Tuesday, March 2, 2010

The After Death Party


belek-belek semua gambar, i jumpa gambar yang membawa seribu satu kenangan..chewah..ni graduation party i,wan and mukmin..last year..serius best gila ok!kitorang sewa tempat kat UTM je..yang sekarang tempat ni dah jadi cafe de tropikal kat tasik UTM tu..yang menariknya party ni dihadiri oleh kitorang berenam je..memang kira celebration with friends only lah..still meriah sangat!

ada foreigner yang teruja tengok betapa kreatifnya kitorang decorate banner kitorang and presentation makanan yang agak terbaik..ye terpaksa perasan sendiri sebab semua pun prepare sendiri kan..lalu diorang masuk and tanya macam mana nak sewa tempat ni..mula-mula masuk diorang terus cakap astaghfirullahalazim..sebab tengok puts yang tengah make-up serius horror gila muka..hantu pun takut..pastuh diorang beralih kat encik hentak belipat..sekali lagi muka diorang cuak..mungkin dalam hati diorang mesti dah nyesal dah masuk tempat kitorang..confirm tak betul doh budak-budak ni..



macam-macam idea nak buat untuk party ni at last semua macam bertemakan orang2 mati dan ala-ala gothic kecuali i..memang tak faham..so i kira macam membawa watak saloma selepas dia meninggal dunia..sebab yang lain semua macam dah horror kan so i neutralkan semualah..sepanjang kitorang makan and buat segala aktiviti,,pak guard UTM tak habis-habis nak sekodeng kitorang sebab mula-mula dia tengok ada keranda..pastuh ada lilin penuh dekat cafe ni..confirm dia ingat kitorang nak buat pemujaan apa je kan..dia masuk and tanya kitorang..

pak guard:awak semua ni buat apa?
yana:kitorang ada graduation party pakcik
pak guard:kenapa macam ni?saya tengok lain macam je ni (sambil melilau mata dia tengok seluruh cafe tu dengan muka masing-masing horror dengan make-up)
yana:
ni kitorang ikut tema pakcik..tema dia orang mati..takda pape pun..kitorang takda buat benda tak elok pun
pak guard:hmm..ok


tapi pak guard tu still tak puas hati sebab dia tengok ada sparkling juice kitorang dalam timbunan ice yang seolah-olah macam botol wine dahlah letak dalam ice kan..lagi dia curious habislah..dia intai je kitorang dari luar..ches!

bawah ni gambar kitorang bersama dengan keranda yang direka khas oleh encik hentak belipat..style tak?


macam mana la pak guard tu tak pelik pulak tengok kitorang kan..kalau dah gaya encik hentak belipat macam ni

aza jadi witch malam tu..cubaan i nak jadi saloma langsung BATAL!!..

Puts paling horror kot..watak pengantin yang dah mati memang jadik la

dahlah kitorang organise sendiri,sediakan makan sendiri,kemas tempat ni pun sendiri..betapa semangatnya nak buat celebration untuk diri sendiri


2 comments:

Puts said...

wow, klasik!!! memang akan sentiasa dalam kenangan Malam Untuk Kawan. Petisuara, ingat tak yang guard tu siap ingat kita nak buat acara tidak berbaju? ahaha. Kemudian, esoknya kita terjumpa mereka balik kat Balai Cerap untuk upacara pemujaan yang seterusnya? Haha. GBB, cerita ini harus anda turunkan kepada generasi seterusnya, kerana tiada yang lain berjaya buat acara seumpama ini di UTM mahupun luar. Haha. Sayang semua.
(^_^)

petisuara said...

ahah!yup2!kalo nak buat party kt cni lg pon kne tg cafe de tropika 2 ttp plak la kn..kte la penutupnya!