Wednesday, June 9, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 5 - Bau Aneh

Tak beberapa hari yang sudah.....

Bigong: "Kau takde tempat lain ke nak sigop, Loki... stor ni banyak habuk kotoran la!"
Loki: "Tenang suda..takkan aku nk sigop dalam tandas...sekarang warden makin licik tahu."
Bigong: "Janji mesti dikotakan..minggu ini aku tahu Big Mac dalam genggaman aku"
Loki: "Tak de hal...weh, kau ade tisu...hidung aku banjir"
Bigong: "Baju kau banyak ruang kan....tu tepi meja macam ada sapu tangan...rogol je"

Sedang Bigong asyek menghabiskan Dunhill merah tadi, dia ternampak kelibat tubuh sedang melihat mereka dari cermin stor itu. Lantas ditolak Loki yang asyek mengorek hidung tadi untuk lari. Pintu stor yang sengaja dibuka kecil bagi memudahkan diri untuk melolos keluar diaplikasi pantas.

" Bidong!!slide laju!!" pekik Loki sambil terus membuat satu slide kencang dari tempat dia lepak tadi. Jarak ada 200 m dari pintu...Zappp!!! Loki lepas keluar.......Zappp...Bang!!!!! Bigong tersekat. Loki terlupa saiz Bigong 2 kali dari dia. Bukaan kecil pintu tadi hanya muat-muat dirinya sahaja. Loki terus slide tanpa henti akibat dia terkejut dan terlebih guna tenaga. Bukkk!!!....Loki pula tersembam tepat pada dinding koridor.

Sunyi........

****

Malam itu Loki cergas mencari sapu tangan warna putih. Habis digeladah loker nya dan juga loker jiran-jiran. "Jumpa!!". Loki tersenyum lega. Tapi senyum itu segera hilang bila hidungnya menangkap bau yang aneh lagi tak wangi langsung. Besar hidung loki mencari arah bau itu. Tiba-tiba dia terpaku. Matanya mula membesar bila bau itu betul-betul datang dari sapu tangan putih.... Bau kematian.

Bau kapur barus segera memenuhi ruang bilik Loki. Ada juga 2-3 budak perasan bau itu lalu tercari-cari. loki yang gabra berlari ke bilik air. Sental demi sentalan pada tangan tidak mendatangkan hasil. Bau kapur barus masih melekat. Dijajanya sapu tangan putih dan tangannya yang penuh bau itu diserata blok asrama lelaki. Ini untuk memastikan betulkah bau tersebut datang dari sapu tangan itu. Rata-rata budak bersetuju dan bertindak menghalau Loki akibat takut.

Imam Storam sedang bertapa diatas bumbung terganggu dengan bau tersebut. Lantas dia segera meloncat dan berlegar-legar dalam 2-3 minit di udara..."Loki!....ikut aku pulangkan sapu tangan itu sekarang!" arah Imam Storam dengan garau saling tak tumpah macam suara iklan arak dalam wayang. Loki angguk setuju dan mengikut sahaja Imam Storam dari tanah menuju stor. Dalam hatinya berdoa agak segalanya berakhir.

Tepat pukul 12.00 malam.....

Loki masih belum tidur. Resah nampak dirinya. Dari tadi termenung di tingkap yang lohong. Tingkap tersebut adalah check-point untuk skodeng pelajar perempuan yang bloknya betul-betul dihadapan. Budak-budak lain sedang lena dengan tenteram, kecuali Darby. Dia memang jenis burung hantu.

"Tidurla Loki...kau tak habis-habis intai dekat cermin tu. Bukan nampak apa-apa pun. Teropong aku dah rosak, nanti sabtu aku nak beli baru...barulah jelas pemandangan." Tegur Darby lembut.

Gedegang!!!!

Belum sempat apa-apa, kelibat loker terpelanting keluar dari bilik mereka berdua. Darby sungguh terkejut sambil menggigit meja. Rupa-rupanya Loki telah merembat dengan tonjol loker itu. Darby kaget sekejap. "Oii!!kau apasal ni..naik minyak ke." Darby acuh tak acuh dengan tindakan Loki.

Mata Loki liar memandang kiri dan kanan. Dengusannya kencang. Bahunya naik turun macam baru gaduh dengan awek. Darby terus berlari dan memeluk Loki untuk mengawal keadaan..tapi Darby silap. Sekali detik Loki melepaskan diri dan terus pula memeluk Darby dari belakang. Bukkk! lagi....German Suplex yang kemas dilakukan oleh Loki keatas Darby. Terpacak kepala Darby tegak menembusi 7 lapisan simen. Darah merah mengalir deras...

Sekejap sahaja riuh satu asrama. Meriah malam buta itu dengan orang menjerit LOKI KENA RASUK!!!



13 comments:

Syazana said...

sian Darby~~

.::WaNiE::. said...

matilah darby wei

hahaha

hentakbelipat said...

hhaha...xpe..darby kuat

annadzirah said...

kenapa name 'loki' bukan 'sime'?.
barulah 'sime' 'darby'.
erk.

Fazril said...

meh aj slamtkan darby hehe

Fateha Firdhaus said...

heh~~
tringat plk kesah sapu tgn itu...
hehe...

apakCikidong said...

sigop tu apa?

NICK IRFAN said...

loki dgn bigong kena rasuk? sapu tangan bau kapur barus! pergh! seram!! eh! ko nama ape dalam cte ni HB??? aku rasa ko msti yg jd loki ape? xpun bigong! hehehe sory agak jer..

tiefazatie said...

hahaa..oit en.HB..cm tau ja ct enie..haha..tp pandai ko bercerita ya..pg wat buku eh..hihi

Aril Lanang said...

macam gusti WWE je ni..

hentakbelipat said...

sigop adalah..cigarate operation atau name lain..isap rokok lah
Nick:hahahaha...aku belum masuk lagi bro dalam cite ni..segan plak aku kan..kalau ade aku bgtau lah

-telOrDibAsuh- said...

hahaa..2la darby kuat ke

noorafzan.blogspot.com said...

aduh..
cepat la sambung..