas bukit dan untuk ke rumah perlu turun tangga. Jika ada yang power, mungkin ikut lereng bukit dan jikalau ada yang hilang akal, mungkin akan terjun terus. Bila aku kena buka booth dekat mana-mana, satu kerja aku nak kena angkat barang-barang jualan naik tangga atau naik lereng bukit. Kalau aku meniaga insuran mungkin hanya perlu bawa kertas-kertas dalam beg, tapi aku meniaga barang. Setiap bungkusan ada dalam 10kg atau lebih. Bila awal pagi dah kena angkut barang-barang tersebut naik bukit, ketiak akan senang berlecak. Dari hensem terus bacin. Setan.
Oleh itu aku dah daftar masuk gym. Ini penting dari segi kekuatan otot dan juga stamina. Berurusan dengan orang ramai ni kena sentiasa bersedia fizikal dan otak. Bila dah strong, kalau jumpa yang banyak sangat cikadak dia, boleh lah aku lipat-lipat individu tersebut, masukkan dalam guni dan hanyutkan ke air yang deras.
Hah, aku dah dapat petua untuk lebih steady bila bawa kereta manual. Pasang lagu kuat-kuat. Bila dengar lagu kuat-kuat, aku tak akan dengar bunyi enjin mengaum salah badget clutch ka, bunyi gear crett..creet sangkut ka atau bunyi kena hon. Pegi jahanam.
Ok, marilah sambung melakukan kerja....sekian
9 comments:
ya semangat bekerja! ;) btw, dah dpt kasut bli dr calaman.. tq! =)
hahaha~
pasni kalau ade terdgr brita kat tv ade org d sumbat dlm guni n kene hanyut kat air deras, dah tau keje sape, hahaha~~
ayuhla sambung keje..membebel je keje pon x jln dok?
semoga bisnes ko semakin mantap.
hahahah bisnes lagi best bro. goodluck
kereta manual mmg buat geram je.
aku bru belajar kereta,mmg tak sbr nk habiskan.
teruskan usaha..
nak cari rezeki hari ni bukan mudah..
ni semua sebab globalisasi..
hahaha.. gurau jer !
hahahahaha!
bukan senang mencari sesuap nasi kan.. =)
sabar paling perlu
Post a Comment