Assalamualaikum dan semoga anda bahagia.
Setelah selesai segala hal dekat UTM sana, aku banyak kesahkan hal tentang CALAMAN tu. Benda ni aku nak buat serius dan kalau boleh sampai Maya karin pun pakai kasut calaman.
Untuk menjalankan modus operandi calaman, aku dikehendaki berada di KL sepanjang masa. Ini kerana banyak hal yang boleh dilakukan di sini sebagai contoh mencari stok, menjalankan bazaar dan makan di NZ. Hal NZ diketengahkan bukan apa, aku tengok besepah awek-awek dekat sana siang dan malam. Ini kalau aku buka gerai kasut dan beg tangan pun orait juga.
Ok, untuk itu aku sering menggunakan kereta shiro. Shiro sebagai bos kedua calaman menyediakan myvi manual untuk aku guna. Dekat sini, perlu diingatkan yang aku memang bangang dengan gear manual. Masa dapat lesen itu hari pun puas aku bertumbuk dengan pihak jpj barulah dapat lesen. Sudahla bangang, ditambah dengan jalan di kl kebanyakkan pun bangang tak kena gaya. Jem memanjang. Lagilah aku terkial-kial bagai orang cacat.
Tiap kali aku jumpa lampu isyarat, mesti berkumat kumit aku doa supaya aku bukan berada di barisan hadapan. Ini kerana dia punya nebes lain macam masa nak tunggi lampu hijau menyala. Buatnya enjin mati, aku dah dapat sebakul carutan. Itu satu lampu isyarat, kalau ada 2, 3 atau 15?
Satu hal lagi, aku ada tabiat yang ajaib. Tiap kali aku sedang fokus dalam melakukan sesuatu, mulut aku akan ternganga. Ini berlaku sejak kecil lagi. Setan.
Melukis, menulis waima sedang menulis entry inipun aku akan ternganga inikan pula memandu. Memandu kereta manual. Tiap kali aku nak tukar gear aku akan ternganga, tiap kali nak kalis stereng aku akan ternganga. Tahukah anda berapa kali kita nak tukar gear kalau memandu dari wangsa maju ke bukit bintang? Lebih kurang 50 kali ikut sesak jalan. Jadi 50 kali juga aku ternganga. Amat nak mencarut lah bila satu masa lidah aku rasa kebas.
Tapi daripada aku bangang gear manual, sekarang dah power. Boleh la kalau setakat nak racing dengan brader teksi. Tu dekat bulatan pahang tu selamba jugalah aku buat konar cecah side mirror.
Hidup memang banyak cabaran.
Ya, sekarang aku dah ada Papago. Dulu aku haram tak tau jalan kl tapi sekarang dengan bertemankan papago, aku sentiasa berada di jalan yang benar. Aku memohon agar berlindung dari segala kesesatan.
Published with Blogger-droid v1.7.4
24 comments:
LOL
haha
kereta manual kalau drive dekat kl memang cramp kaki dibuatnya :)good luck HB!
semoga calaman maju sampai Maya Karin pun pakai kasut calaman.. ;)
Papago tu apa?? Hehehe~
muahahahha,melakukan something yang membuatkan kita ralit memang mulut akan ternganga,hahaha..sama la weiii... manual?it's so suck ok!
hahahaha! kelakar!
amboi.... corner cecah side mirror ek??
hahahahah... ok nk tergelak sgt bila baca part ternganga tu. ya hampunnn.
lawak giler la..!!!!!!!!!!!
next time u join rajalawak..
i undi u,,,
dengan PAPAGO...kire cm "tunjuki laaaa jalan yg lurussss....
hahaha...stail pa memandu sambil ternganga...kahkahkah..kalo makan lak camno?kena fokus jugak kan?kekekeke :p
siap bayangkan lagi macam mana hb ternganga time tukar gear..kahkahkah sumpah lawak
baik ternganga dari tersentel lidah :D
_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?609ea9613f49647daaf8d86712b02443
hahahaha...aku seperti hang gak beb...jalan KL kalau bawak manual, memang patah kaki..
SIb bek la kete aku masih Auto..^^'
mmg sentap laa bawak manual kat kl.. u open booth tak kat utm??
PapaGo tu GPS kan? Abah aku pakai PapaGo jugak. Alhamdulillah selamat daripada kesesatan. Tutup mulut tu baca komen!
dulu pernah sesak dekat cheras. jumpa round about sama sampai 3 kali. first time duduk kl, hari pertama bekerja.
papago ? gps ke ? sedap benor nama nyaaa. haha :P
well done ! drive dkt kl using manual car ? perghh. yg kuat iman je boleh tahan dr mencarut. hahahaha
NZ baru ke lama? haha
Ni sepanjang tulis entri ni tak krem ke asyik nganga je?
ni mesti tgh nganga lagi.
masuk kl naik moto je beb..sng cilok sng juga la terlanggar side mirror..hahaha
haha! terbahak-bahak baca n3 ini.
(padahal saye fobia drive sampai sekarang. komeng aaaa...!!!)
fuhhh .
mmg klu bawak keta manual , dy punye nervous lain macam .
klu terstop ,
sah2 dpt hon berkali2 dr keta blakang . pfft!
da la tu , bila jammed , kaki kebas nk tkan klac . pfft lagi ! haha
Post a Comment