Wednesday, March 3, 2010

The legend

Abdul Rahim Bin Saat@Saad adalah bapak aku semenjak aku dilahirkan lagi. Beliau adalah ketua keluarga 2470, taman rasah jaya yang sangat kuat. Aku tak tipu korang, dia kuat lain macam. Segala benda dia nak buat. Dari aspek pertukangan hingga kepada soal kerohanian. Pernah sekali rumah kami di'repair' bagi lagi besar. Abd Rahim siap buat sketching untuk cina-cina kontrak boleh tebuk dinding rumah kami buat tingkap. Cina tu kata besok jelah dia buat, bapak aku kurang sifat sabar...malam tu dia subtitute cina tu jadi pekerja kontrak part-time dengan selamba tebuk lubang sendiri...siap pasang kan wire untuk lampu2 yang baru pasang. Kagum!

Abd Rahim juga sangat suka perkara yang besar2. Habis segala benda dia nak besar. Speaker besar, Tv besar, pinggan besar, rim tayar besar, hidung besar termasuk aku sendiri yang dipupuk sejak kecil untuk menjadi besar. Minatnya juga sangat mendalam di bidang masak-masak. Bonda aku dah lama retired dari bidang ni kat rumah setelah bapak aku obsess sangat nak memasak. Respect!...Gabungan minat perkara yang besar dan minat memasak sering menghasilkan perkara-perkara yang ajaib!




11 comments:

TeRRoRRiZZ said...

hebat la ayah awak...
minat masak...
kagum!!!!!
tapi anak dier nih mesti tak pandai kan....

jap2...taman rasah jaya tu kat n9 ker????

just call me uncle said...

kiranya tuan umah bertuah dapat ayah sebegini..alhamdulillah bersyukur...sampaikan salam uncle kepadanya ek..

petisuara said...

ayah encik hentak belipat mmg hebat..belum lg rase penangan kari dari legend..memang pegi!puhh..insya allah uncle!rasah jaya mmg kt n9..kat seremban!

wawan said...

LOL!
besaaa punye =P

petisuara said...

haha..besar tu isi die plg bnyk br kenyang abis kalo makan

zamankacak said...

baginda mmg terhebat....aku sayang encik rahim!!!

petisuara said...

name pun legend kan..mesti la terbaik

hentakbelipat said...

saya akan smpaikan ucapan2 anda pada legend...nak karipap besar camtu kene ngorat die dlu lah...hahaha

nizamsani said...

haha.hebat.

petisuara said...

haha..name pun legend mesti hebat!

kak miskiah said...

aboii..akak x sempat nak rasa karipap ayah...nak cepat tak pe next ye!