Friday, November 4, 2011

Remput

Hari ini aku kena selesaikan hal bank. Kad atm dan cimb clicks kena aktifkan balik. kalau hari ini tak selesai, aku akan berada dalam kesesatan sampai bila-bila. Meniaga secara online tanpa onlibe banking adalah serupa kau main bola pakai kayu hoki.

Kerata semua kena guna. Hanya satu pilihan iaitu motor abang ipar aku. Tanpa banyak cakap, terus sarung helmet........waaahhh gampang betul bau helmet zaman sekarang nih. 

Semasa aku terkial-kial membawa motor, baru aku perasan yang hati aku dah tak kental macam waktu aku lepasan SPM dulu. Masa itu aku kerja sambilan di Mekdi...dengan membawa motor lah. Mana nak paham maksud perlahan masa tu bai. Punyalah bawa laju sampai kadang-kadang aku dah tak tau aku bawa motor ni sampai mana dah, Pernah sekali, manager aku bagi peluang jadi 'rider'. Rider ni maknanya tukang hantar pesanan.  Kahkahkah, besepai segala aiskrim, coca cola dan nugget bercampur baur dalam tong belakang motor tu. Menunjukkan betapa terer nya aku bawa motor.

Itu dulu, sekarang ni, aku rasa bangang gila bawa motor. Terkangkang-kangkang. Masuk gear berapa pun dah tak hafal dah. Apa? tabiat aku yang suka ternganga bila fokus? Itu jangan tanya lah, abes sampai meleleh-leleh air liur masa bawa tadi. Aku rasa paling laju tadi aku bawa tak sampai 70 km/h.

Satu aku tak suka bila bawa motor ni, bila sampai dekat lampu isyarat. Kena pula masa lampu warna merah. Para-para motor selalunya akan berkumpul ramai dekat depan garisan. Bongok juga kalau ada yang nak beratur dalam line kereta kan. Jadi, bila dah duduk di hadapan sekali, aku jadi segan. Segan betul lah. Semua macam tengah pandang aku. Masa itulah buat-buat duduk menegak nak cover lipat tang perut, masa itulah nak bersiul dan masa itulah rasa diri paling hensem. Seganlah senang cerita.

Oh ya, raya korban ni, ada tak mana-mana masjid buat korban zirafah? Kalau zirafah nak kena korban, bahagian leher yang mana nak kena kerat ya? mau lenguh tangan pak aji nak mencari nanti. Ok selamat hari raya aidiladha...dan janganlah menjadi korban jalan raya, tak ada siapa nak timbang daging kau nanti.


Thursday, November 3, 2011

Taboo atau Tudung


Sekitar kota penuh sesak-manusia-kenderaan

Ismail : Hoi Kamarul, kau dari mana ni bukan main bergaya. Rambut disikat rapi, seluar senteng dan tuck-in shirt macam hipster ni.

Kamarul : Ada bazaar tadi, aku saja jalan-jalan cuci mata. Bukan ada duit nak beli.

Ismail : dah tu apa kau dapat?

Kamarul : Perghhh.....macam ini punya A aku cakap awek dekat sana. Toleh kiri upskirt! Toleh kanan mini shirt! Toleh depan legging sendat sampai nampak kaki unta! Syok ooo syok oooo

Ismail : Aku pernah juga lalu satu bazaar ni, rata-rata aku tengok semua alhamdulillah tutup litup. Bagus budak zaman sekarang.

Kamarul : Ahah, yang ini pun satu hal sebenarnya, tadi pun banyak juga aku nampak pakai tudung atau tak tau dia pakai apa sebenarnya. Aku cukup menyampah betul awek-awek tudung sekarang ni, pakai sikit pun tak ikut syarak! Tudung nak berfesyen lebih! Aurat entah kemana! Astaghfirullah!!

Ismail : mengucap Kamarul mengucap!! kembang kempis hidung kau ni, ini bermakna kau sedang marah betul ya?

Kamarul : memang aku marah! Kalau nak pakai tudung buat cara bertudung, jangan nak bergaya sangatlah. Sakit mata aku tengok. Rosak nama Islam ni.Lilit sana, lilit sini. Gaya Yunin lah, Hanah Tarjimin lah, Najwa Ampang lah...semua tu rosak! Astaghfirullah!!

Ismail : mengucap Kamarul mengucap!! Er...habis cara tudung macam mana yang kau rasa betul?

Kamarul : Ahh aku mana tau, aku bukan perempuan. Tapi yang aku tau kalau nak bertudung tu kasi tutup la betul-betul. Dada tu penting kasi tutup. Senang pakai jela tudung bawal tu. Belambak kat Jalan Tar...murah apa. Pakai yang labuh-labuh, alahh...macam cikgu BM sekolah rendah kita dulu tu. Hari-hari pakai tudung kelabu yang sama. Walaupun naik menyampah aku tengok, tapi atleast tutup dada!

Ismail : Bukan ke sekarang dah banyak fesyen yang kearah tutup dada? Macam-macam aku tengok jenis tudung/scarf/selendang yang menutup dada.

Kamarul : Hoi ismail, perempuan mana boleh bergaya lebih-lebih! Haraaaaam! Perempuan harus selekeh ja, barulah lelaki tak bernafsu nak ambil kesempatan.

Ismail : Jadi maksud kau, perempuan kena old fashion/di takuk lama/berhabuk/selebet serta bacin?

Kamarul : Alah..tudung bawal banyak apa yang ada manik-manik. Cantik dah la tu. Ni aku tengok ada yang pakai hood, serupa Nun kau tau...

Ismail : Nun tu ape? Roti nan ke?

Kamarul : Bahalol...Sister dalam paderi tulah. Dah menyerupai Kristian, kan ke sesat tuh. Yang pakai turban pulak dah macam sigh...sesat! Sessssat!!!!

Ismail : ohhh, maknanya, walaupun hood/turban yang dipakai itu menutup dada, sempurna tapi menyerupai nun/sigh, jadi jatuh hukum sesat? Aku keliru lah, perkataan menyerupai dan meniru. Menyerupai itu macam kita adaptasi sesuatu yang kita rasa elok dan kita gunakan kreativiti kita untuk tidak nampak ianya sama seperti yang asal. Meniru pula macam kau tiru jawapan dalam ujian, sebijik tanpa ubah apa-apa. Ok, kalau kita menyerupai sesuatu yang nampak elok dan baik, itu dikira salah ke? Ini satu lagi, setahu aku kitab bible tu asalnya dari Injil dan kita tahu mereka banyak adaptasi cara islam, tapi mengubah ikut sedap mereka. Contoh, tasbih...mereka pun ada tasbih.  jubah paderi pun seakan sama macam jubah pak arab yang pakai tu. Tudung ekspres yang selalu makcik-makcik pakai tu, cuba google tengok sama tak macam paderi? Persoalannya, siapa yang tiru siapa? Jadi kenapa hood yang MENYERUPAI nun tu di kecam segila gilanya. Oh, tahukah kau yang Jew juga sunat? J Ini belum masuk bab khawin, terang-terang kita tiru gaya hindu tapi masih dilakukan dengan gahnya dan jarang dimaki hina seteruk hood tu.

Kamarul : …......apekejadah kau ni, kan kita sedang bincang kan pasal tudung..Muslimah sekarang ni makin popular dengan gaya itu ini, naik menyampah aku tengok.

Ismail : jadi kau menyampah sebab mereka popular atau gaya mereka? Tapi menjaga aib diri itu kan adalah salah satu dari tiang Iman? Cuma jangan keterlaluan.

Kamarul : Gaya lah dengan tudung bawal...bukan tak boleh.

Ismail : Ada kawan aku ni, Syikin..dia dulu free hair dan juga jenis gadis metro la. Tapi semenjak ni, dia mula sedar tentang pemakaian tudung..dan dia sedang berjinak-jinak pakai tudung. Oleh kerana dia dah biasa dari kecil bergaya, jadi dia mencari sesuatu gaya dalam pemakaian tudung. Kau tau apa jadi pada dia? Dia kena kecam gila kuda! Sampaikan terdetik hati dia, serupa dia tak payah pakai tudung..pakai pun salah tak pakai pun salah.

Kamarul : Kahkahkah...padan muka dia! Siapa suruh berfesyen sangat. Yang penting mata hati lah Ismail..kahkahkah, kau nih. Biar rupa tak ada tapi hati tu ada iman yang tebal. Kena pandang dari dalam lah..dalam!

Ismail : Ohh...ringkasnya, lelaki sahaja lah yang boleh bergaya tapi perempuan tak boleh? Macam zaman firaun lah kan, perempuan tak boleh menyerlah. Hmm..maknanya, bagi yang ingin bertudung perlulah menjadi villagers lah ni..baru tak dihina. Ok..aku mula dapat konsep dia. Tapi kau tak rasa ke yang benda ini akan dilihat oleh agama lain sebagai Taboo dalam Islam. Kalau Islam mesti kena jadi Villagers, kalau nak Islam mesti berhabuk atau selebet. Mungkin yang ingin kenal Islam merasa takut dengan konsep itu.


Kamarul : Ahh pi lantak lah tu, aku nak balik lah..nak tulis dalam blog, nak hentam lagi budak-budak tudung nih, Eh dalam twitter pun jangan dilupekan. Hah aku balik dulu

Ismail : Kau tak pergi semayang Jumaat ke?

Kamarul : Minggu depan pun boleh, kan boleh sampai 3 kali tak pegi..

Tuesday, November 1, 2011

Tudung issue

Notice or not sekarang makin ramai sangat yang dah berhijab, yang on off berhijab juga ramai dah steady berhijab, but when there are too many girls with hijab, timbul pula other issues which is of course the hijab issue..

Mulalah orang pakai tudung macam ni tak kena, itu tak kena, sana sini tak kena, dan sedar tak sedar, ramai juga yang baru pakai tudung, buka balik tudung because of this hijab issue.Tapi ramai yang tak sedar kan? Most of the people tend to criticize girls who wear hijab, mostly men but perempuan pun tak kurang juga, susah nak cari orang Islam yang tidak mengkritik dan cuba untuk selesaikan masalah tudung kan? buka saja blog mana-mana pasal hijab, penuh caci maki dan ada kita jumpa cara untuk selesaikan masalah hijab ni? Noooooooo

Yes I know this is a sensitif issue and I am a nobody to comment about this cos we have experts in this area, so apa-apa kena rujuk Ustaz dan orang yang lebih arif. So I'll leave you with this video from Ustaz Zul and Dr Zaharuddin





I seriously dont get it if lelaki kutuk wanita berhijab, yes memang some of the girls pakai hijab tak mengikut syarak, but dont U have a mom?sisters?or soon u gonna have daughters! tegur secara berhemah dan sopan, surely girls will accept it and learn from our mistakes. Tapi kadang-kadang haters ni ok jugak sebab they made us realize of our mistakes kan? teheee :)