Monday, April 12, 2010

How To Rip Your Own Jeans

Sebelum Jumaat lagi aku dah dengar permintaan Petisuara suruh aku bawak dia dan rakan-rakan ke Junk Sale. Aku setuju laju. Aku pun suka pergi situ. Nak harap baju lelaki saiz gagah macam aku memang Haram J. Semua size dia buat ala-ala budak kena malaria tinggal tulang. Jadah apa. Tapi aku suka juga pergi sebab selain melayan Petisuara, aku boleh 'usha' gadis-gadis suka pakai baju 'vintage' dan ber'feshion' ikut suka bapak dia. Sempat juga Petisuara beri sebarang 2-3 tumbukan kemas di perut aku gara-gara jelingan tajam aku buat dekat amoi-amoi sekitar kawasan kejadian. Senak tapi senyum. Puas aku ronda, sana-sini aku jumpa budak pakai seluar koyak rabak. Aku ingat sekarang mat-mat sumatera dah tak perlu risau dan segan datang bandar. Budak-budak dah terikut-ikut dah gaya diorang. Memang kurang pendirian. Aku mesra tanya amoi kedai baju..

aku: "ini seluar kau beli memang koyak ke? ke kau terlibat dalam kemalangan??
amoi vintage: "sekarang inn maa, lagi koyak lagi style...u boleh koyak berdiri.."
aku: "sendiri ke berdiri??"
amoi: "ohh sendiri..sendiri maa"

nasib 'eyeliner' kau tebal...Bila aku balik aku rasa amoi tu dah bagi jampi dekat aku. Rasa macam nak buat sesuatu yang rabak. Laju aku capai jeans bundle bawah besar, pergi lab aku. Download lebih kurang langkah-langkah merabakkan jeans secara persendirian.

Rabak tu: senjata-senjata ni kau kena ada dulu..yang bulat tu aku rembat Cik Mokhtar punya 'grinding blade'. Kau boleh tuka citarasa kalau nak pakai batu asah atau gergaji..lebih durjana

Rabak wa: Kau kena pakar dalam buat garisan lurus. Kalau kau tangan jenis belok baik suruh orang lain buat. Silap-silap lain pula yang rabak.

Rabak ga: Pisau belit tadi kau boleh libas-libas perlahan dekat tepi-tepi poket atau pinggang bagi nampak macam lepas kena gigit tikus..

Rabak pat: Yang ni memang kesukaan aku. Ikut citarasa anda, mana-mana 'part' yang kau rasa patut tonjolkan pada khalayak umum kau jangan segan silu pergi gores sampai melecet seluar tu. Tapi ingat!! jangan kau pakai gunting, nanti tak nampak jahat seluar kau..nampak bangang


Rabak ma: Kau koyak la pakai tangan sendiri bila dah terbit lubang lepas kau gores tadi. Agak-agak sikit bila koyak..silap nanti putus dua pula seluar kau.

Rabak nam: Kertas pasir itu tadi jangan lupa digesek-gesek sesuka hati bagi nampak lagi melecet di celahan-celahan rabak tadi.

Rabak juh: Hasil rabak aku. Memang rabak hati bonda kalau tahu anak dia berperangai sebegini. Sekarang aku dah boleh 'join' menebas lalang atau menoreh getah sekitar Taman U. Menyesal pula rasa hati. Nasib seluar bundle. Hilang akal kalau kau guna seluar baru..rabak juga 'wallet'

Aku rasa teknik-teknik diatas agak melemahkan minda dan melecehkan hidup. Aku ingat lagi sekali aku nak buat projek rabak aku nak bagi saja mana-mana anjing garang bergurau dengan jeans aku, hasil dia lebih kurang juga. Atau aku biar tengah jalan sebarang 2-3 hari, kalau tak berkecai seluar aku kira menjadi lah. Aku nak 'further' lagi projek ni bagi lagi jahat seluar jeans aku. Nak tambah koyak sana-sini lagi. Baru ada 'sense of fashion'...






Bergaya habis...










32 comments:

NAB's Gallery said...

hahaha...yang last tu mmg style...fo sure p mana2 glamor! =))

sherah said...

wahh ini cool lah weh!

Unknown said...

iskiskiskkk
byk la style korang
hadoii
sedeh aku tgk
hohohoho~

admin said...

Weh, tak pernah koyakkan jeans nih.. selalunya jeans koyak sendiri.. lepas koyak terus masuk tong sampah.. heheh

z said...

muahahahah!!!jalan la dlm utm pakai suar cmtu..siinggah hep tu ker..tegugat jugak la org opis pon nak sua lobang2 cmtu..hahah

RerameUngu said...

hahahahah...tak bleh blah punya rabak yang paling last...mmg giler gaya tol..wahahahahahahahahahahahaa

Nur Suaidah Bachok said...

muahahahahah!! mg xde keje sebab g rabakkan jeans tu. erkkk! xke makin huduh bila koyak2 ni. tak smart lgsg! :D

B L O G D E T said...

styloooo abezzz!
pe kes sampai koyak kat celah kangkang tu?
tetttttt!haha ;D

Kniedaz said...

ahaha...rabak sungguh...

Saiyidah Aisyah said...

haha. sungguh kretip yaa kamu! :p

sarah shafie said...

ahaha..rabak gile2 punyer..tpi not bad la..mcm bukan buat sndiri..hehe..

zamankacak said...

lu mmg sengal la lahanat..tang koyak tgh2 tuh style....boxer jgn pkai ok??haha

Kech Hidayah said...

hahahahha...aku suka yang last tu..macam nak try je..wakakaka

Chaon Cornerz said...

wah.. buat sediri.. rajin betol buat misi2 plek nie.. hakhak.. yang last skali tue paling stylo.. hahhha..

baby_busyuk said...

yang last skali tuh baper hengget?..

hentakbelipat said...

jangan korang try bende ni..nescaye hilang arah tujuan hidup

ddy the writer! said...

yg last tu mmg dahsyat. mesti sume org takut pnye. wakakaka

uncle said...

suar jeans koyak dilutut..terkenang nostalgia lama uncle zaman rozk kapak dulu..mmg stylo giler..balik dari sekolah mmg selalu pakai kuar jenjalan..pada satu hari..balik je dari sekolah nak capai suar tu..tetiba tgk terus jadi suar pendek hahahahha

penaberkala said...

haha, koyak rabak dah jadinya

terokai seni said...

pakai spenda ker tak nih?

oh farah said...

How To Tear la der..

saya_arief said...

xsanggup aku nk koyakkan suar nih..hoho

yanie said...

ahahahha.. mmg super duper nice yg last tuu

Anonymous said...

suke hat je.,,,
aurat beb..
hehhheheeee

Ken Wooi said...

ripped jeans is cool! but not the last one.. =P

cha said...

tak boleh pakai dpn bakal mertua ni haha

Unknown said...

rabak itu seni bley hehe

Anonymous said...

gile kentang rabak sua lu bro..=P ahahaha...ade style la!!!=P

A.I said...

BAEK! blk ni aku nk try rabakkan suar keje laki aku.

Jane Nab said...

i hate you. so funny la bro.. ;'(

Amirah Rashid said...

whoaa. ade jgk tips utk ni eh. stylo2 ;D

Anonymous said...

markeing ans seo at the also primaeval seo specialists from network house. [url=http://www.web-house.co.il]קידום אתרים[/url]