Monday, June 21, 2010

Tips - Tips Berbelog??

Ok sebenar patut letak tajuk diatas adalah Tips-tips untuk menjadi seorang yang poyo habis! Bepeluh juga aku nak menulis, bukan jadi habitat aku nak buat tips-tips macam ini...tapi saja aku nak meluahkan rasa hati aku. Bukan hebat mana pun belog aku dan petisuara ini, kira ini sebagai kongsi-kongsi.Benda semua nya orang ramai dah tahu kot, kalau ada yang tak tahu adalah bonus bagi anda ok!

Tips satu: Follower (pengikut)

Benda ini selalu menjadi kebiasaan bagi ahli-ahli belog untuk buat.."Mari follow saya beramai-ramai!!", "Followlah saya supaya hidup anda bahagia!" atau "Kalau anda follow saya maka anda best!"........untuk itu ramai-ramai kelik dekat butang follow dan berharap agar anda pun di-follow sama. Benda ini sebenarnya terpulang pada selera anda. Aku dan petisuara dulu pun mula-mula macam itu, baru nak merangkak kan...ikut aja lah apa yang orang buat. Follower ini bagi aku macam pelanggan dekat satu kedai. Mesti kau teruja bila nampak satu kedai yang bersusun pelanggan dok melahap bukan? jadi kau pun terpukau lalu datang. Maknanya disini follower kira penting juga bagi taktik 'psychology'.

Tapi bila follower kau dah besepah, kena pastikan lah belog kau itu bukan indah khabar dari rupa. Nanti orang yang melawat bukan balik dengan pujian malah makian. Jadi terpulang pada kau untuk perkara follower ini. Menurut kata Uncle..."follower itu bagaikan askar anda...."


Tips dua: Link menge-link (macam mane ntah nak sebut benda ni)

Tujuan kau mahu 'link' blogger lain adalah supaya blogger itu turut tempek dekat belog dia address blog kau. Dan bila perkara ini terjadi maka bila kau buat entry baru, berdesup keluar belog kau dekat paras paling atas antara belog-belog yang lain. Ini membolehkan orang yang melawat belog itu nampak belog kau. Tapi aku dan petisuara bukan suka-suka nak tempek dekat belog kami. Aku suka layan link-link aku ini. Kalau ada entry yang diorang baru buat laju aku pergi tengok.

Kalau tak sempat hari itu, hari berikutnya pun masih boleh. Aku juga suka tinggal ulasan-ulasan dekat entry mereka...kira moral support la dan menunjukkan kau prihatin pada belog mereka. Tak bagi ulasan pun tak apa, kalau dah baca itu kira bagus sangat dah tu. Nanti tak la orang yang kau link tu rasa sia-sia..sebagai contoh, kau ajak member kau ikut lepak dengan kau(link belog orang)..lepas itu kau boleh bantai borak dengan orang lain, member kau tadi itu terus berubah menjadi seketul batu yang berlumut...kan chibey perasaan itu.

Tips tiga: Belogwalking

Yang ini dah terang-terang penting. Lain cerita kalau kau buat belog untuk ahli keluarga dan juga jiran-jiran sahaja. Kau malas melawat orang jangan la berharapan orang nak melawat engkau. Apa susah..copy and paste tahu?

Tips empat: Isi kandungan entry

Belog aku ini tediri dari dua 'user'....main tipu bukan. Hentakbelipat adalah aku dan Petisuara adalah gadis jadi kami selalu 'tag-team' bila nak buat entry. Bila aku tulis entry aku selalu suruh Petisuara jadi lembaga penapisan. Ini kerana aku suka merepek ntah apa-apa. Kalau Petisuara tak paham apa aku carut, orang lain lagi lah, bukan? Selain itu, aku boleh kena kritik yang pedas tahap puaka sebelum aku 'publish' entry aku. Lagi rela aku kena dengan Petisuara... paling busuk pun aku merajuk tak 'reply' message dia dalam 30 minit. Kau pun boleh. Bagi la kawan baik kau dulu baca..kalau dia maki 'kaw-kaw' kau boleh terus tumbuk dagu dia dulu dan diikuti dengan 'improvment'!. Sama juga dengan Petisuara...sebagai contoh,

(situasi membalas message)
Peti: I baru tulis entry baru yeay! U dah bace ke yeay! dah bace ke yeay yeay!
Aku: wah.....dah baca dah
Peti: ok tak entry i?
Aku: ok..
Peti: best tak?
Aku: best
Peti: alah tipu!
Aku: betul la
Peti: cakap la betul-betul
Aku: kan dah cakap betul....betul-betul
Peti: benci u...jangan la tipu, best ke tak!
Aku: best!best!best!best!best!best!..wahhhhhh!!!!best gilaaaa!!!wahhhhhh!!!!
Peti: Bye!





37 comments:

fiqkbe said...

hee... best3.. tq for the tips. =)

joonie-girl said...

muahahaha~

best gak tip ni, ada selingan :)

Miss Mirror a.k.a Sam said...

kalau follower ramai org berfikir sama ada :

1) best kot entry dia ni.. nak follow gak la.

2) dah senior kot dia ni.. boleh la follow kot2 ada tip kt blog dia

3) jgn2 ramai follower sbb paksa org follow melalui contest...malas la nk follow...mesti tak best blog ni.

Gitu kot gamaknya yg bermain di fikiran...

Farhanah Sabdin said...

entri tu yg pnting rsanya...

Shukjessa said...

keh keh keh gud one la bro =)

shazika said...

tengs kasi info ni bro..
^___^


jgn segan ke laman sy yek
Pen-pal dan phone-pal

Anonymous said...

korang untung..bersepakat membawa berkat..ada dua orang..so entry pon macam2 idea ada.. good job..ko xnak tag team dgn aku?hahaha

Haffiz Al-Banna said...

bersetuju dengan semua yag disharing/..
keep blogging bro.hehe

saya_arief said...

amalkan tips2 ini.
nescaya akan laris lah blog anda..
amal kan secara berhemah.

Husna Zainal said...

blog yg aesy to read macam ni la yang aku selalu singgah...

sherah said...

hahah best tak best tak??bessssstttt :DD

Aishah Malik said...

wakakakkakakka hahahahhaha dialog wh tu mmg tabuley belah! :D

Anonymous said...

gambar last sekali tak boleh belah..
hehehh..

eydameen said...

tips yang menarik !

:)

eydameen said...

tips yang menarik !

:)

Unknown said...

tips yang bagus untuk newbie mcm gua...

Unknown said...

hehe. masa awal2 dulu,nana mmg la klu boleh nak rmai follower sbb lg bsmgt ble mnulis. skang dah mls nak kisah. hihihi

Jom tengok

Hebat sangat ke penangan WOLRD CUP

a's said...

haha,thanks for the useful tip!! lol

Kie-yu said...

woh
kita ada persamaan tang link blog tu
aku akan kejar dulu blog yg sudah update bile bkk je blog aku
then bru blogwalking di GB

btw, sweet la korang nih
msg tu..
hehe ;)

::thexieza:: said...

hehe..
tips yg bagus..

tgk!sy tgglkn komen untuk anda..
hee~

Ku Nurasyiqin Ku Amir said...

Rajinnya cik Petisuara jadi lembaga penapisan..
Thnx 4 da tips..Tp x dinafikan, blog HentakBelipat ni best sbb ada 2 narrator..menarik^^
Keep writing:D

eesyaheera said...

weh, scary tengok gambar jari banyak tuh. yg last tu bagus. kadang-kadang aku pun rasa entry aku mcm tak best. tapi takde prang nak tapis plak. bf aku mane layan blog2 ni. haha

ape-ape pun, blog korang best woh

cEro said...

aku suka entri ni...
so basic, but yet so important..
haha

Najwa.H said...

part dialog korang tu kelakar ;) haha..

Unknown said...

tips yg berguna...thanks..

AMOI KUSUT said...

good info.

Ahmad Tajuddin said...

haha...gila santai tip macam nih...buat aku gelak je...

nerdy nadea said...

ala..tu je tipsnyer? ingatkan ade la dlm 14 mcm si hanis zalikha tuh..

.::WaNiE::. said...

hahahha gituu ekk

seronok lah ada tag team nak buat entry

zulkbo said...

cute gambo last tu
he he..thanks
info menarik..

TeRRoRRiZZ said...

nice tips....

iklan pun menarik...(selingan)

aja aja fighting!!!!!!!

ataicha said...

nice tip bro... thanks

afro said...

tips2 brguna untuk aku yg baru belajar blogging nh.. arigato gozaimas.. kalo sudi, kongsi la tips2 nk wat entry yg buat org baca sampai abes.. hehe. peace!!

ridhwan said...

owh2..haha..begitu rupenya..trimas kasi tips.. ;))~

dalilakadir said...

kena amalkan hi..
haha

mashitah ismail said...

tip-tip yang sgt berguna..
tapi kan klau BW & follow selalu nyer blogger lain tu bukan nak follow semula blog kte semula...

hehe mashi dh follow..
jom BW & follow blog mashi semula..
http://hatiberbungaros.blogspot.com/

obat herbal jantung koroner said...

komplit tips-tips bloggingnya