Monday, May 10, 2010

Bonda @ Mama


Aku tulis dulu entry ni yeahh!!!

Semalam adalah hari untuk bonda sedunia. Jadi kalau hari ini aku buat entry pasal bonda adakah aku dikira 'soo yesterday' atau derhaka? Bonda pun rasa aku kurang prihatin tentang sambutan yang dijalankan ini kecuali terpandang dekat iklan iklan TV. Sebab utama dia memang tahu anak anak dia sentiasa prihatin pasal diri dia, tak payah nak ada hari yang tertentu baru terkejar kejar nak beli itu beli ini bagi bunga bagai. Lagi bising sana sini kata ada orang cakap hari Bonda haram kalau sambut.....ikut pendapat lah...aku rasa kalau tak ada hari Bonda ni lagi orang tak tahu apa itu Bonda.

Bonda aku juga ada 'special' macam bonda korang. Cuma Bonda aku ada nama Bedah Bt Sharif. Tak betul kalau ada yang sama kan. Aku kalau berkisar pasal Bonda memang 'sensitif'..silap jalan boleh buat mata bengkak..itu normal bagi aku....anak bongsu lah!

Bedah Bt Sharif cukup sinonim dengan style dia yang begitu steady..Apa saja yang jadi sekeliling dia memang steady. Bunyi Hp dia kadang kadang dah 6-7 kali berbunyi masih steady senyum dekat dapur..bila aku tanya mana Hp mak??..dia jawab "ntah...mak pun tak tau mana letak..ada la celah2 bangku kot"...steady..Aku suka cara Bonda kendalikan aku dan akak akak aku. Memang manja aku lebih pada Bonda..Bongsu kan!!Dia juga sangat King dekat dapur...kerana segala aktiviti memasak diserah langsug pada Ayah..Bonda hanya duduk senyum potong bawang, serai, cili dan siang ikan..dah dipersetujui sejak dulu kot..Paling aku suka bila dia mula nak bagi ucapan leteran pada aku..sambil dia basuh pinggan dia akan mula berucap...aku sempat masuk bilik, layan FB..siku sikit anak buah aku, layan MTV, datang balik dapur...masih ada lagi ucapan dia..jahat juga aku..

Dulu Bonda kata dia ratu kebaya...aku tengok gambar lama memang kebaya habis, Petisuara pun tak muat kalau pakai baju dia. Sepanjang aku hidup dengan Bonda jarang langsung dia nak pulas telinga, cubit pinggang dan bagi lutut dekat perut..sebab aku bongsu lah!! Jadi aku cukup 'Geng' dengan Bonda..Mana mana pun pergi aku suka lagi 'Geng' dengan Bonda dari ayah. Ayah tak kecil hati aku rasa sebab dia tahu aku bongsu!.Sekarang aku bagai tongkat Bonda...Bonda sudah 'gold medal' jadi kurang lancar dia punya sendi. Aku bangga berjalan sambil diapit Bonda sebab aku tahu tak ramai yang nak macam ini. Biar orang kata muka aku macam penjahat tapi manja bukan main jalan berkepit dengan mak eeuww eeuww...Habes tak kan aku nak berkepit dengan mak orang??...itu lain cerita.

Saya Hazwan Faiz Bin Abd Rahim sayang pada Bonda..........



Servis bertukar tangan..........

Ok!!! sekarang giliran Petisuara..saya pun ada mama..mama saya nama dia Fauzila Bt Noh..Mama saya cukup terkenal dengan sifat meraban dan loyar buruk dia..cukup buruk sampai kadang-kadang orang tak tahu nak gelak ke nak bagi reaksi macam mana ni..cukup suka nak mengacau orang..memang ratu penyakat lah mama ni



mama memang terkenal dengan ratu borak..kalau ayah suruh mama call opah kat kampung,,mama mesti taknak sebab mama cakap "nanti saya call lama,mesti tak boleh stop borak"..so ayah pun call lah..tapi bila ayah borak ngan opah,,mama dari belakang mesti akan sampuk,,last-last ayah cakap"awak cakap jela dengan mak"..akhirnya mesti telefon akan bertukar tangan jugak..mesti lama jugak..tambah lagi kalau kitorang balik kampung mesti lama..kalau seminggu cuti sekolah,seminggu lah kitorang akan lepak kat Perak..

Jadi peluang macam ni mama memang takkan lepas..habis dia borak dengan semua orang..habis dikacaunya semua orang..sanggup tak tidur malam kalau dapat borak dengan opah..akibatnya, bila balik KL mama akan qada tidur dia..bila tima masak sampai tersengguk-sengguk dia masak..sampai pening-peninglah..tapi kitorang tak kisah..asalkan dia dapat lepas gian borak dia..sian mama..

mama juga sangat terkenal dengan ratu handbag..ya rabbi tak taulah collection dia banyak mana..asal keluar,mesti beli bag..sampai satu tahap ayah buang semua bag mama yang mama tak pakai..ayah cakap handbag kalau tak pakai nanti makan diri..dia rosak sendiri,,so buang je..lalu mama taknak mengalah,terus beli seguni lagi handbag..mama selalu bagi alasan ni bila nak beli handbag "saya bukan apa,,nanti anak-anak jugak senang..dah kerja nanti guna je handbag saya tak payah nak beli lagi"..memang betul pun..lagi-lagi I yang 'sulung' ni..apa yang I pakai sekarang kebanyakan semua amik dari mama..memang sangat menyenangkan kami..sungguh..terima kasih mama



mama I juga sangat terkenal dengan sifat gelinya..jangan korang berani-berani nak bukak discovery channel bila datang rumah,,buatnya time tu keluar cerita pasal katak puru,berudu banyak-banyak ke..memang automatic mama macam ada naik hantu kat badan dia..kita yang tengok dia pun seram..macam ada biji-biji pulak tumbuh kat badan dia..memang kegelian dia tu terserlah kat muka..sampai nak makan pun dia tak lalu dah..cukup penggeli


Saya Farah Ilyana bt. Khairuddin ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mama saya Fauzila Bt Noh dan juga semua ibu-ibu blogger..HOORAY!!





21 comments:

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

selamat hari bonda.....

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

owhhh touching and so sweet lah n3 ni...agak2 bila petisuara nak jadi ibu yer?

wadud@duad said...

hehe sumer orang wat pasal ibu..tapi sya xwat2 gak..huhu.. adakah xmemperingati hari ibu dianggap derhaka?waaa...

.::WaNiE::. said...

selamat hari ibu juge untuk ibu kamu berdua

petisuara said...

errr..lambat lagi kot kak..hihi..xlayak lagi jd ibu..nnti abis anak2 terabai..hihi

Amiratullyana said...

KEJAP! kenapa macam kenal orang dalam gambar yang last sekali tu. yang sebelah kanan sekali.. ni graduate kat mana ye?

Hizami Rahim said...

selamat hari ibu jugak!
hehe.
;)
sweet la both of u~

Hizami Rahim said...

selamat hari ibu jugak!
hehe.
;)
sweet la both of u~

petisuara said...

hu?yg kanan 2 petisuara la..grad kt knvo

Amiratullyana said...

utm skudai ke? sains komputer ke?

petisuara said...

aah..tp ktrg kimia..slh org la 2..hihi

Mr.Z said...

slamat hari ibu..
best tgk gambar kt entri ni, ada pengertian disebaliknya.. :)

makdara terdiva said...

so comel mama2 kamu berdua..hepi mama's day for both of them..

sweeTSour said...

Sweetnya korg berdua...jd anak yg baek ye..hehe

Enchaoz said...

selamat hari ibu jgk hahahaha gelak sensorang bace post nih hehehe servis bertukar :P

Amirah Rashid said...

awww. sweetnya post ni ;D happy mom's day to both of ur moms (:

Aidi-Safuan said...

huhu..selamat hari ibu kepada semua ibu di dunia nih! :)

syafawani said...

samat ari ibu~~alamak..windunya nak balik umah lagi oo~~

Mizz Yana said...

uwaaaa:(( i belum jadi mama la:(( [padahal teady bear mama da 3 kan] muahaha... ehehehe... nway hepi mothers day.. huhuhu.. :D

Fia Abas said...

anak bongsu bonda rupenya ehehehe =)

petisuara said...

hentak belipat yg bongsu..petisuara sulung..heheh