Sunday, July 22, 2012

Berpuasa lah kau

Secara cepat, bulan Ramadhan pun dah sampai. Aku pun dah nak dekat 2 bulan berhijrah di Shah Alam. Makin lama kerja kerja aku makin bermacam macam. Sekejap ke Johor sekejap ke Pulau Pinang. Sekajap aku ke Butik sekejap aku ke tilam. Tugas makin berat dan tanggunng jawab makin hampir.

Sempena bulan puasa ini, aku dan juga Petisuara nak minta maaf salah silap, halal makan minum dan semoga kau semua berpuasa secara tertib dan bersungguh. Jangan puasa macam monyet.

Aku ada beberapa tips dalam bulan puasa ini supaya amalam dan juga ibadah kita di bulan puasa tak kelaut atau seperti menjirus pahala ke daun keladi.

1. Semasa ke pejabat di pagi hari, eloklah kita melatih diri untuk menaiki basikal atau berjalan kaki sahaja. Ini kerana jika kita membawa kereta, nescaya rajin mulut kita untuk mencarut serta membebebl tak tentu pasal. Sifat marah pun tak dapat dikawal dan secara langsung pahala kita pagi-pagi lagi dah jahanam.

2. Bila di pejabat, elakkan berjumpa dengan bos kita. Ini bagi mengelakkan kita menimbulkan rasa menyampah dan mengumpat sesama pejabat. Macam aku, silap haribulan boleh menimbulkan perkelahian antara aku dan bos jadi ini langsung bukan sifat seorang mukmin di bulan puasa. Lagi afdal kita ambil cuti selama mana yang boleh.

3. Semasa di bazar ramadhan, eloklah kita pergi seawal pakcik jual kuih pelita itu baru sahaja pasang payung. Sebab, ketika bazar ramadhan lah makwe makwe lebih senang pakai seketat yang mungkin. Ini bukanlah salah mereka, mungkin mereka sengaja berpakaian begitu atas tanda gembira sebab perut makin kempis setelah berpuasa.



Aku suka lagu ni.

Psst: Jangan mengada ngada nak pergi taraweh kalau zohor kau tidur.

9 comments:

siti said...

aha, lawak pulak bace entry ni

cEro said...

errr, walaupun mcam klakar, tp masuk akal jugak tips ko ni...hehehe
aku akan praktikkannya...

i'm shin... i'm inesen said...

selamat meneruskan ibadah puasa..

bofoyengfeng said...

gua suka point nombot tiga tu...kah kah kah!

Nina Johari said...

tips bulan puasa yang menarik! hahaha.. nanti nak share ye.. :)

let be frens! follow me~
http://websitenina.blogspot.com/

Anonymous said...

lagu yang disukai gak. Bab gadis berpakaian ketat tu mmg btol. Geli mata hitam hamba melihatnye.
p/s aku anonymous berjantina lelaki

Anonymous said...

aah.. bab pompuan baju ketat tu.. haish, mengeluh panjang nk g bazar.. bru pas ngaji, dah hilang separuh..hehe

ENCIK TIKUS said...

kalau bos kau baca entri ni mampus kau kena buang kerja wan.. kakaka

O'gosh said...

confident je tulis pasal bos ye..kang dia baca kang....melayang bonus tu...haha