Suatu ketika dahulu, di salah sebuah universiti tempatan yang banyak bonggol, semua budak-budak di dalam itu sedang sibuk menelaah buku pelajaran. Disini perlu dijelaskan sedikit kenapa universiti tersebut banyak bonggol. Mungkin untuk mengurangkan kemalangan? mungkin salah satu inisitif pihak atasan mengurangkan penggunaan kereta terhadap pelajar dan mungkin juga hanya 'bumper' lah yang disukai mereka. Itu hanya mereka sahaja yang memahami.
Sedang muzim belajar masih kuat lagi, terdapat juga beberapa musim yang seiring turut ditempuh oleh budak-budak. Musim tubuh band, musim melihat gig, musim jualan kerepek, musim cari makwe dan musim ponteng kelas. Turut masuk dalam list juga musim kurus badan. Jika dilihat dari mata kasar, musim kurus badan hanya berlangsung pada awal semester sahaja. Yakni selepas budak-budak mula insaf dan sesal dengan tindakan makan macam setan di rumah masing-masing.
Dalam banyak-banyak musim pun, hanya musim kurus badan sahaja yang paling laku. Setiap tahun konsisten untuk permulaan semester. Sepatutnya pihak universiti melihat akan hal ini sebagai acara gemilang awal semester dan diraikan dengan lebih bersungguh.
Maka di suatu pagi, aku dikejutkan oleh seorang sahabat. Dari segi cara muka yang ada sikit tahi mata, tahulah yang aku sahabat itu dalam kesusahan.
"Weh, pinjam minyak rambut....aku punya nak habis. Aku nak dating nih"
"Aku mana pakai minyak rambut, rambut aku tak cukup nak pakai."
"Penipu! aku sebenarnya dah pakai dah pun! warghh hahahahaha! aku pakai dulu baru aku mintak!"
"Kau ni nak makan kaki ke untuk sarapan, aku cakap tak ada..tak ada lah!"
"Penipu lagi! euwww!.... tapi apasal minyak rambut kau bau lain macam..dan kenapa kepala aku sedang mula berpeluh-peluh ni, mana kau beli minyak rambut ni oi?"
Jadi, apabila aku celikkan mata sedikit untuk melihat apakah yang di pegang oleh sahabat itu, aku tutupkan mata kembali sambil berdoa agar sahabat itu tidak menimpa musibat yang lain-lain untuk hari itu.
Pati Halia Mustajab. Sejenis krim yang kalau sapu dekat perut untuk bertujuan kurus dan bukanlah sejenis minyak rambut.
16 comments:
kesimpulan. mintak dulu baru guna.
nah mamposs...hahahaha
ha ha ha ha haa..
padan muka dia.. pakai dulu baru mintak
amacam? kurus xkepala beliau skg??
hahaaa!! lawak!
haha.die tak baca dulu ke sebelum pakai ? amacam ,kurus tak kepala die ?hehe
haha.die tak baca dulu ke sebelum pakai ? amacam ,kurus tak kepala die ?hehe
LOL! tu la dia tak mintak izin lagi. HAHA
Haha..mmg mujarab..
:)
mesti panas je kepale die kan. haha =)
mujarab ka pati halia tu? time aku study dulu kemain femesnya.....
hahah.bahana x minta izin dulu. padan muka dia.
mesti rambut dia kurus nipis lps tu
ahhhah u yang banyak bonggol! i know u mne tu:p
WAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKA ! LAWAK GILERRRRRRRRRRRRRRRRRR. SAKIT MULUT GELAK
hahhaa.. habislah botak...
haha..banyak bonggol..universiti kita lah tu.:p
Post a Comment