Thursday, May 6, 2010

Muscle Madness


Lelaki kalau cakap tak mahu badan yang 'canteeek' memang bida'ah habis la. Mungkin juga lelaki itu belum capai tahap kematangan atau masih pramatang. Kadang kadang badan tak cantek mana pun, dada tak kembang mana tapi jalan nak mendongak juga. Belum kira yang tak reti bahasa, badan ada kurang sikit macam bentuk burger ada hati nak tayang tayang horray sambil main air gaya 'beachboy'..Haram J!

Aku pun tergolong sama dalam situasi diatas. Kecil hati aku tengok badan-badan artis yang suka tayang dalam wayang gambar..sebab dah comperm badan dia cantik..kira kalau buka baju secara tiba-tiba ada jugalah suara kecil menjerit wohhhhh! Atau suara memang dah besar ngada-ngada nak buat nyaring menjerit wohhh! jugak..Kan boleh tinggi hidung tu. Bukan aku tak ada usaha ke arah itu. Macam macam 'skill' aku dah apply. Kau cakap saja apa yang belum..Aku pun baru mendaftar ahli tetap dekat pusat bina badan area-area Taman U. Memang gerun....Signboard pusat gym itu saja dia dah tunjuk badan tokey dia cukup berbijik bijik...belum penghuni penghuni dalam tu lagi...diorang memang jenis kalau ada masa lapang terus angkat 20-30 kg punya besi. Setakat 10 kg diorang selamba main timbang timbang masa isap rokok..Dahsyat!! Aku angkat 10kg pun nak terputus urat tengkok...habis perit muka...tak kacak langsung masa tu. Selamba brader badan kacang-kacang sapa aku.."apahal muke kau ni sakit sangat nih...kau demam ke ape" terus Moral down....

Pendapat gadis macam-macam aku dah dengar. Ada yang memang lemah lutut kalau jumpa lelaki berbadan kacang, ada pula geli..tapi aku pun turut geli juga kalau dah badan elok elok cukup sifat habis lari 'alingment' otot dia....bukan nampak style....nampak bangang..




dah macam lego aku tengok otot kau..

Orang cakap kalau tapak tangan kau dah berkematu bila asyek angkat besi dah boleh nampak hasil dia....tapak tangan aku ni sikit lagi dah boleh ganti berus jamban tak 'smart' pun badan aku woi!!...tapi nampak la juga dia punya kemajuan...tapi aku cukup sakit hati bila 'part' perut...perghhh..yang ini pegi!!..sikit punya susah tambah leceh...kalau setakat dada atau lengan memang sekejap boleh nampak otot..tang perut celah mana aku nak bagi dia berotot?? Hilang akal juga aku nak timbang besi pakai perut hari-hari..bolos nanti..

Nasib aku ada Petisuara yang cukup memahami..dia kata "tak apa lah kalau ada sikit 'bum-bum' dekat tepi tepian perut...baru comel"......




Dapat 'wing' macam ni memang aku boleh pergi jauh...






17 comments:

|| NaFiRaa || said...

Astaga!!! org ke alien tuh!! geli eh!!!muahahahahaha

Unknown said...

hua...tak suka lelaki yg ketol2 cam ni...nampak ganazzzz..tapi tak suka gak yg kurus kering, nampak tak sihat...yg sedang2 ok ler..

petisuara said...

hihi..saye suke kalau lelaki bdn cm yang gambar 1st tu..cm2 ok la..kalo kering mmg reject abis..kalo buncit skt bole trime skit la..ahahah

Unknown said...

bro...bkn senang nak dapat badan mcm ni...gua dah 3 bulan lebih join gym tapi masih lag belum dapat kempiskan perut tp alhamdulilah ada tone kt lengan n shoulder.....

tukang kata said...

saya suka jejaka yg sederhana..jgn tough sgt cam gmbar bwh tuh..takot tgk..HAHA

Unknown said...

ces cik petisuara keding tu simpan sikit terasa diri saya yang tough ni...hak3...saya menidamkan tubuh badan yang best...

Najwa said...

ERK, geli tgk yg gmbo no 2 tu...

uncle said...

biarlah ada "bum-bum" sikit nampak comel dan geram utk dicubit hahahah

.::WaNiE::. said...

eii geli la tengok pic no2 tu huhuuu

hentakbelipat said...

geli kn...mmg style..cam lembu

Anonymous said...

erk...berketol2 sungguh badannya...
huhuhu...

badan yang mcm pic 1 tu oke la...

Adziim said...

haha~ part perut mana bleh nak timbang besi. perut mana ada tangan.
Kena sit up jwbnya.
Try p tngok blog batman @ aie...ada je dia bgi tips kuruskan perut boroi.

said...

abang badan ketul2....seram ai....hehhehhehe

petisuara said...

hHHa..tips utk kuruskn perut bori ni kalau nak cube mmg kne lame br boleh brhasil..tp si hentak ni da bpe lme pon xbrhasil..mcm2 tips da gune..hihi

Yuni Aisyah said...

giler rrr..camne la dia leh dpt bdn cantu.??kalo setakat nak nmpk bdn ketak2 tu ok la cam mr.sazali. nie badan dah cam..ishh..xtau la nak kate..hahaaha

Lucy S. said...

x minat la badan kotak2 cmni. takot pun ade. skali kena lempang, melayang je.

ika yunos said...

oh geli! kalau muscle sikit2 takpelah jugak, ni dah berketul2 mcm ketumbuhan pulak aku tengok. haha