Friday, March 5, 2010

Siapa Kekah Bidan Sepiah




Siapa Kekah Bidan Sepiah?? Siapa pula harimau jadian yang sebenar??. Misteri ini cukup kuat dan menyeramkan sedangkan kejadian kekah mengkekah masih berterusan. Hampir setiap malam ada sahaja korban baru yang menghantui penduduk kampung Fatimah Kacip Dengan permulaan korban dari ketua kampung mereka sendiri, Pak Rahimin Mukatab ayah kepada Leman Kompang menjadikan situasi seram campur-campur cemas pada penduduk kampung tersebut berterusan.

Setiap watak yang penuh dengan sifat-sifat kemanusiaan menjadikan Kampung Fatimah Kacip lebih angker dari biasa. Manusia dan harimau jadian duduk sebumbung memang jarang-jarang dapat dilihat. Ditambah pula dengan pemburuan harimau jadian menyebabkan orang yang tidak nampak langsung ciri-ciri harimaunya menjadi korban.

Buku ni memang buat aku kurang waktu tidur dan kurang makan. Makin aku baca buku ni makin aku diserang rasa kurang enak pada waktu malam. Seram tak tahu nak cakap macam mana. Penuh darah dan dengki. Kadang-kadang aku cuba jugak beraksi ala-ala harimau kot-kot aku boleh dapat rasa perasaan harimau jadian yang sebenar.

Bidan Sepiah, Jali Lempoyang, Dukun Najri, Pak Akop Baju Kot, Leha Kebaya Jarang, Encik Renjer, Wak Karmon, Abdul Kadeer Kuti dan Leman Kompang. Tahniah buat penduduk-penduduk kampung Fatimah Kacip!

2 comments:

OP Zaharin said...

jangan bawak KEKAH tidur sekali. dikuatiri harimau dalam buku keluar. hehe

hentakbelipat said...

hahaha..mungkin boleh tdo sbelah harimau