Wednesday, June 2, 2010

Tips-Tips Supaya Reunion Anda Pegi!!!!

Minggu lepas memang pegi bai!!. Sebab apa pegi sebab ada reunion yang pegi!! Aku dan budak-budak bekas Samura cuba buat perhimpunan secara seronok dekat Pey Dey. Tahu-tahu saja aku duduk dekat seremban, laju diorang bagi aku pikul tanggungjawab nak buat event ni.

Kau tahu tak Samura tu apa. Samura adalah sejenis binatang yang menghisap lemak-lemak tepu.......Aku tipu. Samura adalah sebuah sekolah yang mempunyai kubur dihadapan sekolah. Celah mana ada sekolah nak buat depan kubur kan..ha Samura ada buat. Gila ba!. Konon-konon nak elak aku dari 'fly' beli roti canai Pak Akob depan sekolah....tak menjadi la taktik anda. Laju je aku serta rakan-rakan lain buat lubang dekat pagar...seronok.

Jadi setelah masing-masing buat haluan sendiri, niat mahu lepak-lepak macam dulu timbul. Tapi kalau nak lepak saja sambil goyang kaki tak betul....oleh itu kena ada satu acara gilang-gemilang supaya dalam hati rasa hoooreyy...horreyyy. Sebagai organizer event ini aku cuba bagi langkah-langkah supaya kau tak silap langkah. Jadi bila kau silap langkah, kawan-kawan kau akan buat status dekat FB berbau tidak puas hati...lagi gerun kau kena caci serta merta. Jadi mari belajar ya.


Tips satu.

Untuk mengadakan reunion sekolah anda..anda perlu ada organizer yang cukup berdedikasi dan bertoleransi. Lagi bagus kau cari yang rajin..dah la rajin, baik hati, hensem, sopan santun serta manis...pergh...lengkap!

Organizer ini perlulah bersedia mengharungi rintangan perangai-perangai sahabat yang boleh buat nak mencarut. Lagi-lagi bab nak kumpul duit. Ini memang memerlukan kepakaran. Kau tengok aku pegang apa atas tu. Itu aksi untuk mereka-mereka yang liat nak keluarkan duit. Comperm terus bagi dengan sedikit wang saku untuk diri anda.

Jadi Organizer perlu bijak membahagi kan budget supaya nanti orang tidak kata.."wei!!!apahal mahal sangat!!!kau nak jemput Shahir Af ke buat persembahan!!" Gila ba apa aku nak jemput dia..baik aku buat pertandingan suara emas.


Tips Dua.

Bila dah ada organizer...organizer perlu melantik seorang abang gagah supaya nyawa beliau tidak terancam..jika-jika ada orang yang tidak puas hati.

Sikit punya gagah bukan orang yang aku lantik ini. Sekali dia grip tengkok kau pakai lengan...nyawa-nyawa ikan la anda. Jadi Siba selaku abang gagah memang melakukan tugas dengan penuh berwibawa. Memang tak beri peluang!...ombak satu kali!!!!


Tips Tiga.

Bila ada perhimpunan..kena ada tukang karut@carut. Tukang karut@carut ini bertujuan membuat pertunjukan sarkas bagi ahli-ahli lain sentiasa senak perut. Tukang karut@carut juga ditugaskan untuk membuat bising secara berterusan..barulah seronok bukan? kalau reunion yang sunyi dan hambar baik ajak ramai-ramai pergi kelas motivasi.

Jo memang pakar bab ni. Siba yang mempunyai perut keras pun tidak mampu menahan senak. Serupa beruk. Oh..hampir lupa, jika ada tukang karut@carut...perlu ada tukang kena carut. Ahah! yang ini memastikan bahawa sentiasa ada modal untuk perut anda senak.

Yuyu selaku tukang kena carut memang tepat dengan tema reunion. Dia lama sangat kitorang tak jumpa..jadi giliran dia kena carut. Sepatutnya Loki jadi bahan..dia tak datang. Jadi jawatan disandang terus oleh Yuyu..gamba dia aku letak yang paling hensem sekali. Hambek!


Tips Empat.

Aktiviti yang yeay yeay kena ada. Setakat aktiviti renang-renang dah tak pakai dah. Tak pun asyek-asyek main bola tampar...bola tampar...bola tampar. Jadi setalah aku kaji masak-masak aku buat keputusan buat aktiviti yang cukup bagi hadam makanan dalam perut.

Permainan baling selipar memang style. Sempat aku rembat selipar-selipar jiran dekat blok aku..semata-mata nak bawak ke PD. Rakan-rakan cukup bersemangat aku tengok. Walaupun masing-masing kalau lawan dengan budak tadika pun belum tentu boleh menang.

Galah Panjang pun pegi. Hilang akal sampai 20 orang main sekali. Ada jugak besar padang bola dia punya line. Besepah budak-budak ni lari. Ada gaya orang kena malaria sorang-sorang. Bila kau berlari aktif atas pasir yang lembut memang penat dia macam kau tebas balak.

Kau pernah main harimau jadian??...malas aku nak terang dekat sini..mau ada 2 entry nanti dia punya panjang.


Untuk aktiviti dalam air pun kena ada juga..baru seimbang. Tapi bukan aktiviti posing maut tepi kolam...sebab aku bukan buat rancangan amboi amboi.

Aktiviti campak member sendiri ini sangat seronok. Lagi tinggi member kau tercampak lagi rasa lega dekat hati.






...............................orang lain kena lambung kau pun nak jugak......


Tips Lima.


Dan yang paling utama adalah kena ada sumber makanan yang cukup bagi menampung nafsu-nafsu lapar rakan-rakan anda. Macam biasa la. Sinonim kalau reunion mesti ada BBq, kalau tepi pantai mesti ada ayam panggang.



Jadi bila semua orang hooray...kau pun akan hooray sebab dah berjaya buat satu event yang pegi!!!









Sekarang memang zaman semua nak jadi malaria apa. Cukup aku tak paham...ntah apa dia makan ntah. Rumput rampai barang kali.




27 comments:

Hellioz said...

lah...
samura ke
batch bape meyh?

.::WaNiE::. said...

oh gambar last, mungkin penangan dRrozmey hahahahaa

syok sungguh reunion kamu bebbbb

reunion mcm haram aku penah pegi, time war-war kat fesbuk sume bergegar2

time hari tu tetiba sume ada hal nyampah

SD said...

Aku pun organizer tuk reunion batch aku....tp prob bila sume x nak g sbb rm70 sorang...hadoiiii......dah tukar plan wat sehari jer...aku baru plan nak buat cam kat atas ni......last2 main bowling jer...boringggg......

Kie-yu said...

abang gagah~
weewit!
hehe

oh farah said...

ceh. tempat yg sama. tah2 bilik yg sama

nerdy nadea said...

woi..lawak giler r entry nih..kreatip2 tips2 engko..mesti ramai nak tahu rumput rampai jenis ape yg buat kawan ko ni kurus..
entry ni ^thumbs up!^
suke2..^_^

ENCIK TIKUS said...

terbaik derr tips nih :P

hentakbelipat said...

kami batch 21!!!!hahahaha...
mis:dah sini je ade lubang..senang sikit.
best la kalau ade aktiviti kan...kalau pegi gitu je x bermakne pun

WZulhilmi said...

Hahaha. Gambar yang first tu mcm nak bunuh mamat tu je. Gila kejam.. Nak sodok orang tu.. Hihihi

RerameUngu said...

tahniaaaah....gempak memang pegggi la event lu bai...

wanie said...

omg! senior samura ke?? ni mst batch 21 kann? sy batch 22 :)) sesetengah bdk lelaki dlm gmbr tu sy ingt lg :) ehhh snior yg gmbr last skali tu dh kurus??? fulamakkk! @_@

tiefazatie said...

owh tidak..saya sgt jeles okie...huhu...
stakok!!!nape bigong sgt kurus cam aizat??dasat2..hihi

hentakbelipat said...

zul: xsempat nak sodok...nanti bukan makan ayam panggang pulak
wanie: aku kau x kenal??stakok pn x kenal..panas hati la nih
tipah;kau xnk jadi cam die ke tipah...die nak jadi artist
rama: jom pegi beli belah

nada hanis said...

boleh pakai ka tips ni? hahahah. lama tak reunion. hehe

joonie-girl said...

wahh.. yg last tuh memg xbleh blah! gile nmpak ar beza size dy... fuhh fuhhh

Cikgu Jaja™ said...

hoho~ terbaek! heheh

darkbatman said...

waaaa.abg ketul2..takot i nk ngorat awek2 lain.hehe

-anidaothman- said...

kepada PETI SUARA.....n3 nie memaNg baguss...sok ni senang nak handle reuNIon....ehehehehe

Miss Devilicious said...

hahaha lwk gler! XD

Jef Hadi said...

siapa kata Samura je ada kubur depan sekolah.Sekolah gua pun ada tau.Siap kubur cina lagi.Mau tak menyanyi malam-malam hantu semua.Haha.

tapi pegi aa.na tiru aa nanti.haha.

petisuara said...

ni hentak punye entry bkn peti..ahahah

samura kubur die tgh2 padang sekolah..bkn dpn sekolah..mmg horror

hentakbelipat said...

hehhe..tips bole je pakai kalau sume pun jenis yang kepale tak betul

ini entry HENTAKBELIPAT oiiii

ryan said...

hahahaa..

kire lebih kurang kawtim dah le stakok weh..
tak kesah la peti ke..hentak..^__^

entry memang terbaekk ahh..

M a W a D D a H said...

seronok bace tips kat sini...

tengok korang memang best... :)

meowwmania said...

hahah bagus tips tips nih,

boleh den torai hohoh

Unknown said...

menarik tips neh

Fateha Firdhaus said...

plg best gmbr bigong~~
x blh lupe smpi skg...kurus btl..
aizat hanya kau yg mampu..hehek~~