Tuesday, September 3, 2013

BimBo

Semasa aku berada di umiversiti, baru aku kenal perkataan 'Bimbo'

"Bimbo tu binatang katun yang gajah ada telinga besar tu kan?" aku teka

Kawan kawan aku cakap bimbo adalah rujukan pada awek cun rambut blonde dan berotak kurang. Semenjak dari itu aku masih belum jumpa bimbo yang sebenar.  

Kelmarin semasa aku nak balik ke KL naik Air Asia, aku dilayan oleh 2 pramugari dan 1 pramugara. Selalupun memang macam itu nisbah dia. Yang tak selalu jadi adalah kadang kadang peamugari tu can go dan kadang kadang langsung cannot go.

Kali ini, dua dua boleh pegi.

Salah seorang pramugara memang power cun dia. Bergegar ruang kapal terbang tu akibat kuasa cun melampau yang awek itu miliki. Nasib aku ada kuasa  benteng penahan yang jitu, jadi aku hanya steady sambil klaim makanan yg aku siap2 order di online.

Selesai makan, semua pramugari akan kalam kabut mencari sampah untuk dibuang. 

Dengan kuasa tuhan, ketika awek yang memiliki kuasa cun yang power tadi kalam kabut nak ambil sampah aku dan sampah penumpang di sebelah aku, air minerel dari botol yang ingin dibuang sungguh cantik menyimbah aku.

Kejadian yang menyayat hati ini disusuli dengan tindakan tenang serta ucapan sorry oleh awek cun power itu tanpa sebarang tindakan susulan memberi tisu sebagai contoh. Awek cun tersebut terus lalu meninggalkan aku yang kebasahan. Kalau kebasahan rindu tidak mengapa sangat, ini kebasahan air meneral.

Jadi aku meneka neka adakah awek tersebut adalah bimbo? awek cun yang berotak kurang? Tapi awek tu rambut kaler cokelat dan bukan blonde. Aku hampa kerana masih belum jumpa bimbo yang sebenar.

Tapi aku mungkin telah berjumpa dengan benda baru, aku telah berjumpa dengan 'BimBahalol' awek cun otak kurang rambut cokelat.

Aku tiba di LCCT dengan semangat baru dan rindukan anak aku


12 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

Bimbongok pon ok gak

shasafiez said...

Bimbo jadi Bimbahalol.. sangat LOL lah.hehe

btw arini aku nk jd pemurah, nah sorang satu 20 sen.. =.=
http://shasafiez.blogspot.com/2013/09/pendapat-yang-sedikitpun-tak-di-layan.html

shasafiez said...

datang terjah untuk second round..

http://shasafiez.blogspot.com/2013/09/masih-kerana-hal-yang-semalam.html

y i e n said...

hahaha! mmg sah "bimbahalol"

Unknown said...

tahniah..dah jumpa species baru pulak...bila nak tunjuk gambar anak?

Unknown said...

hahahaha sabo je lah

Nadia said...

Itu Dumbo banggg. Yang bertelinga besar tu. hahaha.

NanyFadhly said...

hahaha...lama tak jenguk blog awak ni dik! baru2 ni akak dah gi calaqisya kat shah alam nuh. Puas hati bile.dapat beli 2 pasang kasut power dan berpasang2 baju, skirt, brooch...haihh..rase nak borong satu kedai. Calasoldier pun baguih sebab dok layan and bagi pendapat everytime tanye..ni match tak? cantik tak macam ni?.. :)

Cik (Puan) Fizza Lovalova said...

Hishh.. just say sorry je. X professional sungguh

Teena Tna said...

Tak pernah pulak dengar Bimbo nie...

Carlos Santiago said...

baru tahu..

ana said...

baru dengar perkataan bimbo..