Monday, July 12, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 9 - Loki Wanted

"Lokiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!! MANA LOKIIIIIIII!!!!!!!!!!!" entah dari mana suara iras vokalis Behemoth keluar dari seorang budak perempuan jenis ayu-ayu tudung labuh. (sambung yang lepas punya...)

Sipil baru nak testing vocal lagu Ukays satu kali...alang-alang dah diberi peluang azan dikhalayak ramai, apa salah kalau uji bakat lebih kurang. Bila kedengaran deruman vocal budak perempuan jenis ayu-ayu tudung labuh itu menjerit nama Loki, terus Sipil tarik diri....terasa kecik dunianya.

Bukan main terkejut budak-budak lain. Ini bukan jenis terkejut main-main punya...ini terkejut yang bukan main. Masing-masing kaget macam kena karen...mata pun tak berkelip. Budak perempuan jenis ayu-ayu tudung labuh itu berdiri tegak. Keras semacam...nampak biji matanya bulat habis.

"Gua tanya niiii mana Lokiiiiiii!!!!!!!....chilake budak tu...rembat gua punya pensil jenis tekan-tekan. Dah seminggu tak pulang. Besok ada test LK gua nak hentam buat bulatan pakai apa??" Amarah budak perempuan jenis ayu-ayu tudung labuh sambil mengepal-ngepal penumbuk.



Warden merangkap ustaz dan juga Imam Storam terus ambil tindakan dengan membawa semua budak-budak masuk dalam surau. Senang sikit pemantauan dilakukan...lagipun takkan dalam surau pun ada benda nak kacau. Dalam pada itu...masih ada 3-4 budak perempuan yang arghhhhhh!!! tak tentu pasal sambil mengelupur atas lantai..meracau habis. Budak lelaki yang jenis lembut-lembut nak join sama arghhhh!!konon nampak feminin pun ada...yang ini warden ambil mudah.

Setelah semua budak-budak termasuk yang meracau dikumpulkan dalam surau, barulah namak terkawal sikit perangai masing-masing. Yang tadi meracau sedang dirawat secara islamik oleh warden-warden perempuan. Imam storam bagi signal suruh baca Yassin ramai-ramai. Budak-budak patuh. Kali ini baru nampak semangat pembacaan Yassin ada pada Darby, Bigong dan Siba. Kalau kebiasaan memang mereka lebih senang baca yassin dalam mimpi...yang sampai berdengkur itu jangan cerita.

Darby: "kau ada nampak Loki??"
Bigong: "haram entah mana dia lari...dengar khabar ada budak nampak dia berlagak konon-konon dirinya adalah seekor kucing...dasar tak reti tanggungjawab."
Darby: "aku nak tanya....kau ada masa loki ambil sapu tangan dekat bilik stor lama tempuh hari bukan? kau ada nampak apa-apa?
Bigong: "........."
Darby: "takkan sekarang pun kau nak main secret-secret dengan aku...cerita ajalah. Mana tau dapat jalan penyelesaian"
Bigong: "......."
Darby: "bangang nihh.....eh Bigong! kau tak taukah...bahawasanya barang siapa yang bercerita kisah benar akan mendapat manfaat berupa makan peha ayam yang jenis besar dan juga stok megi untuk satu minggu!!"
Bigong: "wahhh!sungguh kah Darby? baiklah aku cerita sekarang........aku nampak sesuatu masa dalam setor itu, Tapi aku kurang jelas apa yang aku nampak...yang pasti benda itu sangat cantik Gila Ba!!
Darby: "kau nampak benda bogel ke?maksud aku perempuan ke?
Bigong: "ini rare punya perempuan....kalau nak cakap pun tak dapat aku nak imagine dia punye beauty..memang pegi! Sebab itu tempoh hari aku suruh Loki pulangkan sapu tangan tu, mungkin perempuan itu yang punya dan dia marah Loki main tibai je dia punya...mana tau dia pun tengah selesema.
Darby: "aku tak rasa pulangkan sapu tangan tu satu langkah yang releven lagi menepati prilaku yang hadari."

Dari jauh nampak kelibat Loki sedang dipimpin oleh Yuyu dan Gores. Biru laut betul muka Loki....takut sangat barangkali. Dia dah taktau nak buat apa....jadi kucing tak kena, jadi pokok pun tak kena. Akhirnya dia terpaksa datang ke surau...kot-kot ada orang boleh menolong.

"LOKiiiiiii!!!!!" Lagi sekali laungan nama Loki berkumandang. Kali ini dari budak perempuan muka jenis tembam-tembam jerawat baru satu dua.

"LOKiiiiiii!!!!!" satu kali lagi ada orang jerit nama Loki. Kali ini dari budak perempuan pakai tudung warna hijau dekat name-tag tulis pustakawan.

"LOKiiiiiii!!!!!" lagi satu kali ada orang jerit nama Loki. Kali ini dari budak peremuan muka inesen tapi jenis huha-huha.

"LOKiiiiiii!!!!!" hentam lagi satu kali ada orang jerit nama Loki. Kali ini dari budak muka licin habis jenis penjagaan muka yang optimum...tapi yang ini adalah jantan lenggang lenggok (kopab)

Darby: "Chibeyyy!!!apahal hot stuff habis si Loki nih...muka nak kata maskulin memang Batal!...aku rasa dia ada guna minyak dagu....main tipu sangat!"

7 comments:

kiwi said...

bwt la cter hntu kt tasik utm..hri 2 sy dh kne dgn kwn sy..hehe

-telordibasuh- said...

hehehe...telor dok imagen muke girl tu tembam2 jerawat batu hehehe...

miss yiyien said...

aku ada di luar surau itu~

cik botoX said...

mujur aku bukan salah sorang yg jerit LOKI!!!!!!!!!!!!

haha

sweet_mizely said...

peeerrrggghhh...
mmg mengimbau giler wktu yg seram sjuk tu....
ape lagi.. smbung ah cpt... =D

.::WaNiE::. said...

LOKIIIIIII

gwa pun tak tau apsal gwa panggil loki

boleh loki jadi roy miller gwa semalam tak

kahkahkahkah

Abu Luqman said...

salam..selamat petang ..sory tnet slow