Saturday, April 3, 2010

Rock Festival

Perasaan berbara aku masih sipi-sipi untuk ke concert sulong Lamb Of God dekat Singapore. Dapat juga aku ke oversea. Ingat aku nak mula shopping baju-baju tebal dekat kedai bundle. Mane la tahu mase tu musim sejuk beku. Tapi kalau kambing-kambing tu datang Malaysia memang aku buat perarakan sempena diorang. Caliban dah nak datang. Bukan senang beb.

Dekat sini aku ada bagi senarai Rock Festival yang besar-besar. Diorang ni kalau buat memang tak bagi peluang. Habis busuk pun dalam 3 hari berlangsung. Band-band yang main pun boleh buat hilang akhlak.


DOWNLOAD FESTIVAL: 11-13 JUNE, 2010 - Donigton Park, UK





Kira festival ni paling masyur la dekat UK sana. Memang kau kena buat persediaan dulu kalau nak pergi tengok. Pergi gym lebih kurang, jogging agak-agak 5-6 round biar stamina kau cantik. Sebab band-band yang main boleh buat kau hilang tengkok, putus urat mata dan lebam-lebam. Aku ada simpan cita-cita nak sampai sana. Cukup duit memang aku terus 'shoot' pergi tengok. Lebih 80,000 orang berkumpul untuk 3 hari disini. Macam-macam jenis metal kau boleh jumpa. Viking Metal, Industri Metal serta Metal 60'an. Akhlak pun kena jaga dekat sini. Diorang sanggup berkampung bawak khemah lepak sini. Kau tahu-tahu jelah kalau dah mat saleh ni buat party besar-besar. Gaya bebas pun besar-besar. 'Moshing', 'Stage Dive', 'circle pit' yang besar habis dan 'wall of death' boleh jumpa dekat sini. Kagum!

Info lebih jemput CLICK!!


READING FESTIVAL: 27-29 AUGUST,2010 - Richfield Avenue




Sifat dia lebih kurang macam Download lah. Tetap dengan 'crowd' yang menggila. Tetap dengan band-band list yang hebat. Tak tau aku nak carut apa. Kira kalau kau ada duit lebih kau pergi la Umrah atau Haji dulu. Lepas tu kau berkira-kira la pula nak datang sini. Festival ni sebenar kira 'Legacy' bagi Woodstock Festival 1969 yang kira satu sejarah bagi dunia musik. Dekat Woodstock lagi gila! dekat 500,000 orang datang penuh membawa dadah, sex rambang serta berbogel tanpa kesah. Siapa tak nak datang kalau dah free kan. Ganas!

Tamak info, jemput CLICK!!


Kalau dekat Malaysia yang kira boleh kata ok adalah Rock The World la. Tapi tak sampai 3 hari 2 malam. RTW9 aku pergi memang basah! hujan lebat dan peluh lencun. Aku sanggup terjah dari JB pukul 11.00 malam dengan member blok aku, siap tidur dekat RnR seremban pukul 4 pagi. Semangat muda betul. Konon-konon nak buat macam orang puteh la sanggup buat apa saja nak pergi concert. Hati muda....






5 comments:

amir zakwan said...

nice post :)
thumb up

Nur Suaidah Bachok said...

erkkkk! mcm ganas gila je yg atas festival 2-2 tu kn.. scary kot..tp yg ke3 tu die punye banner je cm cm cmmmmmmm .... haha ;D

selamat berhibur!

hentakbelipat said...

amir zakwan..lame x dgr cite kau!

memang ganas..org puteh suke buat aksi2 ganas2..

cha said...

hehe pg sgpore penat tau.byk jalan kaki.my fiance ms 1st caliban dtg dorg perform satu stage.

yg 2nd ni my fiance satu stage dgn ruiner kt sabah.yg kt kl dh tak main dgn caliban sbb dh perform kt sabah.check it out ok :)

ddy the writer! said...

best nye.........