Seingat aku...dulu tak macam ini punya cepat. Bukan setakat lambat tumbuh...nak nampak panjang sehelai janggut pun bukan main payah. Itu belum kira bahagian misai. Tumbuh pun bukannya ikut alingment yang betul...besepah sana sini. Jadi aku punya jadual pembersihan bahagian dagu amat limited. Kalau shaver tu baru beli...dah boleh pakai dalam 5-6 bulan. Sekarang bukan main ligat dia punya tumbuh. Nak shave pun naik malas...tapi kalau malas selalu, silap-silap boleh jadi beruk pula nanti. Dulu aku kutuk Mokmeng sebab dia punya kadar pertumbuhan jambang sangat rare..kalau dia shave pagi, dalam pukul 10 pagi aku rasa dah tumbuh balik. Entah jenis baja apa dia pakai entah. Sekarang aku pula yang kena.
Bulan lepas aku ada tulis pasal member aku yang Gila ba punya minat sama Chelsea. Sampai boleh buat bergaduh dengan awek. Itu pasal Chelsea...dia punya taksub tak hanya tertumpu pada Chelsea.
Kejadian ini masa aku tengah sedap memandu dan mamat ini lepak sebelah aku.....
Aku: "sekarang aku tengok perubahan kau makin pesat...sektor apa yang kau ceburi sekarang?"
Member: "sekarang aku lebih terjerumus dalam sektor pengurusan berat badan..nak mengurus sampai kurus bukan cerita senang beb..perlu fokus yang mendalam serta feel yang true!"
Aku: "mendatangkan logik akal. Tapi macam mana pula dengan sektor pencarian awek?"
Member: "itu aku malas...sebab aku pun baru kecewa"
Aku: "break lagi?? cukup hebat!"
Member: "aku ingat aku dah jumpa pasangan yang ideal. Kira boleh ganti awek aku yang lepas...dia dah cukup perfect dah. Chelsea pun suka, Andriy Shevchenko pun hero dia...memang tepat lah.
Aku: "jadi....permasalahan mula timbul?"
Member: "permasalahan mula timbul masa aku tengah borak-borak masa depan dengan dia. Dia ada tanya aku satu soalan....jika diberi pilihan, mana satu yang aku pilih..antara cinta atau misai........ Aku jawab misai."
Aku: "haram J"
26 comments:
muka nerd je:)
haha buleh eh pasal misai pun jadi punca..
ye lah baja apa hang pakai? petisuara kena slalu bg adiah pisau cukur la camni hehe
Latest Entry : Rupanya Ada Hadis Pasal Sanggul Tinggi..
antara cinta atau misai? hahahah!
haha..mmg pelik..nasib baik gurl xmacm tu..huhu
alahai perangai Chelsea guy tu...
ada eh lelaki camtu..
abang aku salah seorang misai tumbuh dgn begitu pesat
cibai lu stakok!!!haha...budusss
pulak dah...hehe..
banyak gel pakai kat rambut, berkilat!
mungkin misai tu mengganggu pemandangan kot.ha-ha
bro, pakai baja apa bro?
hehe.
mungkin gen kot.
tgk2 ah kalau ayah/abg ko ada jambang tu, ada kemungkinan ko pun akan ada. hehe.
setau aku kalau shave lg cepat tumbuh pastu.
dulu awal2 aku shave gak. skg gunting je.
dasat bhai mmber ko tu, misai pun syg. baik bela janggut. dpt gak ikut sunnah :)
hehe..tapi telor lebih suke guna KUMIS hahahahaa
KUMIS kau lawa la hehehe
wah... pak misai kontot hehehe
bengong r kawan ko tu..antara misai dan janggut, aku pilih 'dan'.
aha . misai is no 1 ! aha =p
ha ha.... bongok punyer soalan.....
mesti rimasa kan kalo cepat tumbuh.. kadang-kadang nampak tak kemas kalau tak shave..
macm setuju je dgn komen telor. kumis kau lawa :PP
kerana misai ada hati yang terluka..wakakaka~
misai macam berus kasut...
sebab tue dapat kate dua.. muahahaha
ouh member itu terlebih bijak...
hahaha... lawakzz tul..
tapi, misai Datuk K tu cmne plk ek??
hi there! u're funny! and nice blog!
happily linked! =)
err..stakok..misai pun jd hal ke bro??haha
ko dah berumur hb..tu la pasal jambang dan misai kau tumbuh secara pesat..haha
suka janggut~~
=)
hahaha klaka lagi :p
Post a Comment