Monday, June 7, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 4 - Rahsia Loki

Loki terbaring dekat bilik sakit asrama lelaki lagi. Kipas syiling yang bunyi krekk krekk buat Loki rimas. Malas rasanya dia nak buka mata. Bukan senang waktu ini nak baring-baring santai. Krekk krekk kipas menyebabkan Loki terpaksa buka mata. Meliar matanya melihat sekeliling. Meremang sikit bulu roma Loki. Tiba-tiba dia teringat imbasan yang susah nak masuk akal tadi.

Sipil tiba-tiba muncul depan pintu bilik sakit. Terkejut Loki dibuatnya. Dicubanya bangun tapi kepala terasa berat. Loki menggapai-gapai tangan beri isyarat ingin pertolongan Sipil. Sipil macam tak hirau. Dicapainya laju tin biskut sebelah katil Loki. Sekali genggaman, 5-6 keping biskut dikepal kemas.


"Cimbeng....bukan nak tolong aku, makan biskut lebih kau utamakan" Marah Loki.

"Ini rare tahu...biskut mentega tengah-tengah ada cokelat susah nak dapat" Balas Sipil sambil satu-satu biskut ditelannya tanpa kunyah. Dasar haloba.


"Kau ada nampak kelibat bigong?? bawak aku jumpa dia, aku nak bincang kencang dengan dia." Aju Loki seraya bangun dengan membuat satu lipatan gunting iras gaya Jet Li.

Berlalu mereka berdua dari bilik sakit lelaki. Budak-budak baru sahaja selesai makan di dewan makan. Ada yang sibuk membasuh baju, ada yang mengutip sampah, ada yang menonton drama bersiri telenovela Belinda di bilik tonton. Mereka mencari-cari Bigong sekitar asrama lelaki. Bukan susah sangat nak cari Bigong...selalu kawasan ada bau-bau makanan pasti ada kelibat dia.


"Waktu begini budak-budak dah balik dari lunch, barangkali dia sedang nyenyak atas katil?" Teka Sipil yang tak habis-habis dengan biskut rare-nya.


Bayang Bigong atas katil tak nampak. Bau tungkik katil Bigong buat Loki dan Sipil mabuk laut. Masakan tidak, habis penuh tompok dah cadar dia dengan airliur basi. Peta Johor pun kalah.


"Mokmeng! ada kau nampak Bigong di mana-mana?"Tanya Loki pada Mokmeng. Walaupun Mokmeng ada di kiri, Loki pandang arah lawan. Side effect tungkik Bigong terlalu pegi.

"Peh..baru sudah dia lutut pinggang aku dekt bilik gosok, gara-gara aku mintak sesuap megi goreng dia. Kemut!!!" Mokmeng berlari merajuk sambil mengesat air mata. Geleng kepala Loki dan Sipil. Lantas mereka berdua berlari dan buat terjunan bebas dari tingkat 2. Pappp!!! satu pendaratan yang kemas berjaya dilakukan. Terlopong 2-3 budak tengah sibuk kutip sampah.




subjek LK aku jahanam

Nampak dari jauh Bigong tekun mengadap tin biskut jacob. Sambil-sambil tanganya mencapai megi goreng dalam tin jacob. Ini mesti kes tibai megi budak tingkatan 4 sampai 4 bungkus. Sifat wild Bigong terserlah ketika makan. Motto nya 'makanan boleh buat bertumbuk' sudah digeruni, inikan cuba-cuba mentibai sikit makanan dia.


"Bigong!..ooi bigong!!, aku nak bincang!. Aku rasa tragedi tempoh hari bagi impact pelik pada aku, kau juga aku rasa terima tempiasnya. Lekas kita susun langkah!" Teriak Loki


Sikitpun Bigong tak menoleh, malah kali ini digunakan kedua-dua belah tangan untuk mencedok megi dari tin. Tanda marah diganggu. Loki mula hilang sabar, dilaungnya berulang kali nama Bigong. Sipil disebelah backing Loki kot-kot Bigong bertindah liar. Loki menampar-nampar lantai simen sambil menjerit Bigong pusat dalam oi! Bigong pusat dalam! dalam irama zapin. Gaya provokasi.


"Kau pulangkan saja barang yang kau ambil kelmarin...itu bukan milik kau..." Celah Bigong simple. Terkedu Loki dengan ayat itu. Sipil terkebil-kebil compius. Loki menampakkan muka cemas. Digenggamnya buku ruas rapat-rapat. Perlahan dia undurkan diri sambil mengigati sapu tangan yang diambilnya dalam stor lama tempoh hari.

"Pulangkan Loki!! pulangkan!!..." Tempik Bigong. Kali ini Loki terus berlari dengan membawa rahsia yang hanya dia sahaja yang tahu....


21 comments:

zither said...

rahsia apa tu ha?

Mario said...

rahsia akn dipecahkan ke tak weh???hehe

Cikgu Jaja™ said...

bc cite HB nie, i lebih byk ketawa dari menggigil keseraman..hahaha~

Anonymous said...

nak lagi.. nak lagi... heee

Siti Noor Aminah said...

ni ada sambungan lg ye?

hentakbelipat said...

gadis comel:insyaallah ade lagi..
mario:pecah kace pecah gelas
faezah:kene tune sikit saluran kot..hehehe
miss:okkay..wait n bleed ok

Nurmala Mazlan said...

Rahsia apa nih? nak tau~

tiefazatie said...

ko nie cte cm ak tau je berdasarkan apa..hihi

Shahrul Yusof said...

Saspen sungguh, kalau dalam siri Dragon Ball, part-part cenggini masa ujung-ujung tu mesti pencerita ada cakap, 'Apakah yang akan terjadi kepada...'

noorafzan.blogspot.com said...

uii...loki kena hempap hantu pemilik sapu tangan ke?
apa kaitan lak ngan bigong?

Belalang hijau Perisik said...

bigong tue adik beego kan?

huhuhu

.::WaNiE::. said...

makin menarikk

apakahhh

oh farah said...

kenapa mokmeng? kenapa watak mokmeng begitu? mokmeng mmg begitu ke?

[نور عيني] said...

kes dulu tu pasal sapu tangan eh? ooo baru aku tahu

RerameUngu said...

sambung la lagi..nk tau ape jadi lagi ni..hehe

RerameUngu said...

sambung la lagi..nk tau ape jadi lagi ni..hehe

Unknown said...

sambungan!!!!..hahahhha...

hentakbelipat said...

saba ye kawan2...cite seram ni kene betul2 feel seram baru pegi

NICK IRFAN said...

wah! menarik jgk cte ko ni hentak belipat? tp aku xphm sbb aku cuma baca bab 4 je? hehe nnt aku try baca dr siri 1 skrg xleh lagi intenet lembab sikit... hehe

nyonya penang said...

cepat sambung...=)

NICK IRFAN said...

bigong tu kena rasuk hantu ker? ade plak makan meggi dalam tin jacob?? pelik.... lps tu suruh loki pulangkan??? ape benda plak tu?