Thursday, March 4, 2010

Halloween Collection

Michael Mayers, nama yang sinonim dalam movie Halloween. Setiap chapter pun mamat ni mesti ada lengkap dengan topeng dan pisau bapak besar. Cuma membezakan cuma topeng nya makin lama makin 'old scool'. Suka aku review movie ni sebab kalau korang rajin layan semua chapter dia korang boleh tengok kesan effect dan kualiti dari halloween 1 sampai halloween II hasil arahan Rob Zombie. Ialah maknanya masa halloween 1 cara bunuh tak kejam sangat, darah pun tak nampak, bunyi pistol pun tak berapa takut kan. Jadi aku cuba kupas secara ringan setiap keluaran Halloween

1978. (John Carpenter)

Tahun 1963 kira bermula kelahiran pembunuh bertopeng ni, Michael Myers. Masa umur dia 6 tahun dah bunuh akak sendiri, Judith Myers. Memang ada masalah mental yang 'superb' Micheal ni. Bila dia terlepas dari pusat sakit jiwa, dia pun mengamuk nak bunuh semua yang ada kena-mengena dengan family dia. Motif apa Micheal ni memang tak tahu. Psycho kan..

1981 (Rick Rosenthal)

Kesinambungan H1, Michael masih bebas mengamuk lepas Dr Loomis(Dr yang rawat Michael) tembak mamat ni 6 kali dalam H1. Micheal masih memburu Laurie Strode(kakak Micheal yang dijaga oleh orang lain). Akhirnya Micheal diletupkan oleh Dr Loomis dalam hospital.

1982 (Tommy Lee Wallace)

H3 ni agak aku tak paham sebab memang lari habis dengan Michael Myers. Tiada kesinambungan dari H2 pun. Mengisahkan syarikat yang mengeluarkan topeng Halloween cuba nak bunuh semua penduduk dekat bandar tu dengan mencipta alat yang pelik dalam topeng-topeng Halloween.
1988 (Dwight H. Little)

10 tahun lepas H2, Michael mengamuk lagi bila dia dengar dia ada sepupu, Jamie lloyd(sebenarnya anak Laurie Stode). Jamie dijaga oleh keluarga angkat dan mengalami mimpi pasal Michael. Macam ada 6th sense la ni.

1989 (Dominique Othenin-Girard)

Setahun selepas H4, Michael masih hidup selepas ditembak bertubi2 oleh pihak polis. Macam biasa dia masih nak bunuh sepupu dia.

1995 (Joe Chapelle)

6 tahun lepas H5, Jamie Lloyd(sepupu Michael) dan Michael hilang. Jamie diculik oleh kumpulan yang sembah Michael ni dan jamie dah mengandung anak Michael. Jamie berjaya melarika diri dan macam biasa, Michael mengamuk lagi dan berjaya membunuh Jamie.

1998 (Steve Miner)

20 tahun selepas H6, Michael dapat tahu yang laurie Strode(H1 dan H2) masih hidup. Michael masih dengan dendam nak bunuh semua keluarga dia. Michael berjaya mencari Laurie dan scene bunuh membunuh pun start balik.

2002 (Rick Rosenthal)

Akhirnya Michael berjaya bunuh Laurie Strode. Sekumpulan pelajar kolej buat satu realiti tv dan buat satu pertandingan siapa boleh survive dalam rumah lama Michael Myers. Scene bunuh-bunuh kali ni lebih ganas brutal.

2007 (Rob Zombie)

2010 (Rob Zombie)

2 movie diatas bukan sambungan kepada H8 tapi satu permulaan baru yang direka semula oleh Rob Zombie. Sejarah asal Michael Myers diubah sedikit dan masih mengekalkan kakak Michael(Laurie Strode) sebagai mangsa. Lain benar dengan series H1-H8. Tapi Halloween hasil Rob Zombie memang buat aku sakit badan bila layan.

Selamba layan semua Halloween koleksi ni. Baru hebat!

2 comments:

.: Si BungaKopi : . said...

minat crita horror ke

hentakbelipat said...

minat jgk...saya penggmar cerita..hahaha