Monday, July 12, 2010

Perangai Pelik Bab 10: Edisi Jadual Harian

Dengar cerita semester baru dah mula. Ini menunjukkan UTM dah jadi macam KL dia punya sibuk...jalan raya dia jangan cerita....siap ada kawalan traffik, Gila Ba! Tinggal nak masuk laporan lalu lintas bersama ERA aja. Aku dah nampak masa depan 'parking lot' aku kat blok sana. Kalau dulu aku ambil mudah letak kereta secara jahanam...kadang-kadang tengah jalan pun aku parking, sebab macam rasa membazir jalan besar-besar tak guna. Lepas ni mungkin boleh bawak bertumbuk nak rebut tapak parking punya pasal.

Tapi jauh mana pun bizi UTM, aku dan Petisuara tetap sama. Kalau masa belajar dulu mungkin akan kalam kabut yang 'hell' waktu hari pertama semester...dengan pendaftaran wajib, dengan kelas bertindih, dengan nak pindah bilik.....Yang ini aku kurang paham. Jadahnya tiap-tiap semester pun kena tukar bilik bagai. Kalau 'easy as ABC' boleh tolak ansur. Haram J sangat bab itu. Jadi sekarang sudah habis belajar, mesti kena ada gaya brader-brader sikit. Nampak bersahaja lagi terrer kena ada sepanjang masa. Baru budak baru nampak akan berkata..."Ohhh abang dan kakak itu sungguh tenang dan cool!!marilah mencontohi mereka!!"
Sebenar aku nak bagitau jadual harian Petisuara yang memang terrer dia lain macam. Dah bertahun aku lepak dengan dia, memang sama dia punya jadual. Kalau jadual kelas pun kadang-kadang boleh ada rombakan, tapi jenis Petisuara punya memang fix...boleh jadi kadar konsisten sangat tinggi.

Jadual dia start bila dia bangun pagi...

8.30 am(sesi membalas message)
Peti: "U pegi lab tak? I macam sakit perut....."
Aku: "pegi la...sakit lapa ke nak berak?"
Peti: "tak tau..."

10.00 am(dalam lab)
Peti: "sakit pale arr...."
Aku: "nak panadol tak?"
Peti: "tak tau..."

12.40 pm
Peti: "sakit perut arr..."
Aku: "sakit lapa ke nak berak? jom la makan kalau lapa"
Peti: "tak tau..."

2.00 pm
Peti: "sakit belakang....."
Aku: "salah tido kot..ke tido lame sangat?
Peti: "tak tau..."

4.00 pm
Peti: "mate belah kiri cam gedik-gedik"
Aku: "sakit ke ape...ad eyemore tak?"
Peti: "tak tau..."

8.00 pm(sesi membalas message)
Peti: "sakit pale arr"
Aku: "sakt pale lagi?...makan la panadol"
Peti: "tak tau..."

10.00 pm
Peti: "akit perut laa...pale pun sakit jugak, kaki belah kiri sakit sikit..lagi itu dada macam debar-debar, mate kiri tak berenti gedik arr"
Aku: "Lu ni dah kritikal nih! memanjang sakit bagai...hantar pergi hospital lah, hentam cek darah ke satu kali..jadahnya sakit memanjang?"
Peti:: "FINE!!!"


30 comments:

miEz haNeM said...

nice!

FyZa said...

haha..mcm nie pun ada ke yank oii..

.::WaNiE::. said...

hahahha

semua tak tau

eh itu jwapan fevret


hahahaha

dan final answer haruslah

'fine'

hahahha

high 5 peti suara. kekekke

H A N S said...

hahahaha..ksian peti =)

Kie-yu said...

hehehe
kelakau la korang nih

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

apa yang taw??

jawapan = xtaw

haha

Nurul_HaWa♥ said...

hahaha...sweet kapel la plak...
nie jeles ni!

cik botoX said...

haha...
boleh bawak gaduh wei..tak tau ja..
haha...
tpi aku suka...

Nor_Emylin said...

wow....macam2 ado...:-) kelakar pun ader...sakit betul ka sakit manja?? hik hik hik....anyway, jagalah kesihatan ngan sebaikNya...:-)

nUR_rOsALiNdA said...

Hahahaha~ cute couple :)

Muhammad Adlail Noorazam said...

Aku: "rase mcm nk komen la"
Lu: "la,nk komen pe?"
Aku: "tak tau..."

Nur Su'aidah said...

ngahahahah! kenapa tak tahu semuanya??

Amalina E Azmi said...

hahah stylo siot "tak tau"..bes bes

mynnbachok said...

comel ja. :)

FATIN HIDAYAH MUHAMAD said...

hahahahah..semua taktau manjang..boleh pecah pale otak..betol ke peti camtu???

NaNaJoe said...

wah!! parah ni, kalo semua tak tahu~hehehe~~
btw, kamu ilang sabar ye?

sweetsal said...

hmmm..nk komen apa pn tak tau jugak..hehe

noor afzan said...

semuanya tak tahu..
hebat2..
padu punya jawapan dia bagi.
=)

korang berdua dah masuk tahun berapa di UTM tu?

petisuara said...

ktrg sambung kimia sini..hihi..da bosan da duk sini..dari dgree asyk nampak org sme..master lg lah.dgn xd cuti..mmg bosan

Sesumpah said...

yaww hati aku ada tapak!


yayy! haha

Wan Perlis said...

sakit belakang? oktoporisis

raja dinie said...

chomel nye korg...;)

Fina Fento said...

oh oh sangat romantik :D


BUKAN BLOG NENEK OKE

Cik Bucken said...

catchphrase petisuara kah "tak tau"??
hahhaa

Enchaoz said...

hahahahha nak bermanje pun takleh ke ahaha

Anonymous said...

tak terbakar ke tudung tu awak pakai. awak tu dah agak hot :)

petisuara said...

anon:konpius?ni bahase kiasan ke ape?nape tak letak name ea

Anonymous said...

bistu nak report kat mak abah ke apa? nak alamat rumah sekali biar mak abah datang pinang?

akmar waldorf said...

haha! lawak la! :D

Rina (◕‿◕)✿ said...

oohh, korg psgn kapel yg share blog ye?

so sweett