Assalamualaikum dan semoga anda bahagia.
Setelah selesai segala hal dekat UTM sana, aku banyak kesahkan hal tentang CALAMAN tu. Benda ni aku nak buat serius dan kalau boleh sampai Maya karin pun pakai kasut calaman.
Untuk menjalankan modus operandi calaman, aku dikehendaki berada di KL sepanjang masa. Ini kerana banyak hal yang boleh dilakukan di sini sebagai contoh mencari stok, menjalankan bazaar dan makan di NZ. Hal NZ diketengahkan bukan apa, aku tengok besepah awek-awek dekat sana siang dan malam. Ini kalau aku buka gerai kasut dan beg tangan pun orait juga.
Ok, untuk itu aku sering menggunakan kereta shiro. Shiro sebagai bos kedua calaman menyediakan myvi manual untuk aku guna. Dekat sini, perlu diingatkan yang aku memang bangang dengan gear manual. Masa dapat lesen itu hari pun puas aku bertumbuk dengan pihak jpj barulah dapat lesen. Sudahla bangang, ditambah dengan jalan di kl kebanyakkan pun bangang tak kena gaya. Jem memanjang. Lagilah aku terkial-kial bagai orang cacat.
Tiap kali aku jumpa lampu isyarat, mesti berkumat kumit aku doa supaya aku bukan berada di barisan hadapan. Ini kerana dia punya nebes lain macam masa nak tunggi lampu hijau menyala. Buatnya enjin mati, aku dah dapat sebakul carutan. Itu satu lampu isyarat, kalau ada 2, 3 atau 15?
Satu hal lagi, aku ada tabiat yang ajaib. Tiap kali aku sedang fokus dalam melakukan sesuatu, mulut aku akan ternganga. Ini berlaku sejak kecil lagi. Setan.
Melukis, menulis waima sedang menulis entry inipun aku akan ternganga inikan pula memandu. Memandu kereta manual. Tiap kali aku nak tukar gear aku akan ternganga, tiap kali nak kalis stereng aku akan ternganga. Tahukah anda berapa kali kita nak tukar gear kalau memandu dari wangsa maju ke bukit bintang? Lebih kurang 50 kali ikut sesak jalan. Jadi 50 kali juga aku ternganga. Amat nak mencarut lah bila satu masa lidah aku rasa kebas.
Tapi daripada aku bangang gear manual, sekarang dah power. Boleh la kalau setakat nak racing dengan brader teksi. Tu dekat bulatan pahang tu selamba jugalah aku buat konar cecah side mirror.
Hidup memang banyak cabaran.
Ya, sekarang aku dah ada Papago. Dulu aku haram tak tau jalan kl tapi sekarang dengan bertemankan papago, aku sentiasa berada di jalan yang benar. Aku memohon agar berlindung dari segala kesesatan.
Published with Blogger-droid v1.7.4
