Setelah berlalu minggu lepas dan kelmarin, maka lengkaplah
dua pasang baju pengantin untuk aku. Aku pun tak paham kenapa kalau nak beli
baju pengantin, susah payah dia macam nak beli singa laut. Marah betul aku.
Habis bertumbok, bergaduh dan berguling baru lah dapat 2 pasang baju.
Apa pasal tak boleh pakai tshirt?
Satu hal aku tak puas hati adalah tentang baju pengantin
jenis tradisional. Jenis tradisional ni adik adik kalau tak tahu, dia macam
baju dalam cerita hang tuah filem P.Ramlee atau nak lebih senang faham, baju
dia macam panglima pakai. Ada tanjak, ada keris, ada sampin, ada entah bagai
bagai lagi yang aku rimas.
Setelah puas mencari di tempat-tempat sewa baju
pengantin, aku mendapati yang aku akan bakal kena penyakit tungau dekat tengkok
kalau pakai baju tersebut. Itu nasib baik dapat tungau, kalau tak nasib baik
mungkin aku akan mendapat saka akibat bekas bekas baju itu yang macam haram
geli. Aku cepat geli.
Pilihan lain adalah beli sahaja set tradisional. Ini yang
aku marah, lepas kawin nanti aku nak buat apa dengan segala tengkolok, keris
dan juga kapak tu? buat rusuhan? buat museum dekat rumah? Jadi bomoh sambilan?
Semoga segala yang dirancang akan terjalan dengan
jayanya...insyaallah.
10 comments:
jual kat kedai lah balik
hehe
Insyaaallah...^^
Bhai HentakBelipat..
Gua tau camana lu nak dapatkan ROI daripada pembelian lu tue... lepas lu solosai urusan Nikah Kahwin tue... lu sewakan jer la baju-baju tue kat mana-mana photographer yang biasa amik gambar wedding....
Contoh macam gua.. walaupun gua wedding photographer... gua still takder set baju untuk client gua melaram... hahaha... diorang kena pakai baju sendiri...
Err.. kalu gua sewa ngan lu bleh??? hahaha
semoga dipermudahkan. amin :)
haha..rumit kan..soalan awk tu sy xde jwpan sbb sy sendiri tertanya2..hehe!
semua tu boleh dijadikan koleksi atau bagi je dekat orang yang under budget untuk kahwin. hhee
http://syiralokman.blogspot.com/2012/09/stylista-contest.html
nak lomo...jom join contest
Keris dan tengkolok tu nanti bawak je jalan-jalan lepas kawin. baru rasa hebat!
Simpan bagi anak nanti nak kawin boleh pakai. tak lama, 20 tahun je lagi. ^^
Simpan bagi anak nanti nak kawin boleh pakai. tak lama, 20 tahun je lagi. ^^
Post a Comment