Saturday, December 10, 2011

Dinamo

Pada Suatu hari yang dulu, aku adalah seorang senior disayangi ramai di SAMURA. Seluruh junior memandang kasih dan sayang ke atas aku. Disebabkan ini, aku bertambah kacak dari hari ke hari.

Segala hal perihal bilik asrama dipandang berat oleh aku, ternyata jawatan sebagai ketua rumah Budiman memang cocok bagi kat aku. Budak sakit..aku hantar klinik,budak susah stadi...aku bagi dia senang stadi, budak lapar..aku kasi makanan dan budak yang rindu rumah aku bagi penampar.

Ramai juga yang bercita-cita nak jadikan aku sebagai abang contoh tahun tersebut.Sehinggahlah ada seorang junior yang aku bagi kat nama timangan dia 'karpet' sebab muka dia macam Amir Khan. Dia budak yang sungguh mendengar kata. Aku kata pergi dia pergi, aku kata mari dia mari. Itu belum aku suruh menuai, tebang balak, toreh getah dan cuci baju aku. Semua dia "Yes!" Baik budak ni. Jadi, sayang lebih aku kat dia.

Masa malam-malam 12 keatas,  pekerjaan junior tak lain adalah tidur dan pekerjaan senior pula tidak lain adalah menjadi ulat buku atau pun setan. 

Kena pula malam itu aku jadi ulat buku. Peperiksaan makin menimpa punya pasal.Sedang ralit aku menanda buku sejarah dengan pen kaler terang, Karpet bangun dari tidur dengan keadaan kusut dan mamai.

"Abang stakok....ada air ke tidak, saya dahaga sangat. Tadi termimpi perkara buruk, itu yang dahaga. Nak turun ke bawah untuk watercooler risau jatuh tangga, maklumlah tengah mamai kan" Tanya si Karpet tadi kepada aku.

"Tak ada masalah, kau nak air teh tarik pun boleh! pi ambik dekat loker tu..ada dekat bawah bawah" Aku bukan apa, senang kesian pada yang lemah.Jadi pergilah si Karpet yang dahaga itu ke loker aku untuk seteguk air. Aku pula sambung kaler buku sejarah dengan kaler kuning terang.

Sedang ralit kaler mengaler, aku perasan Si Karpet ni berdiri tegak depan aku tak bercakap apa. Apa benda ni, dah bagi air nak apa lagi. Bila aku dongak tengok dia, barulah aku tahu akan sebabnya.

"Bang....mengafe afee nii fekatt semafamm, rafee fafun nih" Jadi bila di alih bahasa jadi macam ini (Bang...mengapa air ni pekat semacam, rase sabun nih)

Tahulah kami berdua yang malam itu Karpet bukanlah minum air kosong sebaliknya Dinamo kaler biru.Maka malam itu juga Karpet kebawah banggunan asrama tanpa perlu payah-payah menggunakan tangga.Terpelanting aku lututkan.

Sekian....


21 comments:

umie naziera said...

lagi layan la dia tido lepas tuh..hahah

Miasaranajwa said...

haha . aptb :)

ishiko said...

errr... isi dinamo dlm botol air ke?

kesian salman khan =.='

Rara Nasiha said...

Gigih aku baca sampai habis wehh. hehe. Kesian Karpet. :)

nabil said...

hahaha. kesian kapet. sure sampai sekarang dia fobia dgn dynamo. takkan la tak bau pelik masa nak minum, mamai sungguh~

marina anakcikbob said...

bagus la karpet jumpa dinamo.
bersih woo..
hahahaa..

syabab said...

muahahhaa,... hidup lg x uh??bhye tul mamai2 ditelan sabun dinamo... pephm lak karpet rase cm sabun mesti penah ase dulu nie...hehe

nina athiramisu said...

haha..kesian kesian..

cikpia said...

keffian afu fat si kafet..... bala! bala!!

javanese DOVE said...

ish?
ni cerita betul atau rekaan semata-mata ni?

gila lah!
karpet minum dinamo!

kalau karpet nak stok dinamo,
rumah kawan aku banyak!


haha.
ish..

Misshy Innz said...

ya allah .
sihat lagi ke idak budaknya ?

mimizuzuhaha said...

ni kes amik barang tutup mata, jadila camni

cik-terompah said...

sengal la lu!!

✿ pink velvet ✿ said...

hahaha! punye tkot mamai jatuh tangga ... last2 lagi padah mamainyer sampai dinamo pon nak rembat minum, hahaha~

liana yana said...

registered name stakok?hahah.
aku tawu staby n staki.
mebi itu junior2 ko.
(exsamura)

hentakbelipat said...

kahkahkah....baru dia tau apa itu erti penyesalan

EZAN IDMA said...

hahaha apsl la leh ada dinamo

Anonymous said...

SAMURA? giler ah.. tu jiran sekolah aku dulu.. aku sek high skool muar jer,

Nurfariha Aliah Shah Fiesal said...

u samurianz? ketua budiman pulak tu. batch berapa?

Korean Style Online said...

Nice blog that you have and good writing, continue and keep up a good work, sesekali boleh lepak kat blog saya korean clothing online / korean fashion online. have a nice day...

eyjalukman said...

mna lah karpet tu skrg kan ? dy ingt lgi ke tak dy makan dinamo HB bgi . haha:D samura mmg mcm2 knangan .