Showing posts with label Surat Rasmi. Show all posts
Showing posts with label Surat Rasmi. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Anak kepada Ayah


Dear ayah,

Saya tak tahu nak panggil ayah ni apa. Saya panggil ayah ni ayah ajelah sebab selalu saya dengar ayah ber ayah-ayah bila nak berborak dengan saya. Ayah tu mende? Sejenis karipap ke? Ayah ni karipap ke? Abis tu karipap tu ape pulak? Arghhh apehal dalam sangat saya berfikir ni? 

Ehem, kita mula balik.
Hai ayah.

Ini kira surat yang pertama saya cuba buat ni. Entah macam mana saya boleh buat surat entah, itu belakang cerita. Cerita yang nak saya sampaikan disini adalah saya sihat sihat sahaja di dalam ini. Ayah sihat ke idak?

Ayah,

Saya sekarang dah boleh dikatakan cukup serba serbi dah. Hidung, mulut, telinga, mata semua dah nak ready. Badan pun dah makin besar. Sempit boleh tahan dekat dalam ni. Dengar cerita ayah punya tempat luas.

Baru baru ni saya dengar saya ni perempuan. Perempuan tu apa saya pun belum tahu.  Sebab itu hari saya dengar ramai kata saya lelaki. Ada dua jeke benda dekat luar sana? Perempuan dan lelaki? Apa pasal dari lelaki dan sekarang perempuan? Dashat.

Ayah,

Saya selalu dengar Ibu berborak dengan saya. Gaya dia lebih kurang macam ini, “Assalamualaikum baby, hari ini ibu nak makan best punya…baby makan sekali ok. Jangan nakal nakal tau…Love u.” Ok dekat sini saya nak tanya, apa benda yang best nya tu? Saya tak rasa mende pun?  Yang saya tau ada sejenis macam saluran paip dekat perut saya ni bagi saya tenaga, vitamin dan mineral mineral secara berperingkat. Itu ke best?

Ibu juga selalu berpesan pada saya jangan lasak sangat . Ibu berpesan yang dia tu tak larat mana. Putus putus nafas nak jalan jauh. Pinggang pun sakit sakit. Jadi saya syorkan ayah bantu la mana patut ibu tu.

Ha ini saya nak tanya, saya ada dengar juga ayah jerit jerit “Ubah! Ubah!” Apa benda yang ubah?Apa ayah sedang berubah juga ke? Ayah juga mengalami perubahan semacam saya ke dari lelaki dan kini perempuan? Atau ayah juga berubah macam saya dari sebesar buah limau ke buah kiwi la dari buah kundang ke buah mempelam la dan bermacam macam buah lagi. Apa apa pun, ayah berubah la ikut sedap ayah. Saya berdoa dari dalam.

Ayah,

Oh ya, saya juga selalu dengar impian ayah ingin kan saya menjadi ahli gusti professional satu hari kelak. Saya tak sabar nak tahu ahli gusti tu macam mana. Saya cuba bayangkan yang ahli gusti tu mesti berpakaian cantik cantik dan menyerlah. Mesti tugas ahli gusti ni banyak melibatkan membantu ahli tetangga masyarakat dari segi persekolahan ataupun bantuan kaunseling. Saya teruja juga ni. Sebelum saya terlupa, saya ni nanti nak dipanggil apa? Tak akan baby sampai bila bila kot. Tak berdaya saing langsung nama tu. Saya harap ayah dapat fikir semasak masaknya untuk penamaan saya nanti. Biarlah nama itu power ye tak?

Oklah ayah, besok besok saya sambung tulis surat ni. Sini payah sikit nak menulis. Sempit dan tak banyak cahaya. Haritu tak pasal pasal bekalan cahaya terputus secara tiba tiba. Risau juga saya, dan bila bekalan cahaya muncul balik alangkah terkejutnya saya, surat saya ni bertambah dengan kuantiti yang banyak. Kah kah kah. Ok bye.


Psst, pecah kaca pecah gelas, dah baca kasi balas

Yang Best,
Anak