Tuesday, December 20, 2011

Celah Bed

Assalamualaikum dan salam perpaduan

Mengikut perkiraan kalkulator aku sebelah ni, bila tahun 2011 ditolak dengan 64, maka jawapannya adalah 1947.

Apakah halnya tentang 64 dan juga 1947?. Ok mari kita ungkap balik sejarah pada tahun 1947.

1. Pada tahun ini, kilang Ferrari baru mula nak keluarkan legasi kereta sukan mereka setelah hanya tertumpu pada motor.

2. Negara India mencapai kemerdekaan dari British

3. Tahu daerah Roswell, USA? Masa inilah benda piring terbang itu mula-mula nampak dekat sana.

4. Syarikat MAS menerbangkan kapala terbang dia untuk pertama kali.

5. Setelah bergolak itu dan ini pada tahun 1947, sepuluh tahun kemudian barulah Malaysia merdeka

dan

6. Tahun ini jugalah Bedah Bt Sharif dilahirkan. Bedah Bt Sharif jugalah yang melahirkan aku pada 40 tahun kemudian yakni tahun 1987.

Sekarang dia berumur 64 tahun dan masih power. Oleh itu, aku begitu percaya yang kelahiran ungkapan 'celah bedah' wujud selepas mak aku lahir. Disini tiada sebab kenapa tok wan aku perlu dipersoal balik, kenapa letak nama mak aku Bedah.

Oleh itu, aku nak merubah sistem pemikiran zaman moden hari ini, dari menggunakan 'celah bedah', cuba lah guna 'celah natasha' ke 'celah amy' ke, nampak lebih berwawasan kerana menggunakan nama lebih urban.

Dan ini juga memberikan aku lesen penuh. Lepas ini, jangan tanya kenapa kalau aku sigung kening kalau ada budak pakai ungkapan 'celah bedah' lagi. Kalau aku hidup pada waktu ungkapan itu lahir pun, pasti individu tersebut berpusing aku pelempang.

Itupun setelah malaysia mencapai kemerdekaan 55 tahun barulah hal ini dibangkitkan balik oleh aku

sekian.
Published with Blogger-droid v1.7.4

8 comments:

anakcikbob said...

hepi besday makcik..
untuk pengetahuan makcik [dan anak makcik juga], saya xsuka org yg cakap celah bedah.
bagi saya, adalah lebih afdal jika menggunakan nama sendiri ketika mencarut.
seperti contoh 'celah hentakberlipat betul la menatang ni'.

Unknown said...

celah leman ko!!!!hehehe

Bang Hassan said...

salam sejahtera ~~~
Penulisan yg menarik ...

Ayaa said...

kapala terbang ? amboiii ! hahaha'



happy birthdayy aunty bedah ! :D

Anonymous said...

Celah HB kau!

Hewhewhew

Anonymous said...

celah mencelah.

selamat lanjut usia makcik :)

Zinedine Zaiddin said...

celah natasha...lol! urban habiss

hentakbelipat said...

kahkahkah ahhh aku nk pergi lepak