Sunday, July 25, 2010

Sekolah Asrama Itu Seram: Bab 10 - Lintang Pukang

Sekolah Asrama itu Seram: Bab1
Sekolah Asrama itu Seram: Bab9

Keadaan dalam surau ketika ini memang klimaks....tunggang langgang segala hapa benda. Iras D-day waktu perang dunia kedua. Yang hairannya, hanya pelajar perempuan mengelupor tak tentu hala....pelajar lelaki masih maintain dengan bacaan yassin makin lama makin terabur dia punya keseragaman...ghisau punya pasal. Para-para warden yang kalau tadi cukup segak raut wajah, sekarang berkerut satu muka. Paling busuk pun diorang hanya mampu jalan kehulu-kehilir tangan silang dekat belakang...mencari idea barang kali.

Loki duduk bersila tak buat apa-apa. Kepala dari tadi pandang lantai...baca Yassin pun tidak mahu.Dalam kepalanya ligat cari buah fikiran...apa yang dia perlu buat. Satu hapa pun tak mampu dia fikir. Ini Gila ba punya situasi, mana mampu dia handle seorang. Lagipun kenapa benda alah ini mesti jadi dekat dia, bukan seorang yang hensem pun..cemerlang dalam akedamik jauh sekali.

Darby datang pelan-pelan duduk sebelah Loki. Bigong pun datang sama.

"aku rasa ada salahnya kau pulangkan sapu tangan kelmarin. Mungkin ada petunjuk dekat sapu tangan itu" soal Darby dengan muka simpati

"gila apa aku nak simpan lama-lama. Bau kapur barus itu saja dah buat aku loya, takkan aku nak buat kenang-kenangan." Loki cuba elak 'face by face' dengan Darby...geli benar tengok muka Darby bila dia cuba buat mimik muka comel babyrina
"wehh...kau cuba tengok budak perempuan tu...gila ahh!! dah separuh terlondeh dah dia punya meracau. Come on!! sikit lagi!!" jadahnya Bigong dalam waktu begitu sempat lagi bermata keranjang. Belum sempat apa-apa sedas tepukan tepat didahi Bigong dari Darby yang kini macam brader-brader dia punya lagak.

Para sahabat warden mengambil langkah menyuruh semua pelajar lelaki pulang ke asrama dahulu, Ini kerana tidak enak jika dibiarkan menonton apa yang tak patut di tonton.

Maka ramai-ramai lah pulang ke asrama...dengan kesan bibir masing-masing pecah akibat menggigil ketakutan. Kini hanya tinggal adalah Loki, Darby, Bigong dan Sipil. Yuyu dan Gores pun ada. Rupa-rupanya mereka sejak tadi sudah berada di dalam surau dengan menyamar menjadi cicak sorang satu.

"Dieser Schriftsteller ist sehr schön!!!Dieser Schriftsteller ist sehr schön" tiba-tiba seorang daripada budak perempuan yang meracau tadi terus menjerit-jerit. Sudahla suara garau..satu hapa pun tak faham.

"Dieser Schriftsteller ist sehr schön. Loki ist nicht so wie ich es riechen schlimmer!!!" laung sorang lagi mangsa racau. Bertambah garulah kepala warden yang dari tadi dok main lompat-lompat akibat tidak tahu nak buat apa.

Nasib baik Imam Storam datang membawa geng nya 3 orang. Berserban kesemuanya. Masing-masing mulut kumat kamit. Imam Storam laju menuju kearah Loki...disuruhnya Loki minum air dari botol yang dibawa. Geng serban lagi tiga orang pi handle mangsa-mangsa racau. Menjerit-jerit budak yang cuba di'handle geng serban.

PANGGGG!!!

Dari sudut kanan surau berderai cermin tingkap. Rupa-rupanya budak yang jerit entah apa-apa tadi bukan senang nak di'handle'..melawan bukan main. Rambut budak itu mengerebang...matanya merah betul...urat-urat leher timbul-timbul. Itu belum cerita dia punya pucat..pegi! Lidah budak itu terjelir, hidungnya bergerak-gerak mencai arah bau seseorang.....

ZZUUUPPPPP!!!!!!





22 comments:

tiefazatie said...

aina ko..stakok..pic yg last tue xleh blah..haha

zamankacak said...

ade button "superlike" tak??nk tekan bihh...haha...terbaek doww

Chaon Cornerz said...

kalo bab2 telondeh nie laju je kan laki.. mesti nak tgk2.. =)

.aira. said...

haha, crite gile hott

jempot lihat blog and tingglkan jejak anda di entri ni :D
life as UNI student xD

Affan Ruslan said...

eh, tak habis ke? hehehe


@zamankacak: lol. mne ada superlike? hehehe

Mario said...

aku dulu penah tgk bende2 ni...mmg suspen...keh3

Anonymous said...

hmm.. maaf nk tego.. part ayat yg 'bibir pecah sebab bc yasin khusyuk sgt' tu melampau sgt la. Seolah-olah x boleh bc yasin khusyuk2 nanti bibir pecah.

fikir blk, nanti apa plak pndgn org bkn islam psal bnda nih~ hrp beri pndgn yg serius psal bnda nih k..

-sekadar menegur-

hentakbelipat said...

ohh..mungkin saya tak sengaja..tapi xbermaksud apa2 pun..harap maaf

tujuan bukan nk memperlekehkan apa2..utk menggambarkan situasi sahaja..maaf lagi anon

sakurada said...

wow... xleh bca mlm2 entry ni..tak tido jap lg..hahahha..maunya ankt bantal,selimut ketuk bilik member

.s.o.f.i.a. said...

bila nak abes nie.... tak larat dah tdo tak tutup lampu......

y@n@ M!B said...

xmo teruskan baca..takotttttt! -____-'

cik GULA-gULA said...

hentakbelipat..
sampai bawah je serammmmmmmmmmm! pic tu:(

AngahSayang2314 said...

baca punya baca last sekali pic dia huiii yoo seram la... hehehe

::ienafazlyna:: said...

ade lg sambungan?suspen tul la

Izzati Amanina said...

mane sambungan dy?pls continue..syok kot.hiburan sblm tdo..hehe.

efy said...

mane bab 11?????????????

hafizah fauzi said...

Bro, ni cerita betul kan? Aku macam pernah dgr cerita ni dulu waktu kat belajar kat Teguh.


Sambung aaa cepat bro !

Anonymous said...

ape sambungan??!!! sronok bace!!!!

My Little Crochet Pin said...

best la weh citer ni..walaupon lari skit dr cite sebenar......keep it up HB n PT...

Anonymous said...

eh smpai sni je ke? mcm xabis je.

faraheartbeat said...

ble nak smbung lg ? lame tgu smbungan dy :))

Umi Hanim said...

sapu tangan kelas cerdas! haha.. bila nk sambung ni? kami junior2 ni curious nk tau