Monday, September 26, 2011

Rupa-rupanya rupa itu berpuaka



Assalamualaikum dan salam sejahtera

hari ini aku baharu selesai meniaga di USIM. Disini aku mendapat satu konklusi dimana segalanya bukan sahaja bergantung pada bakat tetapi fizikal jugavmemainkan peranan.

Dekat tv9 ada satu program diberi nama vokal bukan rupa. Mana-mana yang nak menyertai bolehla termenung dahulu atau menangis jika merasakan diri sedikit terbela. Bukan apa, walaupun idol program itu adlah Black mentor, tapi dia lupa. Jika black suara dia power pun, bila duduk bersebelahan dengan faizal tahir, gadis-gadis lebih setuju berdamping dengan faizal dan black hanya mampu menangis.

Bukan apa, pengalaman harini telah membuktikan. Tepat pukul 2, aku mahu solat zohor. Aku haram tak tahu surau/masjid dekat mana. Lalu aku cuba bertanya pada awek-awek yang dalam perjalanan ke kelas mungkin. Belum pun sempat aku nak bertanya, mereka terus memecut lari sampai tertanggal selipar. Jadi aku cuba ingin bertanya pada awek lain. Pun sama cuma kali ini sampai tersungkur punyalah lari.

Bila aku balik ke gerai, ada awek ingin membeli. Setibanya mereka dan terlihat aku, tiba-tiba mereka berpura-pura pengsan dan menyamar menjadi pokok. Ini menghairankan aku. Bila aku lihat cermin, taring aku tak keluar pun, tanduk pun aku dah simpan dan ekor baru sahaja aku potong sementara. Hmm hairan hairan.

Aku berjaya bertanya pada satu budak lelaki arah ke surau itu pun budak itu separuh pucat menjawab. Semasa aku menuju surau, aku melintas cafe. Terdapat sekumpulan gadis sedang menjamu selera. Setiba aku disitu, yang sedang menyuap nasi berlaukkan ikan tiba-tiba tersuap ke telinga! Aku mengucap panjang.

Oleh itu, jika aku dapat untung lebih selesai aku berniaga di USIM, aku berhajat nak modified sikit rupa. Kau rasa mana lagi ok?

ini



Atau



Mana satu?
Published with Blogger-droid v1.7.4

15 comments:

y i e n said...

mane ke picnyer tak klua?

durrah said...

jadi diri sendiri lah pakcikk oiii

Unknown said...

er....maybe vokal juga x begitu menusuk seiring ngan rupa kot...hehe

norshila ibrahim said...

apa dh terjadi??? takkan rupa mu menakutkan para student USIM kot....

cikCT said...

stylo HB!takperlu modified rupa.hnya perlukan sedikit ke'cute'an di situ mungkin tidak akn menyebabkan mereka berlari sehingga tersungkur di situ.chill bebeh! (:

syabab said...

dorg terkesima kot tk muka blogger hentak belipat kt real life...sblum ni tgk kt blog jer..hahaha.. nk mintak autograf segan lak...hihihi...

HEROICzero said...

yang pertama tu menarik . keh3x ~

blog-tips-kurus said...

salam. hi dear,
penat gelak baca blog ni. tu je. hehe! :-)

Unknown said...

tu lah cantik sangat.orang nak mendekati pun segan plus takut.hee

petisuara said...

cane hentakbelipat yg cntik pulak ni? knpius hihi

Myza Sam said...

eleh menakutkan ke terlampau cantik ni :P

_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?609ea9613f49647daaf8d86712b02443

petisuara said...

cne hentakbelipat nak cntik pulak ni?ni entry hentakbelipat yang buat la hahaha..krg ni hentakbelipat tu kan lelaki

Anonymous said...

hahaha..comel..harini saya nk buat lawatan ke gerai itu..adakah saya juga pengsan dan lari spt mereka..~USIM~

sally_salam(student usim) said...

AKAKKK!!!! kat usim tu akak lepak mana je? sy xnmpak2 pon... esok kt jumpa eh kat PKP. last day :( wajib jumpa!

eyjalukman said...

wahhh hiperbola sungguh . haha