Tuesday, May 4, 2010

Restoran Remaja Classic

ok petang ni mari saya bawa anda semua ke satu tempat makan di JB yang agak rilex..restoran ni namanya Restoran Remaja Classic..terletak di seberang jalan Pejabat Hasil yang dekat Angsana tu..

Bila sampai restoran ni kitorang macam WOW!!best best..belum masuk dalam lagi sebab dari luar macam welcoming sangatlah restoran ni..

Dari luar memang nampak macam rumah banglo..masa kitorang pergi restoran ni macam nak pegi beraya rumah orang..sebab serius korang try la pegi macam rasa masuk rumah orang bukan restoran orang..

Kebanyakan pengunjung restoran ni adalah di kalangan orang-orang yang sudah berkeluarga..kira bukan tempat remaja-remaja nak melepak lah..sebab tu nama restoran ni remaja klasik kot..sesuai untuk orang-orang veteran..memang port baik untuk family datang sini lepak-lepak dengan anak..sesuai sangatlah..dan yang bestnya kat restoran ni ada surau..so nak datang time maghrib pun tak menjadi masalah

kat restoran ni ada dua gazebo macam ni..if taknak duduk dalam beraircond,nak rasa angin sepoi sepoi bahasa kat luar bolehlah lepak sini..tapi ada 2 je gazebo..

Ni pulak view dari dalam kedai..dalam ni beraircond la

Klasik kan player dia..berfungsi lagi bukan sekadar perhiasan je tau

Makanan pulak,korang boleh pilih samada nak makan local or western food..malam tu alhamdulillah semua makanan yang kitorang makan semua terbaik..air pun semua best..tak mengecewakan langsung lah..memang boleh nak pegi untuk second time..jom tengok antara makanan yang menarik kat sini

Chicken Chop

Fish and Chips

Mushroom soup with French Toast

Nasi Goreng Remaja

Chocolate blended dia memang pegi dowh!!best-best

Harga makanan pulak sangat reasonable untuk tempat macam ni..kalau tempat dah cantik dan selesa kita tak boleh nak demand harga macam dekat warung kan..biasalah kalau kat JB nasi goreng rm5.50,air rm2.90 ke atas..western food pulak standard price jugak lah..rm10.90 ke atas macam tu..





14 comments:

zyqa zaqy said...

menarik betol..air tuhh..mak aih...hahaha....pegi jb boleh la terjah ni^^

Damia Aleesya & Damia Ayunie said...

akak dah pernah makan kat sini....mana benafe village nyer???

Didi Nadhirah said...

cantek g jaybee nk crk...br bukak ke ni

Alynn Notnot said...

smart la gazebo tu! :D

devilicious said...

tabik la. korg bole jd hose jln2 crk mkn :) kgum!

yanmie said...

tmpt nmpk menarik, sure mknannya pun sedap2 kan??

izzlin said...

sedapnye.. dah la tak mkn lg ni dari pagi tadi T.T

tp JB sgt jauhla.~~~

petisuara said...

sai:hihi..kalau ktrg dpt jd host mmg gemuk abis nnti..habis semua ktrg nk try rase

petisuara said...

yup..mmg sedap pun maknan die..salu restoran melayu buat western food xberape nk sdp..kt cni boleh thn la..menarik sgt

putra86FC said...

remaja classic emang best

putra86FC said...

woooooooooowwwwwwwwww keren

putra86FC said...

oh ya I boleh titip slam ama ngah & bg taufik yg handsome tak ? by adi sireh cafe

Anonymous said...

Wгіte more, thats all ӏ have to
ѕay. Literаllу, it seems as though
you relіed on thе νidеo to make your рoint.
Υou obviously knoω what уouгe talking аbout,
whу throω awаy your intelligence оn juѕt posting videos to your wеblog
when you could be giνing us something enlightening to read?


Fеel free tο visit my web-sіte: Cognitive Function
Also visit my web site : what is in a nootropic

Selera Malaysia said...

tempat ni menamg best dan murah..