Thursday, January 26, 2012

Harom Jadah

Saiful omar : wahai kamarul, tahukah kau yang kedai makan kegemaran kau didapati menggunakan sijil halal yang bukan jakim punya lalu ke'halalan'nya diragui?

Kamarul : What? Ahh! Jin dan iblis! Dah abes semua lah benda nak haram sekarang. Lepas satu satu nak diharamkan. Arghh! Aku protes, aku mahukan keadilan. Tahukah yang aku begitu suka makan disitu?

Saiful omar : jangan marah sahobat, jangan marah.

Kamarul : abis tu? Janji ada tulis halal, maka halal lah. Lagipun bukan dia jual daging babi pun. Kedai tu terang-terang menggunakan daging haiwan halal, sayur yang dipetik segar serta sos yang sedap.

Saiful omar : kau tak rasa ke yang benda ni penting. Lagi penting dari masalah kebebasan bersuara? Atau pun masalah Hassan Ali yang tak habis-habis bising dekat tibi? elok lagilah dia bising pasal halal haram ni.

Kamarul : apekebende pulak? Aku x paham betul. Aku tak nampak apa yang haram pun? Aku yakin dan aku pedulik hapa. Ini semua tak lain spam work. Aku kompem lepas ni mesti ada kaitan pulak dengan iluminati lah israel lah. Ah, bosan.

Saiful omar : bertenang sahobat, nanti aku lempang kau terbaring pula. Dulu kau bukan main marahkan Jakim. Diorang tak buat kerja lah, ada kuasa atasan menekan diorang lah dan lengai. Sekarang diorang dah power dah ganas, kau nak mengamok pulak.

Kamarul : abestu lepas ni nak makan apa ja? Bosan lah macam ni oi.

Saiful omar : kamarul, kamarul. Macam ini, perkara halal haram dekat negara kita ni dah lama terbengkalai dan dipandang ringan. Sebab itu syarikat-syarikat makanan yang tamak dengan senang lenang mempermainkan isu ni. Kita sendiri pun tak tahu yang kita makan tu halal ke tidak. Janji ada tulis halal, bedal. Janji bukan babi, bedal. Jangan sampai aku bedal belakang kau dengan kayu karang.

Patutnya, hal ini yang dahulukan berjuang sampai bertumbuk. Kalau hal ini nak buat demonstrasi pun aku tak marah. Sebab benda ni yang akan membawa kepada generasi yang jiwa dia bersih. Apa yang kau makan akan membentuk kau. Aku nak anak-anak aku besok makan apa pun senang sebab semua dah tahu yang mana halal dan mana haram. Kedai-kedai makan semua ada sijil jakim dan yang tak ada terang terang harom. Kalau jiwa anak-anak bersih, baru boleh hasil bakal pemimpin yang bersih..bila semua dah bersih secara automatik negara pun bersih. Tak payah nak berapi mengamuk tengah jalan kalau benda kecil ini pun tak boleh nak kawal.

Kamarul : alah, aku yakin je.

Saiful omar : sahobat, selalunya kedai makan yang mohon sijil halal swasta sebab proses dia nak lulus senang. Pakai duit pun boleh. Kalau pakai Jakim, memang banyak yang kena check. Sebab tu, kalau kedai tu sendiri tahu yang dia tak akan lulus Jakim, maknanya ada bendalah yang tak kena.

Kamarul : ish, susah susah. Semua pun susah.

Saiful omar : susah sekarang tak apa sahobat, akan datang segala jadi mudah. Kau marah ni pun sebab makanan yang kau suka jadi mangsa. Kalau tak, mesti kau buat tak tahu kan.

Kamaruk : sudah la, baik lagi aku makan mi segera! Hah mi segera pun lepas ni tak halal. Makan angin lah.

Saifuk omar : marilah kau makan buku lali aku lagi bagus.
Published with Blogger-droid v1.7.4

12 comments:

una said...

ya sahobat. haha

Syasya Fitriana. said...

always like this la nowadays.
haihh -_-

Unknown said...

yes its true. sampaikan sekarang nak beli tepung dan roti pun jadi was was. Sebab tak tau di mana kebenarannya. ???

A said...

syubhah semuanya.ciskek betul

Jumir said...

Sekurangnya kita ada Jakim. Maybe ada benda yang perlu diperbaiki lagi.

Hyza said...
This comment has been removed by the author.
rafillet-o-fish said...

apehat last skali nama saiful bertukar saifuk? haram gak ke? hahahaha

cikpia said...

baguih ada sahobat macam ko.....

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

makan angin memang halal, makan buku lali, pastikan sembelih dulu.. tapi wajib buku lali lembu, kambing, unta dsbg binatang yg halal, jgn buku lali org.. hehe

mujagirl92 said...

muja follow lepas baca entry ni, best!! :D

C++ said...

Bhai HentakBelipat...

Sijil Halal Jakim ader ter"frame" pun belum tentu halal...

Sebab Halal lagi Bersih (Halallan Thoyyibban) tue menyeluruh.. daripada pembekal.. proses penyedian.. sumber modal dan sebagainyer...

Masalahnyer sekarang nih.. bab penguatkuasaan dan pemantauan memang lemah...

Malah yang ader sijil halal Jakim pon ramai yang buat main-main dalam proses penyediaan makanan...

Aper-aper pon... mencari yang halal itu wajib bagi setiap orang Islam...

grOundnUt said...

Macam aku, if aku yakin..aku makan aje..in case, tak de yang meragukan diri aku..wallahu'alam..^^